Teruknya ketagih!

Saturday, October 31, 2015 Ana 1 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda ketagih telefon bimbit?

"Satu kajian dijalankan oleh Universiti Nottingham Trent, United Kingdom mendapati, seseorang pengguna akan memeriksa telefon bimbitnya sebanyak 85 kali sehari bersamaan tempoh lima jam" - Utusan Online

Wah, takkan periksa telefon bimbit sampai 85 kali sehari?

ketagih telefon bimbit



Tapi tak mustahil juga kan bagi mereka yang memang bergantung sepenuhnya pada telefon bimbit dalam urusan seharian. Contoh macam ahli perniagaan, peniaga yang buat bisnes online, ejen seperti ejen insurans dan lain-lain lagi. Blogger pun sibuk periksa telefon bimbit kan? Penting tu untuk update blog atau baca komen daripada pembaca. Macam saya ni tidak lah sibuk mana, sebab tak ramai tak ada pembaca pun nak komen kat blog saya ni hehhe.

Eh, kerja saya dulu pun memerlukan saya periksa telefon bimbit selalu. Terutamanya bila masa-masa ada problem dengan system di pejabat. Memang sekejap-sekejap periksa telefon bimbit untuk jawab whatsapp, update status problem, jawab call dan macam-macam lagi lah. Oh, zaman itu sudah berlalu lepas saya berhenti kerja! :)

Memang dah masuk kategori ketagih tu kalau dah periksa telefon bimbit sampai 85 kali dalam sehari. Mungkin secara tidak disedari, ramai di antara kita pun dah termasuk dalam kategori ini. Contoh yang mudah, masa berkumpul ketika makan bersama keluarga. Kebanyakan kita lebih banyak tengok skrin telefon bimbit daripada tengok muka ahli keluarga sendiri!

Kita 'periksa' hubungan kita dengan Yang Maha Esa atau 'periksa' hubungan kita dengan ahli keluarga agak-agaknya sampai 85 kali tak?

Telefon bimbit adalah alat untuk memudahkan perhubungan, bukannya untuk merenggangkan hubungan ya!


1 comments:

Penyakit malu dan saya!

Saturday, October 31, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni saya nak bercerita pasal 'penyakit malu'. (Macam nak cerita pasal diri sendiri je ni)


penyakit malu
Gaya selfie seorang yang pemalu. Selfie tepi tudung saja!
 Kenapa perlu ada perasaaan malu? Bagus atau tidak menjadi pemalu?

Malu itu perlu ada bagi seseorang individu. Jangan sampai jadi orang yang tak tahu malu.

"Malu itu adalah sebahagian daripada iman - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim"

Tapi yang menjadi masalah bila terlebih malu sehingga membantutkan perkembangan peribadi mahupun pergaulan dengan masyarakat. Saya nak kongsikan sifat malu yang pada pandangan saya ada baik dan buruknya kepada diri saya sendiri:


Malu 1 : Malu gagal dalam peperiksaan
- Saya sangat malu jika saya gagal dalam peperiksaan. Di sekolah menengah saya dahulu, setiap kali keluar keputusan peperiksaan utama seperti PMR, SPM atau STPM, semua pelajar yang akan mengambil keputusan akan berkumpul dalam dewan. Pelajar-pelajar lain juga selalunya ada sama di dalam dewan tersebut.

- Pengetua akan mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan pelajar-pelajar ini akan diminta naik ke atas pentas supaya pelajar lain dapat lihat siapakah yang dapat result yang hebat itu dan jadikan mereka ini sumber inspirasi.

- 2 jenis perasaan malu akan 'melanda' saya time-time macam ni:
a. malu tidak dapat keputusan cemerlang, dan tidak dipanggil naik pentas macam kawan-kawan yang lain. Malu sebab orang akan tahu result saya tak bagus sebab tu tak dipanggil naik pentas.
b. malu kalau dapat keputusan cemerlang, kena naik pentas dan berdiri mengadap orang yang ramai dalam dewan tu!

Akhir sekali apa yang saya buat ialah naik ke atas pentas bila nama dipanggil dan berdiri malu-malu kucing di tepi-tepi pentas supaya tak nervous sangat berdiri depan orang ramai!


Malu 2: Malu dianggap menipu
- Yang ini pada saya pelik sikit sangat dan menyusahkan diri saya sendiri.
- Contoh : Saya demam. Kepala memang dah terasa panas, dan kaki tangan dah seram sejuk. Saya pergi klinik dengan harapan dapat MC tapi saya malu kalau doctor kata suhu saya normal dan saya sebenarnya tak demam pun!
- Malu yang ini sangat menyusahkan diri saya sendiri sebab selalunya bila saya pergi klinik tu memang suhu badan dah terlebih tinggi.
- Sila jangan contohi malu yang tak bermanfaat ini,


Malu 3: Malu salah cakap
- Kerana malu jenis ke-3 ini lah saya sangat-sangat tak suka pergi mesyuarat di pejabat, Sebab saya selalunya malu nak suarakan pendapat saya time meeting tu. Kalau dah terpaksa sangat baru lah saya bersuara. Terpaksa di sini bermaksud ada-orang-lain-yang-cakap-macam-bagus-dalam-meeting-tu-tapi-fakta-faktanya-mengarut-dan-kalau-saya-biarkan-tak-bersuara-membantah-boleh-menyebabkan-masalah-besar!


Malu 4 : Malu nak tinggikan/kuatkan suara
- Tinggi suara di sini maksud saya bersuara dengan kuat sikit supaya orang dengar dengan lebih jelas.
- Disebabkan malu nak kuat kan suara, saya telah di denda berdiri di luar kelas semasa pelajaran Matematik ketika di sekolah rendah. (Cikgu Matematik ini garang tau!)
- Kelakar pula bila diingatkan balik, selalunya orang didenda sebab buat bising dalam kelas, tapi saya didenda sebab bersuara perlahan! :P


Malu 5 : Malu menyusahkan orang
- Malu yang ini yang paling saya ingat ketika saya berada di Mina.
- Ketika di Mina, kami semua tidur dalam khemah beramai-ramai. Saya memang tidak 'berpisah' dengan batuk dan selesema semasa di Mina. Dan pada suatu malam, ketika lampu khemah dah dipadamkan, suasana senyap sunyi dan orang pun dah ramai yang terlena, masa itu juga lah saya terasa nak batuk sangat-sangat!
- Masa tu memang malu sangat sebab memang bunyi batuk saya kong-kong-kong itu saja yang kedengaran dalam khemah tu. Tak berhenti-henti pula tu! Malu saya sebab menganggu Jemaah lain yang sedang tidur.


Malu juga nak kongsikan jenis-jenis malu ini. Tapi tak apa lah untuk kebaikan bersama. Walaupun saya ada macam-macam jenis penyakit malu, tapi bagi saya belum sampai tahap kronik, masih boleh bergaul dan masih tak menghalang saya dalam urusan seharian mahupun urusan kerja saya dulu.

Apa-apa pun, jangan contohi penyakit malu saya yang tak berfaedah ini ya!

Malu biar bertempat...



 

0 comments:

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 : JDT lawan FC Istiklol

Saturday, October 31, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

jdt menentang fc istiklol piala afc
Credit photo : melvister.com


Jom sokong JDT! (tiba-tiba kan!)

Semua peminat sukan bola sepak mesti tertunggu-tunggu perlawanan akhir Piala AFC 2015 antara JDT dengan FC Istiklol malam ini kan?

Saya bukan lah peminat tegar bola sepak. Tapi kalau ada perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya saya selalunya tidak lepaskan peluang menonton. Sebab bagi saya Harimau Malaya mewakili negara kita Malaysia, saya rasa semangat itu lain macam sikit bila tonton aksi yang libatkan pasukan negara. Tiba-tiba jadi patrotik, tiba-tiba kenal semua nama pemain!

Sama lah kes nya dengan JDT menentang Istiklol ini. Rasa macam Malaysia menentang Tajikistan pula. Kalau perlawanan bola dalam liga tempatan, saya kurang berminat sikit.

Bermain di tempat lawan, Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV9 bermula jam 7:30 malam. Sepak mula perlawanan dijadualkan pada jam 8:00 malam waktu Malaysia.

Tidak kira lah anda penyokong Kelantan, Kedah, Pahang atau mana-mana negeri sekali pun, mari lah kita bersatu menyokong JDT dalam perlawanan ini.

Jom sokong JDT Malaysia!

0 comments:

Lampu-lampu di Putrajaya

Friday, October 30, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cerita jerebu dah berakhir (betul ke?). Setakat ini, cuaca Alhamdulillah, dah boleh nampak semula KLCC dari tingkap rumah saya.

Bila cuaca dah bertambah baik, boleh lah anda merancang semula aktiviti-aktiviti yang tergendala semasa jerebu. InsyaAllah dah tak perlu risau lagi nak beriadah bersama keluarga atau dah tak perlu rasa rimas nak kena pakai penutup muka selalu!

Kalau anda belum ada rancangan hujung minggu ini, apa kata ajak keluarga atau rakan-rakan ke Festival Light And Motion Putrajaya 2015 (LAMPU 2015) yang telah pun bermula hari ini sehingga 1 Nov nanti. Acara yang bermula jam 7:30 malam dan berakhir jam 12 tengah malam ini diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Festival Light And Motion Putrajaya 2015 (LAMPU)


Apa yang menariknya festival ini?  Adakah sekadar nak tengok lampu warna-warni pada waktu malam? Sesuai untuk kanak-kanak saja kot?

Eh, belum pergi belum tahu. Saya pun teringin nak pergi tapi dah ada plan lain pula hujung minggu ni, Yang pasti festival ini padat dengan acara-acara menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Festival Light And Motion Putrajaya 2015 (LAMPU)


LAMPU 2015 ini merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya , yang merupakan ahli sebuah persatuan antarabangsa , iaitu Lighting Urban Community International (LUCI). Persatuan ini menyokong penuh inisiatif, evolusi idealistic dan transformasi industry pencahayaan di Bandar-Bandar seluruh dunia.

Untuk maklumat penuh boleh ikuti Festival Light And Motion Putrajaya 2015 (LAMPU) di FB.


Update: Saya jumpa video menarik mengenai Projection Mapping di FB Perbadanan Putrajaya, best sungguh LAMPU 2015 ni rupanya! Kagum saya tengok Projection Mapping ni. Anda boleh tengok video di FB Perbadanan Putrajaya di sini.






0 comments:

Selamat Tinggal Ampang Park...

Thursday, October 29, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda pernah shopping di Ampang Park?

Saya dan emak pada zaman dahulu dulunya sangat rajin membeli belah di Ampang Park. Banyak kali juga lah baju raya saya dibeli di sana. Walaupun harganya sedikit mahal (saya akan cari baju kurung yang paling murah di situ!) tetapi berbaloi kerana baju kurungnya selesa dipakai dan corak nya berkenan di hati. Bila dah penat shopping, selalunya kami akan makan-makan dulu di Dunkin's Donut di tingkat satu. Banyak kali juga saya terserempak dengan artis-artis tanahair yang membeli belah di sini.

Tapi baru-baru ini saya terkejut juga bila terbaca di akhbar yang Ampang Park akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Mass Rapid Transit (MRT) Sedih juga bila dapat tahu berita ini. Iya lah kan, tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat shopping.

Dahulunya ada juga Plaza Yow Chuan (Yow Chuan Plaza) bertentangan dengan Ampang Park, dah ditukar jadi Intermark (hotel kot?), sekarang Ampang Park pula mengalami nasib yang sama (lagi sedih kena roboh).

Perobohan Ampang Park Park Penting - MRT (mstar.com.my)
Tidak Dapat Diselamatkan, Ampang Park Tetap Diroboh Demi MRT (themalaymailonline

Kasihan juga kepada peniaga yang telah lama bertapak di situ, ke mana agaknya arah tuju mereka selepas ini (dengar cerita, para peniaga tidak dipanggil untuk berbincang mengenai perobohan ini, betul ke?).

Diharap apa jua ganti atau pampasan yang diberikan dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan di tempat yang baru.

Selamat Tinggal Ampang Park....


ampang park akan dirobohkan








Lazada Malaysia

0 comments:

Ulu Yam Di Liverpool

Thursday, October 29, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cerita pasal travel lagi hari ini.


melancong ke UK


Teruja sungguh saya bila baca entry mengenai homestay di Liverpool ini.

Buckingham Residence, dengan 10 bilik dan boleh muat 25 orang pada satu-satu masa!

Bagi sesiapa yang ada plan nak melancong ke UK tu, boleh lah PM atau whatsapp saudara Nazali Noor @ Abang Naz ini ya.  Siap ada pakej melancong ke London-Manchester-Liverpool-Edinburgh-Glasgow disediakan (err saya bukannya tolong promosi sebab saya tak kenal pun dengan Abang Naz ni, cuma excited nak kongsi info kalau-kalau ada yang berminat nak pusing-pusing UK).

Tak perlu lagi nak pening kepala cari hotel di London (melainkan anda memang orang kaya yang berulang alik ke London macam ulangalik ke Chow Kit), atau menumpang di rumah kawan-kawan yang study di sana!

melancong ke UK

Saya dulu cuma sempat jalan-jalan di Nottingham-London-Manchester-Liverpool-Paris (eh, strawberi karipap sesat kat Paris pula) saja. Saya sukakan Nottingham yang tenang, kota London yang sibuk, Manchester-yang-sempat-bergambar-di-stadium-old-Trafford dan Liverpool-tempat-banyak-pelabuhan-dan-pengalaman-kelakar-naik-yellowduck-marine! Di Paris pun cuma 3 hari sahaja. Sempat la menikmati keindahan kota Paris dengan berada di puncak Eiffel Tower semasa harijadi saya!

Pakej bulan November dah full house katanya. Kalau ada yang berminat booking masih dibuka untuk Disember hingga April 2016 nanti. Anda cuba lah tanyakan manalah tahu jika pakej nya berpatutan dan mampu milik mampu bayar. Bolehlah mula cari dan kumpulkan 24 orang untuk menginap di homestay ini bersama anda!




0 comments:

Seorang anak hilang setiap hari

Wednesday, October 28, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar hari in? Semoga baik-baik saja semuanya.

Baca surat khabar di zaman moden ini memerlukan kekuatan mental nampaknya.

Kes bunuh, rompak, kemalangan, samun, culik, bakar, buli dan macam-macam lagi hampir setiap hari terpampang di dada akhbar. Bukan saja di media massa, di  media social lebih pantas lagi dengan setiap kes terus saja cepat menjadi viral.

Kanak-kanak hilang

Semalam dalam satu hari saja, bila buka Facebook, ada 5 post yang merayu mencari kanak-kanak yang hilang diculik. Dan untuk semua post-post kanak-kanak hilang ini tertulis , kes itu baru berlaku dalam 1 atau 2 jam sebelum post itu ditulis! Bayangkan, itu yang diviralkan dalam FB, macam mana pula dengan kes-kes lain yang kita tidak tahu? Adakah seorang anak hilang setiap hari? Berapa ramai agaknya anak-anak yang diculik dalam masa 1 jam!

Sangat menakutkan, kes kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi!

Kita mungkin tak dapat nak agak siapa di kalangan kita yang ada niat jahat nak menculik anak-anak kecil ini kan. Jadi apa yang boleh kita buat , cuba kurangkan 'peluang-peluang keemasan' untuk penjenayah-penjenayah ini bertindak!

Antara yang boleh kita lakukan ialah:

1. Jangan biarkan anak anda walau sesaat pun hilang dari pandangan ketika berada di tempat awam.
- Yang ini saya selalu nampak dan risaukan. Di kedai bakeri, tengah ibu atau bapa sibuk-sibuk memilih roti yang berkenan di hati, anak kecil selalunya dibiarkan berjalan di belakang tanpa pengawasan,. Cuba anda bayangkan disebabkan 5 saat sibuk memilih roti, bila toleh ke belakang anak anda dah hilang dari pandangan!


2. Awas dengan gerak geri individu yang mencurigakan
- Ada satu post di FB yang menceritakan gerak geri 2 orang pemuda yang mencurigakan di kawasan permainan kanak-kanak di sebuah R & R. 2 orang pemuda ini kelihatannya cuba untuk mendekati anak-anak yang mana ibu bapanya nampak agak terleka dengan urusan masing-masing dan biar anak-anak bermain sendiri. Memang mencurigakan, sebab apa yang mereka buat di situ, bukannya ada anak-anak kecil bersama mereka.


3. Taktik bertanya arah
- Taktik ini rasanya semua orang tahu selepas kes kanak-kanak berbangsa Cina yang dilarikan di Kajang baru-baru ini bila si penjenayah berpura-pura bertanya arah jalan kepada ibunya. Jadi, kalau kita nak buat baik sekalipun nak menunjuk arah, pastikan anak-anak kita tidak terdedah kepada taktik jahat ini.


4. Anak ditinggalkan dalam kereta seorang diri
- Yang ini  memang tak patut sangat, macam 'menjemput' pula penjenayah untuk menculik anak kita!


Jangan biarkan rekod kes kanak-kanak hilang terus meningkat. Awasilah anak-anak anda sebelum terlambat!



0 comments:

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

Wednesday, October 28, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cerita apa hari ini?

Saya nak berkongsi sebuah buku yang saya jumpa secara tak sengaja di Facebook. Pencetus Ummah musim pertama, PU Rahmat ada berkongsi di FB nya mengenai sebuah buku yang menarik tajuknya:

lelaki terakhir menangis di bumi, musa nuwayri



'Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi'

Buku ini hasil karya Musa Nuwayri  Jika diikutkan penerbit nya DuBook Press (jom follow DuBook di FB!), buku ini masih dalam proses cetakan. Disebabkan hendak tahu lebih lanjut, saya pun google-google tajuk buku ini dan juga mengenai Musa Nuwayri, Kalau di google, kita akan terjumpa dengan buku yang ditulis oleh penulis yang lain yang mempunyai tajuk yang sama, jangan ter confuse ya.

Kalau dilihat pada reply Musa Nuwayri di FB, buku ini insyaAllah akan dikeluarkan hujung tahun. Terlanjur google mengenai penulis ini, beliau merupakan founder bagi Tangisan Syria di Bumi Jordan, yang terlibat secara langsung membantu rakyat Syria yang ditindas dengan kekejaman rejim Bashar Al Assad.

Baca juga :
Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi - Kisah Dari Hati
Buat saudara Musa Nuwayri, semoga anda terus kuat!
Perjuangan ini bukanlah hak Musa seorang... 

Kita semua sangat-sangat patut untuk follow saudara Musa Nuwayri ini di FB, dan tonton sendiri video-video penderitaan rakyat Syria. Paling saya tak sanggup tengok seorang kanak-kanak yang dijahit kecederaannya oleh doctor tanpa bius (hospital kehabisan ubat bius), dan kanak-kanak itu membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafalnya sepanjang proses menjahit itu!

Jika tidak silap buku ini juga akan menceritakan mengenai kisah-kisah penderitaan rakyat Syria yang disaksikan sendiri oleh penulis (harap maaf ya penulis kalau saya salah faham. Eh, macam lah penulis buku tu baca blog ni!). Tak sabar saya nak tunggu buku ini diterbitkan!

Sementara tunggu buku menarik ini diterbitkan, mari kita pakat-pakat bantu apa yang mampu bagi meringankan penderitaan rakyat Syria. Projek terkini adalah Misi Bantuan Musim Sejuk Pelarian Syria. Anda boleh tengok maklumat lanjut di link ini.


Baca juga :
Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi - Kisah Dari Hati
Buat saudara Musa Nuwayri, semoga anda terus kuat!
Perjuangan ini bukanlah hak Musa seorang... 



0 comments:

Travelling Beruang tiba di kemuncaknya...

Tuesday, October 27, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


travelling beruang photo from travellingberuang.com.my

Kempen Travelling Beruang kini tiba di kemuncaknya.

Kempen ini diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kanser dan bagi mengumpulkan dana untuk pesakit kanser di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat, ditambah dengan sokongan yang padu daripada media massa dan media sosial.

Misi utama kempen ini ialah membawa dunia dekat kepada kanak-kanak pesakit kanser ini, di mana travelling beruang akan mengembara bagi pihak kanak-kanak yang terhad pergerakan mereka disebabkan kanser yang dihidapi.

Baca juga :
Kanser hati dan perginya Pak Uda...


Travelling Beruang membuka peluang orang ramai untuk membeli patung beruang eksklusif berharga RM65 yang dijual di Altel Concept Store dan di dalam penerbangan AirAsia.  Hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke Tabung Travelling Beruang MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Memang sukar untuk berhadapan dengan penyakit kanser dan hanya yang tabah sahaja yang mampu mengharunginya. Sedangkan orang dewasa pun belum tentu mampu kuat semangat untuk berjuang menghadapi penyakit ini, apa tah lagi kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia.

Saya sendiri mempunyai pengalaman sedih kehilangan arwah emak saudara yang mengidap penyakit kanser payudara , 18 tahun yang lalu. Ya, peristiwa itu sudah lama berlalu. Tetapi saat-saat saya mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah tidak mungkin akan saya lupakan hingga ke akhir hayat saya.

Bagi yang ingin mengikuti perjalanan menarik Ungku Ismail sepanjang kempen travelling beruang ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem 'Travelling Beruang' yang akan disiarkan di tv3 pada 31/10/15 dan 01/11/15 pada jam 9 malam.

#travellingberuang

0 comments:

8 jenis aiskrim yang sedap!

Monday, October 26, 2015 Ana 5 Comments


8 jenis aiskrim yang sedap!


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Saya baru saja menonton rancangan Majalah 3 di TV3. Cerita mengenai aiskrim.

Meriah rupanya industri aiskrim di Malaysia ini. Selama ini saya cuma tahu makan aiskrim yang dibeli di kedai biasa , jenama Nestle dan Magnum :P

Antara aiskrim-aiskrim yang dipaparkan dalam Majalah 3 tadi ialah:

sangkaya ice cream


Sangkaya
- Aiskrim kelapa di Jalan Alor, Bukit Bintang hanya menggunakan ramuan asli tanpa pengawet dan dihidangkan dalam buah kelapa yang dibawa khas daripada Thailand nampak sangat menyelerakan. Menurut penjual aiskrim Sangkaya di Jalan Alor ini, pada hari biasa berniaga beliau boleh menjual sebanyak 100 sehingga 200 aiskrim dan pada hari minggu atau cuti sehingga 300 aiskrim terjual. Harga untuk satu aiskrim Sangkaya ini? RM10.00. Anda kira lah sendiri berapa untung sehari!


320 below
- Sebuah restoran yang mana anda perlu pesan perasa aiskrim yang anda inginkan dan masa itu juga baru aiskrim itu dibuat menggunakan gas nitrogen! Aiskrim ini sudah lama terkenal di negara jiran, Singapura dan baru bermula di negara kita sejak 4 bulan yang lalu.


Aiskrim turki
- Memang tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Untunglah peniaga Turki dapat mencari rezeki dan menambah pendapatan di Malaysia. Saya teringin hendak rasa aiskrim Turki atau dikenali juga sebagai dondurma, tapi bila tengok pembeli aiskrim kena sakat dengan penjual aiskrim-aiskrim Turki masa membeli aiskrim ini, terus tak berani nak cuba!


Aiskrim gulung
- Yang ini pun menarik. Bahan-bahan untuk perisa aiskrim yang dipilih oleh pelanggan akan dimasak atas dapur/plate yang sejuk yang akan membekukan bahan-bahan itu tadi. Memang lain daripada yang lain. Menurut pengusaha aiskrim gulung yang diwawancara Majalah3  ini, beliau pergi ke Thailand untuk memahirkan diri dengan cara-cara penyediaan aiskrim gulung ini.


Bisnes Aiskrim : Aiskrim Mana Yang Paling Untung? Adakah Aiskrim Colek atau Aiskrim Lembut atau Aiskrim Potong atau Aiskrim Goyang atau Aiskrim Kelapa? Ketahuinya di sini!


Aiskrim kelapa pandan
- Sama seperti Sangkaya, aiskrim ini juga dihidangkan dalam buah kelapa. Aiskrim yang dibuat dan diproses sendiri secara manual, ditambah dengan air kelapa pandan itu sendiri yang manis dan segar, keenakan aiskrim ini turut diserikan lagi dengan pulut, jagung dan biji selasih. Sesuai sebagai penghilang dahaga dalam cuaca panas.


Baca juga:
Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...
Aiskrim tak laku di musim hujan?
Mari jual aiskrim!
Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!



Aiskrim Malaysia
- Siapa yang tidak kenal dengan aiskrim Malaysia. Mungkin kurang dikenali sedikit di kalangan anak-anak muda sekarang, tapi aiskrim Malaysia masih ada peminatnya yang tersendiri. Jangan pandang sebelah mata, seperti yang dipaparkan dalam Majalah 3, seorang suri rumah berjaya buat duit dengan menjual aiskrim Malaysia ini. Perniagaan aiskrim Malaysia secara bisnes online ini juga dipelbagaikan dengan pelbagai perisa , sesuai dengan trend aiskrim masakini. Sangat sesuai bagi suri rumah untuk menjalankan bisnes online yang mudah ini di rumah.


Pops Malaya
- Sama seperti bisnes online aiskrim Malaysia suri rumah tadi, Pops Malaya ini juga diusahakan oleh seorang wanita. Kisahnya  bermula apabila wanita ini yang sangat gemar makan aiskrim (sehingga 3-4 batang aiskrim sehari!) ketika mengandung sehingga mendapat mild diabetes, membuatkan beliau mendapat idea untuk membuat aiskrim sendiri! Aiskrim ini ada ramai pengikutnya di laman sosial.  Jom follow Pops Malaya di FB!


pops malaya


Aiskrim goyang
- Mudah didapati di pasar-pasar malam, aiskrim ini juga diusahakan secara manual dengan peralatan khas untuk menggoyangkan aiskrim sehingga membeku.


Yang mana satu aiskrim pilihan anda?



5 comments:

Buat bisnes yang anda suka!

Sunday, October 25, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari ini saya nak bercerita mengenai perniagaan atau bisnes.

Bisnes apa tu? Bukan bisnes saya, tapi bisnes saudara-mara dan kawan-kawan. Walaupun ramai yang kata tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar daripada segi ekonomi, saudara-mara dan kawan-kawan saya ini adalah antara yang berani mengambil risiko dan menyahut cabaran memulakan bisnes.

Cerita 1:
Sepupu saya yang telah bekerja selama 13 tahun di sebuah syarikat minyak sebagai sesorang akauntan nekad berhenti kerja untuk memulakan bisnes sendiri.
Bisnes apa?
Bisnes menjual ice blended di salah sebuah pusat membeli-belah di Cyberjaya.
Ruang niaganya adalah sebuah kiosk yang sewanya RM3000 sebulan.
Dengan kiosk yang dikendalikan oleh 2 orang pekerja, kini sepupu saya ini tidak lagi balik bekerja lewat malam dan ada lebih masa untuk anaknya.


Cerita 2:
Seorang lagi sepupu saya juga telah berhenti kerja baru-baru ini. Bermula sebagai seorang chef di restoran, kemudian bekerja di bahagian pejabat sebuah restoran yang terkenal, akhirnya sepupu saya ini nekad berhenti kerja dan membuka restoran sendiri.
Bertempat di Putrajaya, berhampiran dengan Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi), sepupu saya ini bersama-sama 3 lagi rakannya berkongsi membuka restoran dengan sewa sebanyak RM11000 sebulan.
Setakat ini keuntungannya boleh tahan, dapat lah RM4000 hingga RM5000 untuk sehari!


Cerita 3:
Seorang kawan yang hanya saya ikuti perkembangannya di FB juga akan menghantar notis berhenti kerja tidak lama lagi. Juga bekerja di sebuah syarikat minyak ketika ini, kawan saya ini mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya. Tambahan pula seorang anaknya yang memerlukan lebih perhatian kerana mempunyai perkembangan membesar yang agak lambat berbanding kanak-kanak normal.
Rancangannya selepas berhenti kerja?
Menjadi pemandu van sekolah. Selain itu, sekarang ini juga kawan saya ini aktif dengan bisnes online menjual tudung Naelofar dan produk kesihatan Ephyra.


Cerita 4:
Seorang kakak di ofis saya dahulu, sangat aktif dengan berniaga. Macam-macam produk yang dijualnya. Daripada kuih raya, daging masak itam, Tupperware, produk kesihatan sehinggalah kepada barangan Muslimah. Memang aktif akak ni, apa sahaja yang dijualnya mendapat sambutan.
Kakak ini selalu merungut dah tak larat nak kerja ofis dan selalu kata nak berhenti kerja. Tapi sampai sekarang masih belum berani hendak hantar notis berhenti kerja. Masih belum yakin dengan bisnesnya agaknya!


Cerita 5:
Masih lagi dengan cerita kawan-kawan. Seorang kawan yang mahir menjahit set tilam bantal untuk kanak-kanak kini aktif dengan bisnes online nya. Banyak tempahan yang diterimanya dari sehari ke sehari, melalui media sosial mahupun daripada kawan-kawan sepejabat. Masih belum berhenti kerja, bisnes online ini dapat dijadikan sebagai pendapatan sampingannya.
Dari mana dapat kemahiran menjahit set tilam bantal tu? Jangan terkejut, kawan saya ini hanya belajar dari YouTube!


Macam-macam kan bisnes yang kita boleh buat?
Tak kira samada memulakan bisnes dengan kedai fizikal atau pun bisnes online, semuanya hanya perlukan keyakinan, kemahuan, kesungguhan dan minat!.




0 comments:

Handsome sangatkah Perdana Menteri Kanada yang baru tu?

Saturday, October 24, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Video buat tatapan kaum hawa yang terpesona dengan ketampanan dan kekacakan Perdana Menteri Kanada yang baru :)

*klik gambar atau lawati link ini : http://www.cbc.ca/news/1.3279728

http://www.cbc.ca/news/1.3279728


Perdana Menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau (bukan Justin Bieber ya!) berjalan masuk ke stesen metro Montreal pada pagi Selasa yang lalu untuk bersalaman dan bergambar bersama orang ramai.

Yang tak best sikit dalam video ni ada seorang perempuan yang pakai tudung berlaga pipi pula dengan PM ni.

Perdana Menteri Kanada yang baru ini merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Kanada yang ke-15, Pierre-Elliot Trudeau. Beliau yang pernah bertugas sebagai guru Bahasa Perancis dan Matematik merupakan Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Kanada kerana baru berusia 43 tahun.

Malang jika ada yang berangan tinggi nak jadikan Justin Bieber Justin Trudeau ini teman istimewa, kerana beliau telah berkahwin pada tahun 2005 dan mempunyai 3 orang anak.

Ramai netizen yang mengatakan PM Kanada yang baru ini kacak seperti model. Jika tidak jadi PM, boleh buat duit dengan cari pendapatan sampingan sebagai model katanya!
 
Tampan tak tampan itu tak penting. Yang penting boleh memimpin dengan baik. Harapkan tampan saja negara entah ke mana pun tak bagus juga kan!


 
 

0 comments:

Apa anda dapat bila anda beri makan kepada orang lain?

Saturday, October 24, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Sabtu. Ke mana anda hari ini?

Saya dan emak pergi mendengar ceramah sempena Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Persatuan Khairat Kematian Taman Sri Keramat & Taman Keramat Permai. Penceramahnya ustaz yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dr Mohd Izhar Arif b Mohd Kashim, seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ceramahnya bertajuk 'Pesanan Nabi Selepas Hijrah'. Selalunya kalau sebut mengenai Maal Hijrah ceramahnya akan berkaitan perjalanan hijrah Nabi kan? Jadi agak menarik bila kali ini ustaz bawakan topik yang lain dari biasa.

Ada 3 pesanan Nabi yang dikupas oleh ustaz dalam ceramahnya, iaitu:

1. Sebarkan salam (cara menyatupadukan golongan yang berlainan pendapat, contoh antara baby bloomers, gen x, gen y dan gen z)

2. Beri makan kepada orang lain (tidak akan miskin orang yang bersedekah)

3. Jadilah manusia yang bersyukur (jangan tinggalkan solat dhuha dan solat tahajjud)

Ustaz cerita setiap pesanan itu siap dengan contoh-contoh yang mudah kita faham dan amalkan. Sebagai contoh, bagi pesanan yang kedua iaitu beri makan kepada orang lain, ustaz memberikan contoh amalan yang ustaz sendiri lakukan.

belanja makan


Ustaz sendiri telah membeli dan mewakafkan penapis air Coway bagi kegunaan pelajar-pelajarnya di UKM. Kan mudah mencari pahala? Hanya dengan membeli penapis air, selagi digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain, pahala kita akan berterusan.  Agak mahal juga harga penapis air itu, ditambah pula dengan harga servis tahunannya. Dan menurut ustaz, sesungguhnya bila kita berbuat baik, kta pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Tidak perlu menunggu lama, kata ustaz lepas saja membayar harga penapis itu, rezeki ustaz murah kerana tidak lama kemudian ustaz mendapat panggilan untuk empat  rakaman sebuah rancangan agama di tv.  Dan cuba anda teka lah berapa bayaran yang ustaz dapat untuk setiap rakaman itu?

Untuk satu rakaman, ustaz dibayar sama harganya dengan harga penapis air itu! Subhanallah!

Rahsia Sedekah dah terbongkar ni. Jadi, mudah saja resepinya untuk murah rezeki kan? Dalam pada kita sibuk bekerja, bisnes online, cari duit, buat duit, tambah pendapatan sampingan, jangan kedekut untuk memberi kerana balasannya adalah dari sumber yang tidak disangka-sangka!


0 comments:

Backpackers' Day 2015

Saturday, October 24, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Berita baik buat semua backpackers. Backpackers Day 2015 akan diadakan pada 31 Oktober 2015 , bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang, bertempat di Pasar Seni Kuala Lumpur.

Acara ini merupakan platform terbaik bertujuan memberikan pendedahan kepada para backpackers, pelajar dan sesiapa sahaja mengenai cara mengembara dengan cara yang jimat belanja atau low budget travelling.

Aktiviti-aktiviti menarik sempena Backpackers Day ini adalah seperti berikut:

1. Backpackers' Hunt
2. Borak Backpackers bersama selebriti backpackers
- Badrul Hisham (yang muncul dalam Nasi Lemak Kopi O pagi tadi untuk kali kedua, comel je cik abang ni) - penulis buku Advantura Pulang Ke Malaya
- Moji @ Nazri Arshad
- Mr Traveller @ Meor Farid Asyradi (pun pernah muncul dalam Nasi Lemak Kopi O) - penulis buku Travelog MR Traveler
- ET @ Siti Noridah
3. Walkway Bazaar


Acara lain termasuklah:

1. Graffiti Art
2. Traditional Games
3. Signage Map
4. Lucky Draw

Bagi yang berminat, boleh like dan follow Facebook Backpackers' Day 2015 untuk maklumat lanjut. Yang saya pasti ramai kawan-kawan saya yang akan sertai acara menarik ini.

Jangan lepaskan peluang mengikuti tips dan info menarik daripada traveler tanahair, semoga dapat dijadikan panduan merancang pengembaraan anda yang akan datang.

#BACKPACKERSDAY2015




0 comments:

Bajet 2016 : Antara harapan, impian dan kenyataan (2)

Friday, October 23, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


bajet 2016


Salam Bajet 2016!

Macam mana dengan pembentangan bajet petang tadi? Ada harapan dan impian anda yang jadi kenyataan tak?

Terjawab tak keluh kesah anda mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat?

Terjawab tak rintihan ramai mengenai kesukaran pemilikan rumah kerana harga rumah naik mencanak?

Antara isi kandungan bajet yang saya tonton di tv petang tadi:
1. 351200 unit rumah bakal dibina tangani isu pemilikan rumah

2. 29.2 billion utk pembangunan di Sabah dan Sarawak

3. Membangunkan modal insan melalui sektor pendidikan

4. 7 rancangan tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan - antaranya pembukaan lebih banyak klinik 1malaysia, kemudahan haemodialis bagi yang kurang kemampuan. Caj penuh rawatan akan dikenakan untuk bukan warganegara mulai 1 Januari 2016.

5. Had pelepasan utk 5 kategori dinaikkan, antaranya had pelepasan cukai anak berumur 18 tahun ke atas dan kategori baru untuk anak yang menyara ibubapa (walaupun tidak tinggal bersama)

6. Sistem pengangkutan awam ditambah baik dan rancak dibangunkan

7. Agihan 5.3 billion utk sektor pertanian seperti penambahbaikan pasar tani

8. Naik taraf jalan dan elektrik di penempatan luar bandar serta projek bekalan air

9. Memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial seperti jabatan kebajikan dan kemudahan bagi OKU

10. 5 inisiatif utk memacu pembangunan PKS

11.Gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1000 bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 bermula 1 Julai 2016.

12. Penjawat awam akan dibayar bayaran khas bonus RM500 pada 1 Januari 2016.

13. Bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 akan dibayar kepada pesara kerajaan pada 1 Januari 2016.
Lain-lain intipati rumusan Bajet 2016 boleh anda rujuk di link ini.

Harapan sesetengah pihak untuk melihat GST dimansuhkan tidak kesampaian, namun ada juga barangan yang dikurangkan kadar GST nya dan sesetengah barang dimansuhkan GST seperti susu bayi dan kanak-kanak berasaskan soya dan organic serta ubat bagi 30 jenis penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.Bagi saya, intipati rumusan saya bagi Bajet 2016 ialah:

"Walau apa pun yang berlaku, hidup mesti terus!!"
 
:)

0 comments:

Bajet 2016: Antara harapan, impian dan kenyataan

Thursday, October 22, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selalu kalau esok nya tahun baru, orang putih akan panggil petang sebelumnya sebagai New Years's eve.

Jadi sekarang kita berada di 2016 Budget's eve. Betul?

Berikut adalah antara harapan-harapan menggunung rakyat Malaysia yang diharap dapat ditangani dalam bajet 2016 yang akan dibentangkan esok, 23 Oktober:

1. Kos sara hidup yang semakin meningkat
2. Penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti
3. Peluang pekerjaan
4. Penyediaan infrastruktur asas luar bandar

Kos sara hidup menjadi topik yang utama daripada 15 kategori yang disediakan untuk rakyat memberi maklum balas kepada PM sebelum pembentangan bajet Jumaat ini. Lain-lain kategori yang turut menjadi perbincangan adalah:

  1. Kos Sara Hidup
  2. Pembangunan Desa
  3. Perumahan & Kehidupan Bandar
  4. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
  5. Pengangkutan & Infrastruktur
  6. Keselamatan Awam & Rasuah
  7. Pembangunan Ekonomi
  8. Pendidikan
  9. Belia & Sukan
  10. Kebajikan Sosial: OKU & Golongan Kurang Bernasib Baik
  11. Kemudahan Awam
  12. Pekerjaan
  13. Percukaian, Perniagaan & Kewangan
  14. Budaya & Pelancongan
  15. Alam Sekitar & Pertanian
bajet 2016
 
bajet 2016


Sebagai rakyat, pasti kita mengharap ada sebahagian dalam bajet yang diperuntukkan khas untuk kita kan? Saya selalu mendengar rungutan orang ramai, contohnya pekerja swasta setiap kali bajet selesai dibentangkan. Sebab selalunya dalam bajet-bajet yang lepas, kebanyakan yang mendapat 'hadiah' dari bajet adalah golongan kakitangan kerajaan, pesara kerajaan, petani, peladang, cikgu-cikgu dan lain-lain. Jarang ada dengar satu bahagian dalam bajet itu khas untuk golongan pekerja swasta. Kalau ada pun secara umum yang merangkumi semua golongan, contohnya bajet yang menyentuh cukai pendapatan.

Dengan deretan 'kos tambahan' sepanjang tahun ini :

GST (harga barang naik)...
Ringgit menjunam...
Harga minyak naik (harga minyak naik)...
Tol naik...

 Adakah harapan dan impian majoriti rakyat Malaysia akan jadi kenyataan?

Sama-sama kita saksikan / dengarkan pembentangan Bajet 2016 esok ya!

#bajet2016



0 comments:

Jom Puasa Assyura

Wednesday, October 21, 2015 Ana 2 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini dah 8 hari kita dalam tahun baru 1437H. Macam mana dengan azam penghijrahan anda? Semoga semuanya baik-baik saja ya.

Dalam kesibukan kita dalam mencari rezeki, menjalankan urusan harian dan menempuh hari-hari yang penuh jerebu ini, apa kata kita tambahkan saham akhirat kita dengan berpuasa sunat esok dan lusa (atau lusa dan tulat), sempena dengan 10 Muharam yang akan menjelang.


jom puasa message from nurelhikmah.com
Ingatan ikhlas Jom Puasa dari nurelhikmah. Jom follow nurelhikmah di FB!


hari assyura notes from NourAcademy
Nota penting Hari Assyura daripada NourAcademy. Jom follow NourAcademy di FB!


Petikan berikut saya ambil daripada FB Jom Solat. Jom follow Jom Solat di FB!


TAWARAN PENGHAPUSAN DOSA SETAHUN YANG LALU.

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam ketika ditanya tentang Puasa Hari 'Asyura' :
"Sesungguhnya aku mengharapkan agar Allah mengampunkan dosa setahun yang lalu." ...

Hadith riwayat al-Imam Muslim rahimahullah.

MARTABAT PUASA HARI 'ASYURA'
Al-Imam Ibnul Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya Zad al-Ma'ad :
1) Martabat paling sempurna :
Berpuasa pada Hari 'Asyura' (10 Muharram) dan hari sebelumnya (9 Muharram) serta hari selepasnya (11 Muharram).

2) Diikuti martabat di bawahnya :
Berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram.

3) Diikuti martabat di bawahnya :
Berpuasa hanya pada hari kesepuluh Muharram.

Nota :
Khamis, 9 Muharram 1437H = 22/10/2015
Jumaat, 10 Muharram 1437H = 23/10/2015
Sabtu, 11 Muharram 1437H = 24/10/2015

"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu dengan jalan berpuasa pada bulan yang mulia ini."

الراجي إلى عفو ربه،
 أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Ustaz Salehuddin bin Abu Samah,
Semenyih, Selangor.
Rabu, 8 Muharram 1437H - 21 Oktober 2015


Jom sebar-sebarkan, mudah-mudahan dapat mengingatkan yang terlupa ( termasuk saya sendiri!)....

2 comments:

Mencari homestay untuk konvokesyen

Tuesday, October 20, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Menghampiri hujung tahun ini, banyak majlis konvokesyen diadakan di sana sini. Berikut adalah antara universiti tempatan yang mana majlis konvokesyennya berlangsung bulan Oktober sehingga awal November 2015:

Universiti Kebangsaan Malaysia : 31/10/15 hingga 03/11/15
Universiti Putra Malaysia : 31/10/15 hingga 03/11/15
Universiti Malaya : 17/10/15 hingga 21/10/15
Universiti Sains Malaysia : 17/11/15 hingga 21/11/15
Universiti Sains Islam Malaysia : 07/11/15 hingga 09/11/15
Universiti Malaysia Sarawak : 14/11/15 hingga 17/11/15
Universiti Malaysia Sabah : 21/11/15 hingga 23/11/15

Selain para graduan yang sibuk dengan persiapan dan menghadiri raptai majlis konvokesyen, sudah pasti tidak ketinggalan ibu bapa atau keluarga yang turut sibuk membuat persiapan bagi menghadiri majlis bersejarah meraikan kejayaan anak-anak mereka.

Bagi keluarga yang tinggal tidak jauh dari universiti pasti tiada masalah dengan pengangkutan ke majlis tersebut. Tapi, bagaimana pula jika keluarga di utara, dan majlis konvokesyen anaknya di universiti yang terletak di selatan?

Sudah pasti faktor tempat penginapan menjadi persoalan. Jika ada saudara-mara yang berdekatan , boleh lah menumpang tidur sehari dua. Jika tidak, sudah pasti hotel atau pun rumah sewaan harian menjadi pilihan penginapan sementara.

Tidak dinafikan rumah sewaan harian atau dikenali sebagai homestay menjadi pilihan ramai semenjak akhir-akhir ini. Berbanding hotel, memilih homestay sebagai tempat penginapan sementara lebih berbaloi dari segi kos dan keselesaan.

Mudah saja jika hendak mencari homestay untuk disewa. Google saja perkataan 'cari homestay' dan anda akan rambang mata memilih daripada senarai panjang homestay yang diiklankan di portal-portal seperti carihomestay.net, 1malaysiahomestay.com, homestaysmalaysia.com, direktorihomestay.com, iklanhomestay.com dan banyak lagi. Selain itu, banyak juga homestay yang diiklankan di mudah.my dan ibilik.my.




Jika ahli keluarga yang datang untuk majlis konvo adalah ramai , contohnya lebih daripada 10 orang, semestinya memilih homestay (rumah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air) dengan kadar RM300 semalam lebih berbaloi berbanding tinggal di hotel dengan kadar yang sama untuk 2 bilik.

Perusahaan homestay memang semakin menggalakkan dan ramai yang telah berjaya menjadikan homestay sebagai sumber pendapatan sampingan. Jangan terkejut ada pengusaha homestay yang buat duit dengan mengenakan sewa homestay RM9000 sebulan ketika pilihanraya diadakan di Teluk Intan tahun lalu!.

Tapi, awas bagi anda yang mencari-cari homestay untuk disewa, pastikan anda tidak menjadi mangsa penipuan kerana ada juga yang mengambil kesempatan menipu dengan mengambil wang deposit tetapi apabila penyewa tiba di destinasi dan cuba menghubungi pemilik homestay, pemilik tersebut gagal dikesan.

Sebagai penyewa, pastikan anda mempunyai segala rekod (contohnya bukti bayaran deposit) apabila anda berinteraksi dengan pemilik homestay. Penting juga untuk melihat (melalui carian google dan sebagainya) sekiranya ada sebarang cerita tidak menarik daripada penyewa homestay terdahulu.

Macam-macam cara penipuan sekarang ini!




0 comments:

Cemas seketika bersama Adsense

Tuesday, October 20, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

iklan adsense tiba-tiba hilang
Bukan 'rehat seketika bersama Kit Kat' ya! Tapi 'cemas seketika bersama Adsense'!

Bukan cemas seketika, ada la dalam 5, 6 hari cemas sebab  tiba-tiba iklan AdSense tak muncul di homepage. Kenapa nak cemas sangat? Cemas lah sebab sidebar homepage tu ada ruang kosong tang iklan yang tak muncul itu. Kalau tak muncul di semua page, mungkin salah saya sebab suka godek-godek code html tu, tapi masalahnya, iklan ini tak muncul di homepage saja! Tak cantik blog saya sebab bahagian iklan AdSense tu melopong je kosong.


Memang beberapa hari ini puas saya men google sana sini dan cuba macam-macam cara nak solve kan problem ini. Sudah ramai rupanya yang kena masalah ini, dan dah lama rupanya masalah ini berlaku sebab ada thread satu forum yang bincangkan masalah ini saya tengok threadnya mula tahun 2009. Antara cara penyelesaian yang saya jumpa ialah di blog- blog ini:


1. Techpinas

2. Thatsblogging

Selain daripada 2 blog di atas, dah berpuluh-puluh lagi blog yang saya lawat untuk cari penyelesaian masalah ini.

Saya dah cuba kedua-dua cara di atas, tapi iklan masih tak muncul di homepage. Akhir sekali saya cuba cara yang terakhir. Saya tunggu dulu dalam sehari, kalau tak muncul juga saya akan cuba pula  forum untuk bantuan.

Dan akhirnya, setelah beberapa hari yang mencemaskan, akhirnya, iklan AdSense muncul jam 6:30 petang ini. Akhirnya!

Kalau anda ada masalah yang sama, boleh lah cuba cara-cara di atas ya, saya pun kurang pasti cara yang mana satu sebenarnya solve kan problem ini...hehehe.




0 comments:

Bergaya dengan penutup muka cantik ketika jerebu!

Tuesday, October 20, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam jerebu.

Rasa nya macam ada terbaca kata-kata Pak Jokowi yang jerebu akan reda dalam masa 2 minggu lagi dengan adanya bantuan daripada Malaysia dan Singapura untuk padamkan kebakaran di Kalimantan, Indonesia.

"Jerebu dijangka berakhir bulan depan" - Utusan Online

"Isu Jerebu - Jokowi jamin selesai 2 minggu lagi - MyNewsHub


Pagi ini dalam hampir semua surat khabar, tajuk utamanya sangat lah 'menarik'

"Jerebu dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan!"


Bagi kita rakyat biasa yang tak mampu nak sumbang apa-apa untuk atasi masalah jerebu ini (selain daripada tidak menambah jerebu dengan pembakaran terbuka dan asap rokok anda!), sila lah lebihkan usaha dalam menjaga kesihatan anda.

Bagi yang ada anak-anak yang masih kecil tu, pastikan mereka pakai penutup muka setiap kali berada di luar rumah. Memang kadang-kadang anak-anak kecil ini rasa rimas nak pakai face mask selalu. Bukan budak kecil saja, orang dewasa pun kebanyakannya tidak memakai face mask (termasuk saya!) ini bila keluar rumah.

Untuk 'umpan' anak-anak kecil ini pakai face mask, apa kata anda belikan untuk mereka penutup muka yang lain daripada biasa. Contoh nya face mask yang di jahit sendiri oleh saudari Fauziah, boleh follow di Instagram nya 'fbzy' (klik sini).

Penutup muka hand made ini sangat menarik dan sesuai untuk semua golongan, tengok lah contoh-contoh di bawah ini, menarik kan!

penutup muka di musim jerebu

penutup muka yang cantik di musim jerebu
 
 
 
Paling best kalau anda beli penutup muka yang cantik-cantik ini untuk seisi keluarga, baru lah bergaya di musim jerebu! hehehe...
 


0 comments: