Suri Hati Mr Pilot, Awak Sangat Nakal!

Thursday, November 03, 2016 Ana 2 Comments



Suri Hati Mr Pilot, Awak Sangat Nakal!


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Gigih pula malam ini saya duduk depan tv tonton drama 'Suri Hati Mr Pilot' episod akhir.

Jadi, macam mana dengan peminat-peminat tegar drama ini? Puas hati dengan ending nya?

Episod akhir drama suri hati mr pilot

Episod akhir drama suri hati mr pilot


drama suri hati mr pilot


Macam yang dijangkakan, ending drama 'Suri Hati Mr Pilot' ini mesti lah happy ending. Kalau penamatnya sedih mesti Astro tak menang tangan nak layan komen atau email dari penonton minta drama 'Suri Hati Mr Pilot'  disambung kepada drama 'Suri Hati Mr Pilot' 2!

Tak banyak yang elemen surprise dalam epsod akhir tadi. Hanya babak Warda kena tipu bila ingatkan Ejaz kahwin dengan Khairina yang tak berapa nak surprise sangat. Marah pula Warda ini bila kena tipu macam itu. Tapi bila diri sendiri tipu semua orang mengenai kandungan yang gugur dulu tak apa pula (eh eh emosional pula tiba-tiba).

drama suri hati mr pilot

drama suri hati mr pilot


Dalam nak menuju ke penamat, kebanyakan babak lebih kepada flashback kenangan-kenangan lama. Selain itu yang ditontonkan ialah rasa bersalah (atau keras kepala?) Warda yang tak habis-habis terhadap Ejaz hingga menyebabkan dia tak boleh nak teruskan hidup dengan Ejaz. Tapi akhir sekali hanya dengan Ejaz demam saja dah boleh melembutkan hati Warda rupa-rupanya. Kan senang cerita kalau Ejaz demam awal-awal hehehe...

episod akhir suri hati mr pilot

Pengajaran dari drama 'Suri Hati Mr Pilot' ini ialah kalau dah buat salah atau kalau ada masalah, jalan terbaik ialah cari penyelesaian dan bukannya lari ke luar negara :P. Memang watak Warda ini banyak memeningkan kepala orang-orang di sekelilingnya!

Baca juga:
Suri Hati Mr Pilot, Ejaz dan Warda...
Selepas Abang Bomba, kini giliran Mr Pilot...
Eh, rasa macam tengah tonton babak dalam Suri Hati Mr Pilot!

Pengganti drama 'Suri Hati Mr Pilot' yang akan menemui penonton pada 7 November nanti ialah drama 'Awak Sangat Nakal', gandingan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad sebagi pelakon utamanya. Sebuah drama adaptasi novel karya Shamnuriezmil yang juga penulis novel 'Tuan Anas Mikael' yang dapat sambutan hangat suatu ketika dulu.

Dapatkan novel 'Awak Sangat Nakal' (klik di sini) untuk ketahui perjalanan kisah cinta Johan Rizqin dan Erine Johanna. Adakah pengorbanan Erine untuk Johan hanya sia-sia? 

'Awak Sangat Nakal'. Adakah ini akan memulakan trend baru bagi tajuk drama? Jika selama ini ada Kapten Mukhriz, Abang Bomba dan Mr Pilot, mungkin kah selepas drama 'Awak Sangat Nakal' akan muncul pula drama 'Awak Sangat Handsome', 'Dia Sangat Comel', 'Saya Sangat Cute' dan yang sewaktu dengannya?

:)










2 comments:

  1. Hoho dah tamat rupanya drama ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya Tuan Sabree Hussin, singgah blog saya.
      A'ah, dah tamat dah 'kisah-cinta-penuh-liku-Warda-dan-Ejaz'! :D

      Delete