Mencari orang gaji? Anda boleh bayar gaji RM1200?

Friday, October 16, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Anda ada pembantu rumah/amah/orang gaji? Atau tengah mencari orang gaji?
Puas hati dengan pretasi pembantu rumah anda sekarang?
Ada terfikir nak naikkan gaji pembantu rumah anda?
Atau dah beberapa kali anda pening kerana orang gaji lari?


Tanyalah kepada mereka yang mempunyai orang gaji, pasti ada cerita menarik, samada yang positif atau pun yang negatif yang boleh kita kongsi bersama. Memang kita selalu mendengar kes-kes orang gaji lari dari majikan, orang gaji dera budak umur 3-4 tahun,tapi ada juga kes-kes yang melibatkan penderaan orang gaji oleh majikan yang tidak berhati perut.






Keratan suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 14 Oktober 2015 mengenai 'Berbaloikah naikkan gaji amah?' mengingatkan saya kepada kisah seorang rakan yang pening kepala dengan beberapa versi pembantu rumah yang pernah berkhidmat dengannya.

Pembantu rumah #1
- Warganegara Indonesia yang telah lama menetap di sini.
- Berumur lingkungan 50-an
- Pembantu ini tidak tinggal di rumah rakan saya, tetapi berulang-alik, balik hari kerana rumahnya agak dekat.
- Sesuai dengan umurnya, selalu juga sakit-sakit dan tidak dapat menjaga anak rakan saya.
- Banyak kali ada urusan perubadi yang perlu diselesaikan
- Berkhidmat selama 3 tahun sahaja.


Pembantu rumah #2
- Warganegara Indonesia berumur 32  tahun.
- Sebelum ini bekerja sebagai pembantu kepada seorang warga tua yang uzur dan mempunyai ramai cucu, jadi kerjanya double, perlu menjaga warga tua dan anak kecil.
- Seorang yang tidak banyak kerenah. Mudah berinteraksi. Sangat cekap dengan tugasnya, tidak perlu disuruh, tahu apa yang perlu dibuat.
- Setelah berkhidmat selama 2 tahun setengah, pulang ke kampong halaman di Indonesia kerana ingin berkahwin.


Pembantu rumah #3
- Rakyat tempatan, anak gadis berumur 20-an.
- Tidak pernah bekerja sebelum ini.
- Mempunyai sedikit masalah pendengaran, perlu tinggikan suara untuk memanggilnya.
- Perlu diatur dan disuruh apa yang perlu dibuat. Jika tidak , hanya akan duduk di kerusi ataupun membaca novel.
- Berhenti setelah beberapa bulan bekerja untuk melanjutkan pelajaran,


Pembantu rumah #4
- Rakyat tempatan, anak gadis berumur 20-an.
- Tidak pernah bekerja sebagai pembantu rumah. Sebelum ini bekerja di syarikat insurans (pelik tak. berhenti dari syarikat insurans dan bekerja sebagai pembantu rumah?)
- Suka melawa. Pakai gincu dan skirt labuh semasa menjaga anak rakan.
- Berhenti dengan alasan tidak tahan dengan emak rakan yang suka berleter (SUNGGUH  TERUK ALASAN INI!)


Kesemua (kecuali #1) pembantu rumah di atas, makan minum dan tempat tinggalnya ditanggung oleh rakan saya ini. Gaji rm600 mungkin digunakan untuk membeli keperluan-keperluan diri seperti berus gigi, bedaj dan sebagainya. Ketika menjaga anak-anak rakan, emak rakan juga ada bersama. Kadangkala , anak-anak ini lebih suka bermain dengan neneknya atau ketika waktu mandi lebih suka dimandikan oleh neneknya. Jadi, bukan sepenuhnya atau 24 jam anak-anak ini dijaga oleh pembantu rumah.

Memasak juga tidak perlu. Mungkin hanya perlu membantu sedikit memotong bawang atau mencuci pinggan.Selain daripada itu, pembantu rumah nya juga turut dibawa bersama setiap kali pergi melancong di dalam negara.

Persoalannya (untuk kes rakan saya ini), berbaloikah gaji pembantu rumah ini dinaikkan kepada rm1200?

Saya pun tidak tahu, saya tiada pembantu rumah!


0 comments: