7 sebab saya berhenti kerja

Friday, October 09, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini saya nak cerita sebab-musababnya saya berhenti kerja. Sudi-sudikan lah baca cerita saya ini ya!


berhenti kerja


Sebab pertama : Bosan kerana terlalu lama buat kerja yang sama

Saya telah 13 tahun bekerja di tempat yang sama. Pada 2 tahun pertama, saya ditugaskan tugasan A. Tahun ketiga , tugasan bertambah menjadi tugasan A + tugasan B, sehinggalah tahun ke-8, saya buat tugasan B sepenuhnya. Tahun ke-8 sehingga tahun ke-13, saya buat tugasan B + tugasan C + tugasan D.

Ya, tugasan saya pelbagai. Jadi orang akan tanya, kenapa pula nak rasa bosan?

Saya bosan sebab saya seorang sahaja yang buat tugasan-tugasan tu!

Walaupun saya ada team member, saya tidak mendapat kerjasama yang sepatutnya.

Bila perlu datang ke office waktu cuti, atau perlu stayback hingga larut malam, akan kedengaran lah 'bunyi-bunyi' sebegini:

"Kak, saya takde transport nak balik lewat malam"

"Kak, saya dah ada appointment dengan si polan, si polan"

"Kak, saya ada kelas malam ni"

Saya seorang sahaja yang nampaknya 'sentiasaaaaaa' ada masa untuk datang ke office!


Sebab ke-2 : Ketua yang kurang bijak mengatur resources (sumber manusia)

Bukan lah saya nak kata kan yang saya lebih bijak. Cuma, cuba anda bayangkan, saya selalu diganggu bila time saya bercuti. Sebab itu lah saya suka bercuti ke luar negara, jauh dari sini!

Itupun saya masih mendapat panggilan dari office ketika saya bercuti di UK, Jepun dan Australia.
Yang paling tidak dapat saya lupakan ialah 2 malam raya berturut-turut (malam raya pertama dan kedua), terpaksa bekerja kerana ada masalah dengan system!

Saya pasti tiada siapa yang suka diganggu ketika bercuti kan?

Semuanya kerana ketua yang kurang bijak mengatur resources. Dan bila saya tanya kan pada ketua, bolehkah diambil orang baru untuk sertai team saya, jawapan yang diterima 'sangat' menarik dan akan saya ingat sampai bila-bila:

'Don't be greedy!'

Malah sehingga selepas saya hanyar surat berhenti kerja pun, masih tiada siapa yang di assign oleh boss untuk ambil alih kerja saya. Sekurang-kurangnya patut ada lah seorang yang mula membuat kerja saya supaya tidak terus rasa terbeban setelah saya berhenti kerja.

Akibatnya, setelah 4 bulan saya berhenti pun, saya masih mendapat panggilan daripada office bertanya kan itu dan ini berkaitan kerja.



Sebab ke-3 : Team member yang kurang minat untuk belajar

Team member saya adalah terdiri daripada generasi Y. Sepatutnya, generasi Y ini banyak bertanya kan? (Y=why). Tapi tidak. Team member saya hanya membuat tugasan yang diarahkan tanpa mengetahui apa tujuan / matlamat akhir yang ingin dicapai daripada tugasan itu. Ok, untuk berlaku adil, bukan semua team member yang begitu, ada juga yang rajin bertanya.

Yang saya tak boleh tahan bila ada team member yang tidak tahu untuk membuat satu-satu tugasan, tapi tersangatlah berat mulutnya hendak bertanya. Bila saya tanya dah siap tugasan atau belum? Jawabnya, belum. Bila tanya tahu tak macam mana nak buat tugasan itu, jawapannya, tak tahu.

Oh tolong lah, kalau tak tahu, boleh tak buka mulut dan tanya ??

Disebabkan berat mulut nak bertanya, kerja akan bertangguh dan yang paling malangnya saya yang terpaksa menyiapkan tugasan itu kerana saya sebagai supervisornya!

Macam mana lah saya tak rasa nak berhenti kerja!


Sebab ke-4 : Bebanan tidak dikongsi bersama

Ini ada kaitan dengan sebab ke-2 dan ke-3.

Kerja saya dalam bidang IT melibatkan orang awam. Apabila system ada masalah, akan berdering-deringlah handphone saya berbunyi tanpa henti.  Masalah perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak aduan diterima di call center. Pengguna sekarang memang pantas. Ada problem sikit, terus komen di Facebook dan viral.

Saya tidak kisah untuk menguruskan dan menyelesaikan masalah system. Ini adalah tanggingjawab saya. Tapi saya sangat kisah bila team member tidak berminat untuk berkongsi bersama masalah system.

Apabila ada masalah, tiada yang berminat bertanya apa masalahnya, bolehkah dibantu dan sebagainya. Bila ada masalah, team member tidak menjawab panggilan bos dan user. Bila ada masalah, team member tidak tahu apa yang harus di periksa atau apa yang harus dijawab kepada bos.
Semua disuruh refer kepada saya!

Ok, mungkin mereka masih baru (masih baru ke kalau dah menjaga system selama 2-3 tahun??) dan tidak yakin untuk menyelesaikan masalah. Tapi perkara yang sama berlaku ketika membuat system testing (pengujian system).

Rakan-rakan di unit lain juga sering mengadu kepada saya kerana mereka sukar mendapat kerjasama dari team member saya ketika saya tiada atau bercuti. Bila mereka minta bantuan daripada team member saya, jawapannya mudah, "tunggu akak ni balik cuti!"


Sebab ke-5 : Sebab peribadi

Saya rasakan saya perlu meluangkan lebih banyak masa di rumah bersama emak saya. Saya tidak rasa saya sanggup untuk merisaukan hati emak saya lagi setiap kali saya perlu memandu seorang ke office jam 2 atau 3 pagi setiap kali ada masalah di pejabat.


Sebab ke-6 : Politik pejabat yang semakin teruk

Yang ini tidak terlalu mempengaruhi saya untuk berhenti kerja. Cumanya kadang kala agak sakit hati melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di office disebabkan pilih kasih, favoritism dan undang-undang di pejabat yang semakin tidak membantu tugas orang-orang IT.


Sebab ke-7: Berlaku adil kepada orang lain

Disebabkan semua masalah di atas, rasa teruja datang ke office itu telah lama hilang. Bila semangat dah hilang, buat kerja pun tidak terasa seronok lagi. Dan saya rasa saya perlu berlaku adil kepada orang lain. Saya tidak mahu melepaskan rasa tidak puas hati kepada orang yang tidak bersalah dek kerana saya yang tertekan dengan masalah-masalah di atas.

Sebagai contoh, saya dapat panggilan jam 12 tengah malam daripada operation kerana ada masalah dengan system. Saya akan rasa tension. Tiada orang lain ke yang boleh di call selain saya? Disebabkan ini, saya mula akan rasa marah, dan marah itu dilepaskan kepada operation yang menelefon, sedangkan dia tidak bersalah.


dan sebab-musababnya banyak lagi sebenarnya.....


Mungkin ada yang akan kata "ala , masalah kecik je semua tu, takkan sampai nak berhenti kerja?"

Anda belum berada di tempat saya, boleh lah cakap begitu.

Anda ada masalah yang sama dengan saya? Rasa nak berhenti kerja? Share kan lah masalah anda di sini. Sharing is caring kan!



0 comments: