Ada apa dengan Baju Kuning dan Tun M....
Ada apa dengan Baju Kuning dan Tun M....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Tengah sibuk 'mengkaji' gambar-gambar di media sosial sekitar perhimpunan Baju Kuning, Baju Merah, Baju Hitam dan Baju Putih hari ini.
Majoriti ialah foto Baju Kuning dan Baju Merah. Tak nampak pula Baju Hitam dan Baju Putih. Ada juga Baju Purple (Ungu) rupa-rupanya iaitu pasukan AJK Keselamatan Bersih.
Baca juga:
Baju kuning, merah,putih dan hitam...
Ada satu foto yang menarik sekali dengan caption nya dari FB Ali Imran, wartawan BERNAMA seperti di bawah. Nampaknya walaupun berbeza tujuan berhimpun, tapi bila tiba soal makan dan minum, baju kuning dan baju merah masih boleh 'bersatu'!
Sumber : FB Ali Imran |
Dalam sibuk orang berhimpun, ada juga yang 'bijak' ambil kesempatan sementara ada peluang dan ruang, macam dalam foto di bawah:
Sumber : FB Ali Imran |
Tapi dalam banyak-banyak foto perhimpunan Bersih 5.0 dan baju Merah hari ini di media sosial, saya sebenarnya tercari-cari sosok tubuh yang satu ini:
Sumber : thestar.com.my |
Sumber : astroawani.com |
Foto Tun Mahathir.
Tun M dilaporkan menghadiri satu persidangan/mesyuarat di Sudan dan kembali tiba di tanahair pada jam 12:30 tengahari tadi.
Jam 2 petang Tun M sudah bergerak berjalan dari Bangsar menuju ke tempat perhimpunan.di Dataran Merdeka yang kemudiannya diubah ke KLCC.
Saya cuba tak nak sentuh mengenai politik di blog ini, tapi tak dapat nak hentikan jari dari menaip.
Ok, saya cuba nak hadam kan.
Tun M ialah orangnya yang begitu lantang membantah perhimpunan awam sebelum ini.
Walaubagaimanapun, Tun M dikatakan melanggar prinsipnya itu kerana sebab-sebab dan tujuan peribadi. Malah ada juga yang mengatakan ia nya disebabkan dendam.
Kalau betul lah apa yang dikatakan (langgar prinsip kerana tujuan peribadi atau dendam) , pastinya begitu hebat sekali sebab/tujuan peribadi dan dendam Tun M yang dah berusia 91 tahun itu. Sampai sanggup menelan balik kata-katanya sendiri. Sampai sanggup bekerjasama dengan orang yang pernah ditentangnya habis-habisan suatu ketika dulu, Sampai sanggup dikeji dihina dikutuk oleh ramai pihak. Sampai sanggup hilang kedudukan yang sebagai penasihat yang dipegangnya dalam beberapa agensi. Sampai sanggup berjalan berpanas bersama-sama rakyat. Sampai sanggup bersusah payah dibantu naik ke atas kenderaan tinggi (seperti yang ditonton dalam video di astroawani di sini) dan terbatuk-batuk buat ucapan di perhimpunan depan KLCC.
Dalam usia begini, boleh saja Tun M pilih untuk berehat di rumah.
Betul ke sampai begitu sekali Tun M sanggup lakukan untuk capai matlamat peribadi?
Secara peribadi, saya sendiri susah nak percaya. Susah nak percaya seorang negarawan sanggup biarkan dirinya jadi kutukan setelah segala sumbangannya buat negara selama 22 tahun ini. Secara peribadi saya percaya Tun M ada sebab kukuh beliau sendiri sampai sanggup berbuat begitu,
Dan secara peribadi, saya tak percaya apa yang Tun M lakukan sekarang adalah untuk mencapai matlamat, cita-cita atau untuk balas dendam.
Mungkin Tun M 'nampak' apa yang kita sebagai rakyat biasa 'terhalang' daripada nampak?
Mungkin ya. Mungkin tidak.
Doakan yang baik-baik saja.....
😟😟😟
0 comments: