Annyeong, On The Way To The Airport...

Saturday, November 12, 2016 Ana 0 Comments



Annyeong, On The Way To The Airport...



Assalamualaikum & salam sejahtera


Tamat sudah drama Korea 'On The Way To The Airport' semalam. Happy ending, untuk semua watak utama dalam drama tersebut.

drama on the way to the airport

Drama ini bermula dengan agak perlahan pada episod-episod awalnya hinggakan pernah saya tertidur ketika menonton. Selepas episod ke-10 barulah laju sikit rentaknya. Drama ini dikatakan mendapat rating yang konsisten sepanjang disiarkan di tv dan mencapai rating nya yang tertinggi pada episod ke-11. Ya, mungkin selepas ada satu babak yang sangat bermain dengan emosi pada penghujung episod ke 10 maka penonton sangat ternanti-nantikan kesinambungannya di episod ke-11. Di penghujung episod ke-10, terdapat babak di mana tanpa perlu sebarang kata-kata, penonton seakan-akan boleh merasakan apa yang bermain di fikiran Doo Woo (lakonan Lee Sang-Yoon) dan Soo Ah (lakonan Kim Ha-Neul) yang sangat tersepit dengan keadaan konflik pasangan masing-masing ketika itu.

drama on the way to the airport

Meskipun cerita hubungan antara isteri orang dan suami orang (antara hero dan heroin cerita ini) adalah sesuatu yang terlarang, dalam drama ini jalan ceritanya membuatkan penonton berasa 'kasihan' dengan watak utamanya dan secara tak langsung ingin melihat hubungan tersebut berjaya. Lari lah ke mana sekali pun, mereka berdua ditakdirkan untuk tetap akan bertemu antara satu sama lain. Lari ke Pulau Jeju atau buang handphone ke dalam tong sampah sekalipun, mereka tetap akan berjumpa juga dan berhubung semula. Watak 'hitam' dalam drama ini, iaitu Hye Won (isteri kepada Doo Woo) dan Jin Seok (suami kepada Soo Ah) walaupun pada awalnya memang menimbulkan kebencian tapi di akhir cerita berjaya meraih simpati daripada yang menonton. Hye Won, yang saya sangkakan ada rahsia yang sangat besar di sebalik penipuannya, rupa-rupanya tidaklah sebegitu misteri. Jin Seok pula sehingga ke sudah saya masih tak dapat tangkap kenapa sikapnya yang kurang mesra dengan isterinya Soo Ah dan anaknya sendiri.


Baca juga:
Best tak drama On The Way To The Airport?
Air Asia dan drama Korea 'On The Way To The Airport'

'Kemunculan' tempat-tempat di Malaysia dalam drama 'On The Way To The Airport' yang ditaja oleh syarikat penerbangan Air Asia ini hanyalah kerap pada episod-episod yang terawal dan satu babak di KLIA pada episod akhir. Air Asia pula hanyalah digambarkan dengan pelakon yang memakai seragam merah menyala Air Asia itu. Selain daripada itu, memang tak akan 'terpahat' pun di ingatan mengenai Air Asia sepanjang siaran drama ini.

Jadi, ada tak kesan positif kepada Air Asia dengan penajaannya untuk drama ini? Meningkat tak agaknya permintaan untuk penerbangan dari Busan dan Incheon ke Kuala Lumpur? Apa-apa pun , penajaan Air Asia untuk drama Korea ini memang satu langkah strategi penjenamaan yang bijak.

Saya memang dah lama tak follow drama Korea. Harap-harap akan ada lagi syarikat Malaysia yang akan muncul dalam mana-mana drama Korea selepas ini. Baru rasa teruja nak tonton!


0 comments: