Ke mana hilangnya adab anda?
Video yang memaparkan seorang lelaki tampar pekerja warga asing di kedai cuci kereta kerana dikatakan kotorkan kereta yang dicuci kini viral di media social. Video yang dirakamkan melalui kamera litar tertutup kedai cuci kereta tersebut berdurasi 2.30 minit jelas menunjukkan muka pekerja tersebut ditampar oleh lelaki tersebut.
Puncanya : Pekerja warga Bangladesh itu masuk dalam kereta mewah Range Rover itu untuk mencuci cermin dalam kereta tersebut.
Perlu ke sampai nak tampar, tumbuk, pukul sampai berdarah-darah , patah riuk bagai? Tak boleh ke di bawa berbincang?
Dalam akaun Facebook Atie Abdul Hamid (boleh lihat video rakaman insiden di FB Atie), yang dipercayai pemilik kedai cuci kereta itu, ramai yang mengutuk tindakan kurang adab pemilik kereta tersebut. Melalui salah satu komen yang saya baca di ruangan komen, katanya kereta itu pun bukannnya milik lelaki tersebut, tapi kereta kepunyaan syarikat!
Tahap marahnya macam sampai nak makan orang!
Menurut Atie, lelaki itu juga tidak mahu bayar upah cuci kereta sebaliknya minta ganti rugi rm1000 pula.
Macam-macam perangai ada sekarang ini kan.
Tapi jangan lupa, what goes around, comes around!
0 comments: