Demam? Pergilah bersorak!

Sunday, November 13, 2016 Ana 0 Comments



Demam? Pergilah bersorak!



Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Saya baru tahu hari ini yang bersorak sokong pasukan sukan boleh sembuhkan demam!

Awal pagi lagi saya dah bertolak keluar dari rumah. Nak sokong anak saudara dalam sukan tahunan sekolahnya, S.K St John hari ini. Sukan yang patutnya diadakan pada pertengahan tahun tapi ditunda ke hujung tahun sebab cuaca panas dan jerebu ketika itu.

Kalau ikutkan acara, sukan akan mula jam 8 pagi. Bertolak dari rumah jam 7:15 pun kira dah agak lewat rasanya. Tapi dalam hati itu rasa macam sempat lah sampai sebab akan ikut tol AKLEH, dalam 15 minit patutnya dah sampai. Memang confident habis yang saya akan sempat sampai sebelum sukan bermula. Tapi.....

Ada jalan tutup pula pagi-pagi ni!

Sabar saja lah tengok orang ramai-ramai berbasikal sempena OCBC Cycle pagi ini. Kalau tak silap saya hampir setiap minggu jalan ditutup sempena acara-acara tertentu sejak kebelakangan ini. Kalau bukan sempena KL Car Free Morning, jalan akan tutup sempena larian atau acara berbasikal. Jenuh juga saya pusing sana-sini dan lepas jalan alternatif yang ke-4 saya cuba barulah berjaya sampai ke sekolah!

Acara sukan pun bermula lewat sebab ramai yang 'tersangkut' dalam penutupan jalan. Karnival sukan kali ke 54 ini bertemakan Harry Potter maka kontinjen perbarisan pun pakai dah macam pakaian beragam pula saya tengok. Bermula dengan perarakan masuk kontinjen setiap rumah sukan diiringi oleh pancaragam St John's Institution Naval Cadet Band. Sejak zaman sekolah saya lagi sebenarnya memang kagum dengan pasukan kadet band ini. Terutama bila drum major buat persembahan baling mace atau baton tinggi berpusing-pusing ke langit dan berjaya tangkap semula dengan kemas! Penonton pun berdebar-debar tengok baton itu melayang tinggi dan bersorak bertepuk tangan bila berjaya ditangkap semula oleh si drum major yang hebat.

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL

Selepas perbarisan dan persembahan kadet band, ada juga senamrobik, taekwando dan silat. Selepas itu baru lah bermula acara padang yang ditunggu-tunggu.

Seronok juga sekali sekala bersorak sokong budak-budak ini dalam lumba lari. Ada yang lari macam lipas kudung jauh tinggalkan pelumba yang lain di belakang. Ada yang fokus betul pada larian sampai tersilap pass baton pada pasukan rumah lain, ada yang excited sangat sampai 'terawal' buat larian sampai perlumbaan terpaksa dibatalkan dan dimulakan semula dan macam-macam lagi. Seronok sorak pasukan Merah sampai lupa demam dan selesema saya yang dah 2 hari tak sembuh-sembuh. Bukan setakat lupa, tapi sampai dah sembuh! Memang balik dari sekolah tadi rasa segar sungguh. Mungkin dah terlebih hormon adrenalin atau serotonin yang dikeluarkan masa jerit sorak pasukan Merah tadi agaknya.

Karnival Sukan ke-54 SK St John 2, KL


Saya pernah juga alami perkara yang sama sebelum ini. Sakit di lengan sakit yang sekejap-sekejap tapi terasa sampai berhari-hari boleh sembuh (dengan izin Allah) selepas sehari sertai aktiviti team building. Sehari aktiviti team building yang banyak aktiviti bersorak, berlari, ketawa dan macam-macam aktiviti fizikal dan mental rupa-rupanya banyak faedah kepada bahagian badan yang sakit.

Tak sempat pula nak tunggu hingga habis sukan tadi sebab ada urusan lain. Rasa seronok 'bersukan' (padahal sorak saja lebih!) masih tak hilang. Kali terakhir saya sorak macam itu ialah semasa tonton perlawanan badminton antara Chong Wei-Lin Dan di Sukan Olimpik yang rasa macam nak tercabut jantung itu.

Jadi selepas ini kalau demam, selesema atau ada masalah kesihatan lagi, saya dah tahu nak buat apa.

Saya akan pergi bersukan (atau bersorak tonton acara sukan!)!







0 comments: