Harga minyak naik mulai 1 October 2015..
Harga minyak naik lagi...
Harga minyak (RON95, RON97, Diesel) naik 10 sen mulai 1 October 2015:
RON95: RM2.05 Seliter
RON97: RM2.45 Seliter
Diesel: RM1.90 Seliter
Sempat kah anda mengisi minyak penuh sebelum tengah malam tadi?
Saya pun tak pasti kenapa perlu orang ramai berpusu-pusu isi minyak penuh setiap kali ada berita harga minyak naik. Minyak penuh tu akan habis juga kan? Lepas tu kena isi lagi, dengan harga yang dah naik tu kan?
(Oh ya, tiba-tiba saya teringatkan, kelmarin saya ternampak sorang pakcik ni semasa isi minyak untuk motorsikalnya di pam, lepas isi penuh motornya, pakcik ni isi pula minyak dalam botol kosong. Ha, pakcik ni dah dapat bayangan harga minyak naik rupanya!)

Baca juga:
Minyak naik dan naik minyak..
Bila harga minyak naik, tunggu dan lihat saja lah harga barang lain akan turut naik. Alasan yang paling "kuat" untuk naikkan harga barang, semestinyalah sebab harga minyak naik. Tidak pernah pula, dan tidak mungkin pula akan berlaku harga barang turun bila harga minyak turun. Hmmm...
GST..
Ringgit menjunam ke paras paling rendah..
Harga minyak naik..
Apakah lagi agaknya dugaan poket kita yang akan mendatang selepas ini....
Minyak naik=naik minyak!
0 comments: