Teruknya ketagih!
Anda ketagih telefon bimbit?
"Satu kajian dijalankan oleh Universiti Nottingham Trent, United Kingdom mendapati, seseorang pengguna akan memeriksa telefon bimbitnya sebanyak 85 kali sehari bersamaan tempoh lima jam" - Utusan Online
Wah, takkan periksa telefon bimbit sampai 85 kali sehari?
Tapi tak mustahil juga kan bagi mereka yang memang bergantung sepenuhnya pada telefon bimbit dalam urusan seharian. Contoh macam ahli perniagaan, peniaga yang buat bisnes online, ejen seperti ejen insurans dan lain-lain lagi. Blogger pun sibuk periksa telefon bimbit kan? Penting tu untuk update blog atau baca komen daripada pembaca. Macam saya ni tidak lah sibuk mana, sebab
Eh, kerja saya dulu pun memerlukan saya periksa telefon bimbit selalu. Terutamanya bila masa-masa ada problem dengan system di pejabat. Memang sekejap-sekejap periksa telefon bimbit untuk jawab whatsapp, update status problem, jawab call dan macam-macam lagi lah. Oh, zaman itu sudah berlalu lepas saya berhenti kerja! :)
Memang dah masuk kategori ketagih tu kalau dah periksa telefon bimbit sampai 85 kali dalam sehari. Mungkin secara tidak disedari, ramai di antara kita pun dah termasuk dalam kategori ini. Contoh yang mudah, masa berkumpul ketika makan bersama keluarga. Kebanyakan kita lebih banyak tengok skrin telefon bimbit daripada tengok muka ahli keluarga sendiri!
Kita 'periksa' hubungan kita dengan Yang Maha Esa atau 'periksa' hubungan kita dengan ahli keluarga agak-agaknya sampai 85 kali tak?
Telefon bimbit adalah alat untuk memudahkan perhubungan, bukannya untuk merenggangkan hubungan ya!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete