Apa anda dapat bila anda beri makan kepada orang lain?

Saturday, October 24, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Sabtu. Ke mana anda hari ini?

Saya dan emak pergi mendengar ceramah sempena Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Persatuan Khairat Kematian Taman Sri Keramat & Taman Keramat Permai. Penceramahnya ustaz yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dr Mohd Izhar Arif b Mohd Kashim, seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ceramahnya bertajuk 'Pesanan Nabi Selepas Hijrah'. Selalunya kalau sebut mengenai Maal Hijrah ceramahnya akan berkaitan perjalanan hijrah Nabi kan? Jadi agak menarik bila kali ini ustaz bawakan topik yang lain dari biasa.

Ada 3 pesanan Nabi yang dikupas oleh ustaz dalam ceramahnya, iaitu:

1. Sebarkan salam (cara menyatupadukan golongan yang berlainan pendapat, contoh antara baby bloomers, gen x, gen y dan gen z)

2. Beri makan kepada orang lain (tidak akan miskin orang yang bersedekah)

3. Jadilah manusia yang bersyukur (jangan tinggalkan solat dhuha dan solat tahajjud)

Ustaz cerita setiap pesanan itu siap dengan contoh-contoh yang mudah kita faham dan amalkan. Sebagai contoh, bagi pesanan yang kedua iaitu beri makan kepada orang lain, ustaz memberikan contoh amalan yang ustaz sendiri lakukan.

belanja makan


Ustaz sendiri telah membeli dan mewakafkan penapis air Coway bagi kegunaan pelajar-pelajarnya di UKM. Kan mudah mencari pahala? Hanya dengan membeli penapis air, selagi digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain, pahala kita akan berterusan.  Agak mahal juga harga penapis air itu, ditambah pula dengan harga servis tahunannya. Dan menurut ustaz, sesungguhnya bila kita berbuat baik, kta pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Tidak perlu menunggu lama, kata ustaz lepas saja membayar harga penapis itu, rezeki ustaz murah kerana tidak lama kemudian ustaz mendapat panggilan untuk empat  rakaman sebuah rancangan agama di tv.  Dan cuba anda teka lah berapa bayaran yang ustaz dapat untuk setiap rakaman itu?

Untuk satu rakaman, ustaz dibayar sama harganya dengan harga penapis air itu! Subhanallah!

Rahsia Sedekah dah terbongkar ni. Jadi, mudah saja resepinya untuk murah rezeki kan? Dalam pada kita sibuk bekerja, bisnes online, cari duit, buat duit, tambah pendapatan sampingan, jangan kedekut untuk memberi kerana balasannya adalah dari sumber yang tidak disangka-sangka!


0 comments: