Awas, jangan jadi mangsa PHONE SCAM!
Phone Scam di Malaysia bukan perkara baru. Malangnya masih ramai yang tertipu dengan taktik licik ini.
Cerita Malaysia dan phone scam sesungguhnya berpisah tiada. Dalam masa sebulan sahaja, sebanyak RM300,000 hingga 1 juta duit rakyat Malaysia berjaya ditipu oleh sindiket yang beroperasi di luar negara ini (turut didalangi oleh warga tempatan). Wah, sebegitu ramai rakyat Malaysia yang mudah terpedaya nampaknya!
Modus operandi phone scam ini mudah. Sindiket yang terdiri daripada individu yang 'berpotensi merangkul anugerah pelakon terbaik' ini akan menghantar sms atau membuatkan panggilan telefon secara rambang. Ahli sindiket akan mempunyai watak masing-masing dalam misi mereka buat duit dengan cara haram ini. Ada yang jadi pegawai bank, ada yang jadi pegawai bank negara, ada yang jadi pegawai polis, ada yang jadi pegawai mahkamah, malah ada yang pegang watak pegawai LHDN! Sungguh terancang operasi mereka ini. Siapa ada skrip untuk yakinkan mangsa mereka!
Mangsa akan menerima panggilan mengatakan akaun mereka akan dibekukan kerana terlibat dengan masalah kad kredit. Kalau tak nak akaun dibekukan, mangsa kena memindahkan wang ke akaun lain seperti yang diarahkan.
Mangsa yang tidak pun mempunyai kad kredit pasti akan terpinga-pinga dan pelik. Tetapi hasil lakonan yang meyakinkan oleh ahli sindiket, mangsa akhirnya akan memindahkan wang kerana bimbang wang di akaun akan dibekukan.
Bagaimana agaknya hendak memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan phone scam?
1. Jangan mudah memberi maklumat peribadi kepada orang asing.
2. Berhati-hati menggunakan WiFi di hospital tempat awam bagi mengelakkan info anda digodam.
3. Hubungi pihak bank bagi mendapatkan pengesahan dan kepastian jika anda menerima panggilan sebegini.
Sebut pasal bank, saya pun ada cerita saya sendiri. Saya teringat emak saya pernah dihubungi oleh individuals dari bank yang menawarkan insurans khas untuk warga emas katanya. Emak saya yang tidak banyak masa melayan panggilan itu mengatakan perlu berbincang dahulu dengan saya dan akan menelefon semula jika berminat. Malangnya individu itu terus mengatakan dia akan menganggap emak saya bersetuju melanggan insurans itu, dan katanya jangan risau, jika kemudiannya emak saya tidak berminat, boleh saja membatalkan tanpa dikenakan bayaran.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila ingin membatalkan insurans tersebut, akaun emak saya tetap dipotong dengan bayaran sebulan insurans tersebut walaupun jenuh kami membantah.
Begini kah salah satu cara bank buat duit? Kalau kes begini, di anggap sebagai phone scam tak? 😕
Apa-apa pun, berhati-hati lah dengan penipuan-penipuan yang sebegini.
Jangan biarkan diri anda diselubungi PHONE SCAM!
0 comments: