Ke Korea Ke Kita

Saturday, October 17, 2015 Ana 0 Comments



Ke Korea Ke Kita



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya baru saja lepas melayan perasaan cemburu tengok gambar-gambar sorang kenalan yang tengah enjoy sakan mengembara di beberapa negara Eropah sekarang ni. Seronoknya dapat makan angin di negara orang!

Mengembara atau melancong memang seronok. Teringat-ingat balik pengalaman melancong ke UK tahun 2006 yang lepas. Dari London ke Nottingham , sambil-sambil itu terus ke Manchester, Liverpool dan kota cinta (orang kata la), Paris. Dua minggu di sana rasa macam sekejap saja.  Semenjak hari itu saya memang merancang hendak melancong setiap tahun.



Dan yang paling tak dapat digambarkan keseronokan ialah kembara ke kota suci Mekah dan Madinah ketika mengerjakan haji pada tahun 2008. Saya mengerjakan haji selama 2 tahun tau! hehhehe. Bertolak pada 24/11/2008 dan kembali ke tanah air pada 4/1/2009...kan 2 tahun tu! Memang tiada yang dapat menandingi pengalaman di tanah suci itu, masih terbayang-bayang saat-saat indah di sana.Bila lah lagi saya dapat menjejakkan kaki ke sana....InsyaAllah , satu hari nanti...amin...

2009 merupakan permulaaan cuti-cuti secara kecil-kecilan, di mana saya dan keluarga bercuti di Kota Kinabalu. Seterusnya percutian ke Pulau Langkawi pada 2010 dan Bandung, Indonesia pada 2011.
Tahun 2012 dan seterusnya saya kembali ke destinasi antarabangsa (poyo tak ayat) iaitu bercuti ke Hong Kong. Seronok! Yang paling saya suka ialah Disneyland Hong Kong ...hehhee ada unsur-unsur keanak-anakan di situ! Ocean World Hong Kong pun best, boleh menjenguk si panda gergasi (yang selalunya tidur je atau malu-malu tak pandang kamera).

Tahun 2013 , saya kembali ke destinasi berhampiran iaitu Jakarta, Indonesia. Tahun 2014 saya sekeluarga berkelana ke kota Osaka, Jepun yang mana pengalaman bercakap macam ayam dengan itik di Universal Studio yang tak kan dapat saya lupakan! Staff di Universal Studio memang sah tak pandai bercakap dalam BI dan saya pula semestinya tak pandai cakap Jepun! Hampir-hampir tak dapat naik salah satu ride di situ dan hampir-hampir kena melukis di kertas untuk bagi staff tu faham apa yang cuba sampaikan! Kelakar pula bula di ingat-ingat kan balik! Tapi masyarakat di Jepun memang nampak sibuk. Laju je jalannya bila turun dari tren. Seronok juga di dalam tren apabila waktu petang di sini saya dapat lihat golongan lelaki pulang dari pejabat lengkap dengan kot dan tie, sangat smart ok! Tak kurang juga yang nampak smart dan cool je kayuh basikal lengkap dengan kot dan tie!

Percutian ke Perth, Australia pada Februari 2015 pun seronok juga (asalkan berjalan jauh, semuanya seronok!). Walaupun ada yang kata Perth adalah tempat yang boring, pada saya tidak. Di kawasan yang agak luar bandar, Perth sangat mendamaikan. Kanak-kanak di sini masih seronok bermain buaian, jongkang jongkit di taman permainan  pada waktu petang berbanding kanak-kanak di tanahairku yang lebih memilih untuk bermain gajet terkini. Di kawasan bandar pula, Perth agak sibuk tapi masih jauh kurang sibuknya dari KL. Pengalaman yang paling menyeronokkan di Perth adalah suasana pemandangan laut yang saujana seluas mata memandang...Subhanallah...sangat cantik pemandangannya, sangat menakjubkan melihat ombak dan langit yang membiru...




Dan jangan tak tau, di Perth juga ada desert, dipanggil The Pinnacles Desert. Pemandangan sangat menakjubkan kat sini dengan batu kapur yang terbentuk pelbagai rupa.






Memang seronok melancong, bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. Sudah tentu pengalaman yang sangat luas bagi ramai traveler rakyat Malaysia yang semakin ramai sekarang ni, Yang paling saya minat sudah pasti Zahariz yang menjelajah dengan basikalnya. Pada saya Zahariz adalah seorang yang sangat sangat berani dan tinggi tawakalnya, sebab mengembara seorang diri di tempat yang bukan calang-calang cabarannya. Yang paling saya tidak boleh lupa insiden Zahariz terjatuh dalam ais beku, itu satu pengalaman sangat menakutkan! Tambah pula tiada siapa yang tahu kalau terjadi apa-apa yang buruk ketika itu. Dengar cerita pun dah takut apalagi yang mengalaminya sendiri.

Kalau berminat nak mengembara anda boleh juga follow Instagram 11 travelers Malaysia yang disenaraikan di sini. Traveler yang no 3 dalam senarai itu saya kenal ye, Azizan atau nama panggilannya Bijan. Saya selalu berurusan dengan Bijan ini sewaktu bekerja di pejabat dahulu. Bijan menguruskan bahagian program migration untuk open system. Saya tidak sangka sungguh Bijan ini berhenti kerja untuk mengembara! Bravo!

Destinasi impian saya yang seterusnya :
1. Umea , Sweden (mode berangan, tak tahu bila akan sampai sana).
Misi utama: Nak tengok aurora borealis secara live

2. Korea.
Misi utama :  Nak jumpa artis KPOP.  Tiada misi tertentu, saja teringin nak ke Korea!


Jom mulakan langkah pengembaraan anda hari ini!



0 comments: