Jom tengok Supermoon!

Monday, November 14, 2016 Ana 0 Comments



Jom tengok Supermoon!



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Malam tadi intai bulan dari tingkap bilik. Nak dapatkan 'feel' sebelum 'Supermoon' malam ini. Tak lah, sebenarnya nak ambil gambar untuk bezakan bulan normal dengan bulan ketika Supermoon malam ini. Tapi malam tadi tak nampak pula bulan. Mungkin bulan sedang sembunyi dan nak buat kejutan untuk malam ini.

Apa itu Supermoon? Bukan filem 'Love, Supermoon' lakonan Nadiya Nisaa dan Farid Kamil itu ya.

Supermoon atau nama lainnya Lunar Perigee atau bulan penuh perigee ialah fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. Bila search encik google, saya agak keliru dengan gambarajah kedudukan bulan dan bumi semasa fenomena Supermoon ini sebab pada saya nampak lebih kurang macam kedudukan bumi dan bulan semasa gerhana bulan. Dalam penjelasan mudahnya, pada setiap bulan, bulan akan semakin menghampiri bumi semasa ia berputar dalam orbit mengelilingi bumi kerana paksinya adalah berbentuk bujur dan bukannya bulat.  Daripada bahasa Greek, 'Perigee' bermaksud bulan dekat dengan bumi dan 'Apogee' bermaksud bulan jauh dari bumi. Bulan yang berada pada kedudukan perigee menjadikan kita nampak bulan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih bercahaya.

fenomena supermoon



Kalau macam tu, bukan ke sebenarnya Supermoon ini sama macam bulan penuh mengambang dan dah berlaku banyak kali? Apa bezanya dan istimewanya Supermoon yang akan berlaku pada 14 November 2016 ini?

Betul. Untuk tahun 2016 saja telah berlaku 3 kali Supermoon iaitu pada 9 Mac, 7 April dan 6 May. Supermoon yang terbaru ialah pada 6 Oktober yang lalu selain yang akan berlaku pada 14 November dan 14 Disember nanti.

Mengikut kata ahli astrologi, Richard Nolle yang mula-mula memperkenalkan istilah Supermoon pada tahun 1979, jarak antara bulan dengan pusat Bumi mestilah di antara 361,524 km untuk dibolehkan ia dipanggil sebagai Supermoon. Dan itu lah yang istimewanya Supermoon pada 14 November ini kerana bulan akan berada paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 356,509 dari pusat Bumi. Dan bulan tidak akan berada sehampir itu lagi sehinggalah sekali lagi Supermoon yang dijangkakan akan berlaku pada 25 November 2034 nanti.

fenomena supermoon
Sumber : earthsky.org
Tempat yang strategik untuk melihat fenomena Supermoon ini ialah dari tingkap bilik tidur di kawasan yang kurang gangguan atau sumber pencahayaan (lampu) dan tempat yang tinggi. Selain bulan akan nampak lebih dekat dan lebih terang, bulan juga dikatakan akan nampak berwarna oren dan merah ketika ia mula-mula kelihatan dan berubah kepada warna asalnya putih atau kuning sebaik sahaja ia semakin tinggi di langit.

Seperti gerhana bulan, fenomena air pasang turut dikaitkan dengan Supermoon kerana tarikan graviti yang lebih kuat disebabkanjarak anyara Bumi dan bulan yang lebih dekat.  Namun dikatakan paras air laut yang naik tidaklah begitu ketara walaupun masih perlu juga diberi perhatian dan berjaga-jaga.

Banyak info yang saya dapat mengenai Supermoon ini daripada sini dan sini.

Kalau terlepas melihat Supermoon pada malam ini, ada lagi 2 kejadian Supermoon yang mana jarak bulan semakin dekat dengan Bumi. Supermoon yang seterusnya ialah pada 25 November 2034 (jarak bulan dari Bumi = 356, 446 km) dan pada 6 Disember 2052 (jarak bulan dari Bumi = 356, 425 km).

Nak tengok Supermoon pada tahun 2034 dan 2052? Kalau umur masih panjang lah...

Jom tengok Supermoon!



0 comments: