Tidak akan miskin orang yang bersedekah..

Friday, October 09, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, sayyidul ayyam..

Antara amalan sunat di hari Jumaat:

1. Membaca surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ALLAH akan mengurniakannya cahaya selama antara dua Jumaat.”  [³]
(HR An-Nasa’i)


2. Mandi sunat Jumaat (bagi orang yang akan pergi solat Jumaat)

3. Memotong kuku dan rambut yang panjang, mencukur bulu ketiak dan ari-ari.

4. Memakai wangi-wangian

5. Memakai pakaian yang elok dan bersih serta datang awal ke masjid

6. Diam dan mendengar khutbah dengan khusyuk

7. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw

Dari Aus bin Aus radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari Juma`at.  Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku.”  [¹]
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih


8. Memperbanyakkan doa


Tidak lupa juga untuk meneruskan amalan bersedekah di hari yang mulia ini. Sedekah itu sendiri sebagai salah satu pembuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. Tidak kira apa pekerjaan anda, apa cara anda buat duit secara halal, apa bisnes yang anda jalankan, sebahagian duit anda adalah hak orang lain yang lebih memerlukan.

Sesungguhnya tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah.
Sebaliknya akan dimurahkan rezeki nya dan di permudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
Sesiapa yang ingin berbuat kebaikan pasti akan mendapat pertolongan Allah swt.
 
rahsia murah rezeki
Ini saya pernah alami sendiri.

Alkisahnya, tahun lepas saya dan emak berkongsi duit untuk seekor lembu bagi ibadah qurban.
Memang tidak pernah berkorban seekor lembu sebelum ini, jadi agak terkejut dengan banyaknya jumlah bahagian yang kami dapat ketika mengambilnua di masjid. Selesai mengambil di masjid, saya dan emak terus merancang kepada siapa hendak diagihkan daging korban tersebut.

Sebahagian besarnya disedekahkan kepada rumah anak yatim dan ibu tunggal.
Sebahagian lagi kepada saudara mara.
Sebahagian lagi kepada seorang kenalan yang tinggal berdekatan.

Yang jadi masalahnya, saya tak.pernah pergi ke rumah kenalan itu pun. Yang saya tahu cuma nama taman nya. Alamat nya pun tiada. Saya cuma ingat kenalan saya ni ada van Rusa warna merah yang dipandunya semasa datang raya ke rumah saya.
Berulang-ulang kali saya cuba menelefon kenalan ini tapi tiada jawapan. Risau juga sebab peti ais di rumah memang tiada ruang lagi untuk menyimpan daging. Dan saya memang telah berniat hendak sedekah  daging korban itu kepada kenalan tersebut.

Akhir sekali saya tawakal. Saya masuk saja ke taman tersebut. Jumpa simpang pertama saya belok kiri. Jumpa simpang kedua saya belok kanan.

Teka apa yang saya nampak?

Van Rusa warna merah.

Saya cuba call sekali lagi. Kali ini dapat. Dan kenalan saya sangat kagum macam mana saya boleh cari rumahnya sampai jumpa!

Memang saya cukup bersyukur dengan pertolongan Allah memudahkan usaha saya mencari rumah kenalan itu. Sedikit pun tidak silap. Sedikit pun tidak sesat.

Benarlah. Jika kita berniat ke arah kebaikan, Tuhan akan permudahkan. ☺

Jadi teruskanlah bersedekah, terutamanya pada penghulu segala hari ini....




0 comments: