Travelling Beruang tiba di kemuncaknya...

Tuesday, October 27, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


travelling beruang photo from travellingberuang.com.my

Kempen Travelling Beruang kini tiba di kemuncaknya.

Kempen ini diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kanser dan bagi mengumpulkan dana untuk pesakit kanser di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat, ditambah dengan sokongan yang padu daripada media massa dan media sosial.

Misi utama kempen ini ialah membawa dunia dekat kepada kanak-kanak pesakit kanser ini, di mana travelling beruang akan mengembara bagi pihak kanak-kanak yang terhad pergerakan mereka disebabkan kanser yang dihidapi.

Baca juga :
Kanser hati dan perginya Pak Uda...


Travelling Beruang membuka peluang orang ramai untuk membeli patung beruang eksklusif berharga RM65 yang dijual di Altel Concept Store dan di dalam penerbangan AirAsia.  Hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke Tabung Travelling Beruang MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Memang sukar untuk berhadapan dengan penyakit kanser dan hanya yang tabah sahaja yang mampu mengharunginya. Sedangkan orang dewasa pun belum tentu mampu kuat semangat untuk berjuang menghadapi penyakit ini, apa tah lagi kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia.

Saya sendiri mempunyai pengalaman sedih kehilangan arwah emak saudara yang mengidap penyakit kanser payudara , 18 tahun yang lalu. Ya, peristiwa itu sudah lama berlalu. Tetapi saat-saat saya mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah tidak mungkin akan saya lupakan hingga ke akhir hayat saya.

Bagi yang ingin mengikuti perjalanan menarik Ungku Ismail sepanjang kempen travelling beruang ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem 'Travelling Beruang' yang akan disiarkan di tv3 pada 31/10/15 dan 01/11/15 pada jam 9 malam.

#travellingberuang

0 comments: