Hello MR Perfect!
Selepas 'Playboy Itu Suami Aku', 'I Love U MR Arrogant', kini satu lagi drama dengan tajuk 'kacukan' (bahasa melayu campuran bahasa Inggeris), ditayangkan di kaca TV. 'Hello MR Perfect' adalah adaptasi novel hasil karya Waniey Zakaria.
Saya jarang dapat menonton slot Akasia di tv3, jadi tak banyak pandangan yang dapat saya kongsikan di sini.
Best ke drama 'Hello MR Perfect' ni? Saya baru dapat menonton satu dua episod drama ini. Dua pelakon utamanya, Fattah Amin dan seorang pendatang baru, Nur Ruhainies masing-masing memegang watak sebagai Izzul dan Alya. Mungkin agak berat bagi Ruhainies yang memegang 2 watak iaitu sebagai Alya dan Ain.
Izzul seorang yang mementingkan kesempurnaan. Semuanya harus perfect. Mungkin sebab itu Izzul sukar mencari pengganti setelah ditinggalkan kekasihnya, Ain.
Mana mungkin ada benda sempurna di dunia ini. Pasti ada kekurangannya di sana sini.
Kita lihat orang yang kaya, mungkin ada kurang dari segi kasih sayang dalam keluarga.
Kita lihat orang yang cantik, mungkin ada kurang dari segi adabnya.
Kita lihat orang yang berjaya, mungkin ada kurang dari segi hubungan dengan Penciptanya.
Tiada yang sempurna di dunia ini. Yang sempurna hanyalah Yang Maha Pencipta.
Tak kenal maka tak cinta. 'Hello MR Perfect' mumgkin dapat mengajak kita menerima seseorang dengan seadanya. Kekurangan pada seseorang itulah yang menjadikan hidup kita saling lengkap melengkapi sebenarnya (wah, ayat macam dalam novel pula!). Sedarlah, dalam kita sibuk mencari kekurangan orang lain, dalam masa yang sama kita lupa mengakui akan kekurangan diri sendiri.
Bagaimana kah kesudahan 'Hello MR Perfect' ? Adakah Izzul berjaya menemui kesempurnaan yang dicari-carinya?
0 comments: