Sekolah ditutup 2 hari akibat jerebu (5 dan 6 Oktober 2015)
Jerebu bertambah teruk lagi nampaknya semalam dan hari ini. Bacaan IPU di Shah Alam telah cecah paras bahaya iaitu 308 pagi tadi. Selepas jam 1 petang tadi, jerebu bacaan terkini telah turun sikit ke paras sangat tidak sihat - 266.
Jika kita di sini dengan bacaan >200 pun dah rasa sesak nafas dan semput, pandangan pun macam kelam-kelam dan kabur-kabur, macam mana agaknya keadaan penduduk di Palangkaraya , ibu kota Kalimantan Tengah yang dah capai bacaan IPU >2000!
Rasanya banyak pihak yang tidak menjangkakan jerebu akan berterusan agak lama begini. Ramai yang terkesan dengan keadaan jerebu ini, terutamanya mereka yang ada masalah kesihatan berkaitan pernafasan. Kes asma pun dah meningkat di hospital-hospital. Yang tak pernah kena asma pun tiba-tiba dah selalu sesak nafas dan semput.
Saya sendiri yang
Pelajar sekolah pun dah naik pening agaknya (atau mungkin seronok?) sebab sekolah kerap ditutup sebab jerebu.
Esok dan lusa (5 dan 6 Oktober 2015) , semua sekolah kecuali sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah akan ditutup kerana jerebu yang semakin membimbangkan. Ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahadzir Khalid di laman Facebook nya. Cuti 2 hari persekolahan ini tidak perlu diganti akibat penutupan ini. Bagi para pelajar yang terlibat dengan peperiksaan utama, mereka dikecualikan daripada cuti ini dan dinasihatkan untuk hadir ke sekolah dengan memakai topeng mulut dan hidung.
Adakah keadaan jerebu akan berkurangan pada 7 Oktober ini? Sama-sama kita lihat pula bacaan IPU nya pada hari Rabu nanti.
Sampai bila agaknya kita perlu menjadikan musim jerebu di Malaysia sebagai salah satu 'acara' tahunan dalam kalendar kita ya? Menurut Pak Jokowi, Indonesia memerlukan masa 3 tahun (lamanya!) untuk melihat hasil daripada usaha-usaha Indonesia untuk mengatasi masalah jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan dan kawasan pertanian.
Ok Pak Presiden, saya akan ingat janji anda, kalau kita masih panjang umur, kita lihat ya apakah 2018/2019 masih kabur atau tidak!
0 comments: