5 idea menulis blog yang mudah!

Monday, October 12, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tik..tok..tik..tok..tik..tok...

Bunyi apa tu?

Oh, bunyi jam. Kuat dengar bunyi jam berdetik.

Sebab apa dengar detik jam berbunyi kuat?

Sebab saya tengah blank. Saya tengah blur. Saya tengah buntu. Tiada idea nak menulis.

Saya pun mula men google.

Orang kata kalau tiada idea nak menulis, boleh cuba idea-idea di bawah ni:

1. Tulis mengenai sesuatu benda / aktiviti yang baru anda buat
- Apa sahaja benda baru yang anda baru cuba, boleh dikongsikan dengan pembaca. Hmm.. apa benda yang baru saya buat baru-baru ini ya? Ha!...Saya baru-baru ini ada masalah dengan kucing yang selalu 'melepaskan hajat' nya di rumput laman rumah saya!. Penat men google, saya terjumpa satu petua yang amat mudah. Selalunya petua-petua yang saya cuba jarang-jarang berkesan. Tapi petua yang ini teramat lah berkesan!

Petuanya mudah: Letakkan botol mineral (yang berisi air) di atas rumput laman anda. InsyaAllah, sejak saya amalkan petua ini, sudah lama tak nampak tahi kucing di rumput saya! Petua ini boleh juga anda guna pakai untuk mana-mana tempat yang sesuai , contohnya atas kereta (supaya kucing tak melepak atas tu dan tinggalkan bulu-bulunya). Cubalah!

Tak silap saya ada juga bahan penghalau kucing yang dijual di kedai Daiso. Kreatif kan cara buat duit begini. Kalau pergi ke Daiso memang macam-macam ada dijual, segala macam benda untuk kemudahan dan kegunaan kita yang tak terfikit dek akal.

*Maaf saya lupa page/blog di mana saya dapat petua ini, tapi jika tidak silap yang saya ingat ia nya sebuah forum*


2. Tulis mengenai peristiwa semasa yang berlaku
- Peristiwa yang menarik samada dalam atau luar negara boleh dibincangkan bersama permbaca. Peristiwa semasa yang semestinya diperkatakan ramai ialah anak-anak Orang Asli yang hilang di hutan di Pos Tohoi, Gua Musang baru-baru ini. Saya tidak dapat bayangkan macam mana traumanya seorang anak kecil melihat satu demi satu rakan-rakannya (termasuk adiknya sendiri) meninggal dalam keadaan yang sangat tragis  di hadapan matanya sendiri. Misteri yang masih belum terungkai bagaimana 2 anak kecil yang terselamat itu mampu survive selama 49 hari di hutan belantara menjadi topik perbincangan hangat di media sosial mahupun di blog.


3. Tulis mengenai rahsia diri anda
- Dah namanya rahsia, tak kan nak ditulis di blog pula kan. Lagi pun ada ke orang yang hendak tahu pasal rahsia saya? Saya bukan nya selebriti, artis popular atau orang kenamaan yang orang berminat nak tahu ceritanya kan! Hehehe, nanti kalau saya dah popular, saya akan tulis mengenai topic ini ya!


4. Tulis mengenai impian yang anda rasa macam tak mungkin /susah nak jadi reality
- Salah satu impian saya yang saya rasa macam mission impossible ialah:

Pengarah drama Michael Ang mengarah drama adaptasi dari novel yang saya tulis sendiri!

Ha, macam mission impossible sikit kan! Saya memang tengah tulis novel sebenarnya, baru sikit , belum sampai 200 mukasurat pun lagi. Tajuknya, AKU, MISS PERASAN. Ceritanya campuran daripada kisah benar dengan kisah rekaan. Kisah benar tu daripada cerita hidup saya ke? Shhh...rahsia!.

Kenapa Michael Ang? Entah lah, mungkin sebab drama-drama arahan dia simple dan best je menontonnya. Angan-angan saya ialah Michael Ang akan arahkan drama adaptasi novel ini, jadi drama 20 episode. Beranganlah makcik oi!


5. Tulis mengenai pekerjaan idaman anda
-Kerja idaman saya? Sudah semestinya kerja yang 24 jam duduk di rumah, tidak perlu berurusan dengan orang ramai atau kerja yang boleh menjana pendapatan secara automatik! Kerja yang tidak perlukan saya pening kepala fikir cara buat duit sebab duit sentiasa masuk ke akaun bank bank saya tanpa henti!

Ada ke kerja macam ni?

Yang terbayang di fikiran adalah kerja macam ini termasuk kerja dengan cara buat duit online, buat duit dengan blog, buat duit dengan menulis artikel/cerpen, buat duit dengan jual ebook atau buat duit dengan jual barang online (tapi saya agak kurang rajin nak buat urusan pos mengepos barang ni)






Anda tiada idea menulis blog? Cubalah idea-idea di atas! :)

0 comments: