Mari Jual Aiskrim!
Mari Jual Aiskrim!
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Mat Kool..Mat Kool..kawanku...
Mari kita ikut Mat Kool...
Main-main selalu...
Syoknya...syoknya...ada Mat Kool...
Ha, mesti kita semua selalu dengar lagu aiskrim Mat Kool ni kan? Lagu 'feveret' budak-budak ni! Ke ada mak dan bapa budak pun suka nyanyi lagi ni? :)
Siapa yang tak suka makan aiskrim kan? Dari mula aiskrim dicipta pada tahun 1600, kepada kedai aiskrim yang pertama dibuka di New York pada tahun 1776, aiskrim kini dah berkembang dengan pelbagai inovasi dan kreativiti penjual aiskrim untuk memikat penggemarnya. Bukti kreatif tak kreatif nya pasti kita masih ingat pada demam aiskrim pasu yang melanda negara kita tak lama dahulu? Siapa pernah terfikir kan nak buat aiskrim dalam pasu macam tu?
Saya pun penggemar aiskrim dan aiskrim yang selalu ada dalam freezer rumah saya ialah aiskrim potong Nestle perasa kacang merah dan aiskrim Magnum Classic..
Baca juga:
Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...
Aiskrim tak laku di musim hujan?
8 jenis aiskrim yang sedap!
Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!
Zaman budak-budak dulu, selalu juga tolong jualkan 'aiskrim Malaysia' yang arwah Mak Long saya buatkan. Ingat lagi tak aiskrim Malaysia? Ala, aiskrim yang dalam plastic panjang-panjang tu! Kami jual satu aiskrim 20sen. Ada perasa Milo, perasa jagung, perasa sirap, perasa asam boi dan perasa oren. Nama saja saya tolong jualkan, tapi tidak lah saya buka kedai atau naik basikal jual aiskrim tu. Segan hehehe. Saya tunggu di rumah saja, tunggu budak-budak datang ke rumah. 'Ejen promosi' bisnes aiskrim ini tentulah adik saya, setiap kali pergi main bola dengan kawan-kawan, bawa sebatang aiskrim. Lepas itu ramai lah yang akan menyerbu ke rumah nak beli aiskrim!
Ustaz yang saya minat, Ustaz Zulkifli Ahmad pun ada jalan kan perusahaan aiskrim lembut jenama Wafi. Kalau tidak silap saya, masa kuliah Zohor sekali itu ada ustaz ceritakan yang beliau ada berjumpa dengan seorang pensyarah di salah sebuah university tempatan untuk mendalami cara-cara terbaik buat aiskrim ini. Menurut ustaz , pensyarah itu buat tesis dan kajian cara-cara buat aiskrim dan segala yang berkaitan dengan aiskrim. Bestnya buat kajian dengan topik aiskrim!
Jangan pandang sebelah mata bisnes aiskrim ini. Kalau kena cara dan perancangannya, bisnes aiskrim ini boleh dijadikan cara buat duit sampingan untuk kita.
Selalunya yang jadi penghalang ialah kita terfikir macam mana nak dapatkan bekalan aiskrim? Buat sendiri atau beli dari pembekal? Kalau dah ada bekalan, macam mana pula nak pasarkan aiskrim tu?
Kalau anda serius nak mulakan bisnes aiskrim, boleh rujuk tips dan panduan dalam ebook 'Bisnes Aiskrim' ini. Sesuai dijadikan panduan untuk orang yang segan (macam saya) nak menjual aiskrim tapi berminat nak tambah duit poket dengan bisnes aiskrim. Kalau ikutkan testimoni, ada pengusaha bisnes aiskrim yang dah ikut panduan dalam ebook ni berjaya dapat rm10,000 hanya dengan jual aiskrim untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja! Biar betul!
Hai ana..??
ReplyDeleteAwak tau tak macam mane nk cari lagu ais krim mat kool ni..??
Mat Kool Mat Kool kawanku,
mari kita ikut,
Mat Kool..
main-main,
selalu.
syoknya syoknya ada Mat Kool.
Ten..Ten..Ten..
Ten.Ten.
Ten..
Ten...
Teeeenn...