Seorang anak hilang setiap hari
Apa khabar hari in? Semoga baik-baik saja semuanya.
Baca surat khabar di zaman moden ini memerlukan kekuatan mental nampaknya.
Kes bunuh, rompak, kemalangan, samun, culik, bakar, buli dan macam-macam lagi
Semalam dalam satu hari saja, bila buka Facebook, ada 5 post yang merayu mencari kanak-kanak yang hilang diculik. Dan untuk semua post-post kanak-kanak hilang ini tertulis , kes itu baru berlaku dalam 1 atau 2 jam sebelum post itu ditulis! Bayangkan, itu yang diviralkan dalam FB, macam mana pula dengan kes-kes lain yang kita tidak tahu? Adakah seorang anak hilang setiap hari? Berapa ramai agaknya anak-anak yang diculik dalam masa 1 jam!
Sangat menakutkan, kes kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi!
Kita mungkin tak dapat nak agak siapa di kalangan kita yang ada niat jahat nak menculik anak-anak kecil ini kan. Jadi apa yang boleh kita buat , cuba kurangkan 'peluang-peluang keemasan' untuk penjenayah-penjenayah ini bertindak!
Antara yang boleh kita lakukan ialah:
1. Jangan biarkan anak anda walau sesaat pun hilang dari pandangan ketika berada di tempat awam.
- Yang ini saya selalu nampak dan risaukan. Di kedai bakeri, tengah ibu atau bapa sibuk-sibuk memilih roti yang berkenan di hati, anak kecil selalunya dibiarkan berjalan di belakang tanpa pengawasan,. Cuba anda bayangkan disebabkan 5 saat sibuk memilih roti, bila toleh ke belakang anak anda dah hilang dari pandangan!
2. Awas dengan gerak geri individu yang mencurigakan
- Ada satu post di FB yang menceritakan gerak geri 2 orang pemuda yang mencurigakan di kawasan permainan kanak-kanak di sebuah R & R. 2 orang pemuda ini kelihatannya cuba untuk mendekati anak-anak yang mana ibu bapanya nampak agak terleka dengan urusan masing-masing dan biar anak-anak bermain sendiri. Memang mencurigakan, sebab apa yang mereka buat di situ, bukannya ada anak-anak kecil bersama mereka.
3. Taktik bertanya arah
- Taktik ini rasanya semua orang tahu selepas kes kanak-kanak berbangsa Cina yang dilarikan di Kajang baru-baru ini bila si penjenayah berpura-pura bertanya arah jalan kepada ibunya. Jadi, kalau kita nak buat baik sekalipun nak menunjuk arah, pastikan anak-anak kita tidak terdedah kepada taktik jahat ini.
4. Anak ditinggalkan dalam kereta seorang diri
- Yang ini memang tak patut sangat, macam 'menjemput' pula penjenayah untuk menculik anak kita!
Jangan biarkan rekod kes kanak-kanak hilang terus meningkat. Awasilah anak-anak anda sebelum terlambat!
0 comments: