UPSR 2016: Tak perlu lah kecewa sampai begini!
UPSR 2016: Tak perlu lah kecewa sampai begini!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Oh, tak perlu sedih sampai macam ni!
Reaksi pertama saya bila tengok gambar di bawah. Gambar pelajar-pelajar yang seperti sedih/kecewa/hampa dengan keputusan UPSR yang diambil di sekolah pagi tadi. Sekeping gambar yang menggambarkan seribu rasa.
Sumber : Astroawani.com |
Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011. (Sumber: Astroawani.com)
KSSR dan PBS telah dimulakan sejak tahun 2011. Pelajar-pelajar yang duduki UPSR tahun lepas belajar kurikulum yang sama atau yang berbeza? Jika kurikulum yang sama, peperiksaan UPSR yang mereka ambil tahun lepas adakah ikut kurikulum yang lama atau KSSR? Ok, abaikan jika soalan ini memeningkan kepala!
Sumber : Astroawani.com |
Di saat kebanyakan orang lebih fokus dan bimbang dengan angka 1.11% itu, mungkin perlu juga fokus dan lebih perhatian kepada mereka yang ada dalam kelompok 2.16% di atas.
Mungkin jauh sangat jangkaan atau ramalan keputusan UPSR pelajar tahun ini sehingga timbul reaksi dalam gambar sebegitu. Mungkin jauh sangat bezanya keputusan sebenar dengan keputusan ujian percubaan sebelum ini. Mungkin segala usaha keras telah dicurahkan dan keyakinan yang tinggi (terlalu tinggi?) mampu dapat keputusan yang lebih baik menyaksikan timbul riak wajah sedih begitu.
Baca juga:
UPSR: Tak kira lah dapat A atau tidak, tahniah untuk anda!
Kasihan juga anak-anak semuda itu jika terlalu tertekan dengan keputusan UPSR mereka. Harap-harap tidak terlalu terbawa-bawa dengan rasa kecewa dan sedih hingga timbul pula masalah lain nanti. Harap-harap ibu bapa dan guru dapat membantu memulihkan semangat anak-anak ini!
Buat adik-adik sekalian, tak kira apa pun keputusan adik dalam UPSR, percaya lah itu bukan penamat dalam kehidupan. Dapat A untuk semua subjek tak bermakna akan terus-terusan juga dapat A dalam PT3 atau SPM. Dan tak dapat A langsung dalam UPSR tak bermakna tak ada peluang langsung nak berjaya dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang!
0 comments: