Sampai bila dunia akan tutup mata terhadap nasib Rohingya?
Sampai bila dunia akan tutup mata terhadap nasib Rohingya?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Dah 2 hari berturut-turut saya baca berita di akhbar yang seumpama cerita fiksyen di pawagam. Bezanya ialah berita tersebut ialah kisah benar. Bukan fiksyen. Bukan khayalan.
Jika cerita yang sekejam dan setragis itu diyangkan di pawagam, akan ada pengkelasan nya dan bukan semua peringkat umur dibenarkan untuk menonton. Bezanya dengan berita yang disiarkan di akhbar itu ialah semua peringkat, semua golongan masyarakat boleh membacanya. Dan itu lah, hanya sekadar mampu membaca tanpa ada daya untuk bertindak lebih jauh.
Dikurung dan dibakar hidup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang menjadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine (sumber : utusan.com.my)
Selain membakar rumah, anggota tentera turut mencampak kanak-kanak Rohingya yang masih hidup ke dalam api sehingga rentung dengan si ibu hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa. Kekejaman tentera Myanmar tidak berakhir di situ apabila mereka dilapor turut melepaskan tembakan ke arah penduduk Rohingya yang mahu melarikan diri termasuk kanak-kanak (sumber : utusan.com.my)
Macam dalam filem kan? Tak dapat nak bayangkan wanita dan kanak-kanak dikurung dan dibakar hidup-hidup. Dikerah keluar dari rumah masing-masing dan rumah kemudiannya dibakar setelah ditembak dengan meriam. Sesiapa yang cuba larkan diri akan ditembak, termasuk kanak-kanak. Bayi berusia 18 bulan dipukul dengan kayu dan mati serta-merta. Mungkin sudah mati terus rasa perikemanusiaan dalam diri si pelaku perbuatan kejam lagi zalim itu.
Sumber : utusan.com.my |
Sumber : utusan.com.my |
Info lebih lanjut mengenai Rohingya boleh dibaca di sini. Bagaimana asal usul golongan minoriti Muslim ini di bumi Myanmar, bagaimana kekejaman dan penindasan yang sekian lama tanpa pembelaan, bagaimana mereka menjadi pelarian dan mempertaruhkan nyawa di lautan menjadi 'orang hanyut' yang tidak diterima di mana-mana negara yang mereka lalui. Di negara-negara Asia Tenggara sendiri, pelarian Rohingya ini tidak diterima dan 'ditolak' ke sana sini menjadikan mereka terbiar terapung-apung di tengah lautan.
Sumber : astroawani.com |
"Cik, nak beli buku Cik? Banyak buku baru ni saya bawa, Cik boleh tengok dulu...."
"Yang Cik pegang itu buku baru Cik, baru saja keluar. Yang ni pun bagus Cik, cuba Cik tengok..."
"Terima kasih Cik. Semoga Allah merahmati Cik dan keluarga, murah rezeki, sihat dan dipanjangkan umur. Saya orang Rohingya Cik, terima kasih Cik beli buku saya, terima kasih...."
Itu antara kata-kata yang saya ingat ketika 2 orang wanita berdiri di hadapan pintu rumah memberi salam pada suatu petang. Bila dikatakan berasal dari Rohingya, memang automatik saya terus teringat kepada 'orang hanyut'. Gigih mereka membawa beg yang penuh berisi buku-buku untuk dijual. Berjalan dari rumah ke rumah dalam cuaca yang panas terik pada petang itu. Pastinya panas terik itu tidak sebegitu panasnya bagi mereka jika hendak dibandingkan dengan 'panasnya' keadaan di tanahair mereka....
Myanmar menolak Rohingya dan mendakwa mereka berasal dari Bangladesh dan masuk ke Myanmar secara haram.
Bangladesh menolak dakwaan Myanmar mengatakan Rohingya berasal dari Bangladesh dan turut menutup pintu sempadan daripada dimasuki pelarian Rohingya.
Negara-negara Asia Tenggara tidak mahu menerima pelarian 'orang hanyut' ini di negara masing-masing.
Bayangkan kalau kita berada di tempat mereka.
Terus tinggal di Myanmar bermakna terus menderita ditindas. Lari ke negara lain menaiki bot dan kapal tidak menjanjikan apa-apa yang pasti, malah mungkin 'tewas' juga di tengah lautan.
😢😢😢
Sampai bila agaknya dunia (khususnya Asia Tengara) akan terus menutup mata kepada penderitaan masyarakat Rohingya ini.....
0 comments: