Mengalah tak bererti kalah?
Mengalah tak bererti kalah?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Mudahnya diplomasi. Menarik artikel ini. Baca artikel penuh di sini.
Sumber : utusan.com.my |
Penulis mengaitkan situasi semasa konflik Malaysia - Korea Utara dengan apa yang berlaku semasa rundingan Perjanjian Hudaibiyah antara pihak tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan pihak musyrikin Mekah.
Saya pernah menulis mengenai kisah menarik cara hebat Nabi Muhammad S.A.W mengendalikan perjanjian yang menjadi titik permulaan kepada pembukaan kota Madinah itu. Boleh klik di sini untuk membaca.
Jika dilihat secara kasarnya memang nampak seperti pihak tentera Islam banyak mengalah dalam perjanjian tersebut. Nampak macam tunduk dan ikut saja kehendak pihak musyrikin. Mungkin ada juga yang nampak seperti pihak muslimin lemah dan tak berani untuk tegas dengan syarat bagi pihak muslimin sendiri. Hanya baginda S.A.W yang bersifat fatonah dapat lihat apa yang mampu dicapai di sebalik sikap diplomasi dan mengalah ketika memeterai perjanjian itu.
Semua orang (kecuali Korea Utara mungkin?) mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam.
Semua orang mahu tahu siapa kah perancang sebenar dan dalang di sebalik kes tersebut.
Semua orang mahu tahu mengapa Korea Utara begitu bersungguh-sungguh mahu mengelak daripada siasatan kes tersebut diteruskan dan seperti mahu segera menutup kes yang jadi perhatian antarabangsa itu.
Dalam pada kita mahu jawapan bagi kesemua di atas, pada masa yang sama kita juga sedar yang negara sedang berhadapan dengan negara yang tidak dapat dijangka tindakannya.
Siapa sangka kes yang pada awalnya ialah siasatan kes pembunuhan telah melarat menjadi ketegangan diplomatik antara dua negara.
Siapa sangka Korea Utara tiba-tiba melibatkan pula rakyat Malaysia yang tidak bersalah hingga melarang mereka keluar dari negara itu.
Apa yang menjadi keutamaan bagi Malaysia sekarang ialah membawa keluar rakyat Malaysia dari negara komunis tersebut.
Apa yang menjadi keutamaan Korea Utara adalah jelas. Sangat jelas sejak awal lagi. Mereka mahu menuntut mayat si mati dan menutup kes ini dengan cara mereka.
Baca juga:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu...
Detik-detik akhir itu...
Selepas Agen Saraf VX, apa lagi selepas ini?
Konflik Malaysia dan Korea Utara bukannya bahan gurauan!
Mengalah bukan bererti kalah. Setuju dengan saranan penulis supaya pengajaran daripada peristiwa perjanjian Hudaibiyah digunapakai dalam konflik diplomatik yang semakin meruncing kini. Bagaimana caranya? Semoga perancangan, diplomasi dan pemikiran rasional pihak kepimpinan mampu merenung pengajaran yang tersirat dan mencari jalan penyelesaiannya.
Mengalah bukan bererti kalah. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Semoga dapat dielak daripada yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.
Teruja menantikan jalan cerita seterusnya dalam konflik ini...
0 comments: