Tukar kad debit Maybank dan CIMB yang baru...
Tukar kad debit Maybank dan CIMB yang baru...
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Selepas urusan yang sangat mudah dan cepat semasa tukar kepada kad debit Bank Islam yang baru minggu lepas (sebab berurusan pada hari Sabtu dan tak ramai orang), saya telah pergi ke CIMB dan Maybank pula untuk urusan yang sama.
Saya ada tulis dalam entry yang lalu bahawa Maybank ada sediakan kemudahan untuk permohonan tukar kepada kad debit yang baru secara online. Memandangkan banyak juga komen dari netizen dan juga kawan-kawan saya sendiri yang masih belum terima kad debit yang baru setelah 14 hari bekerja yang dijanjikan, maka saya pun tak jadi nak buat permohonan online dan terus saja ke cawangan terdekat untuk urusan tukar kad debit Maybank yang baru.
Sebelum ke Maybank, saya dan emak terlebih dahulu pergi ke CIMB. Ramai juga yang menunggu giliran untuk urusan tukar kad debit yang baru tapi saya lihat prosesnya lancar. Maknanya walaupun ramai yang menunggu, proses di kaunter tak ambil masa yang lama. Bermula dari waktu ambil nombor giliran hingga selesai dapat kad debit yang baru, lebih kurang masa yang diambil ialah dalam 30 minit. Itu boleh dikatakan cepat juga terutamanya ketika waktu puncak iaitu waktu makan tengahari.
Selesai urusan di CIMB, saya terus saja ke cawangan Maybank terdekat. Dan seperti yang dijangka memang ramai yang sedang menunggu giliran. Semasa beratur mengambil nombor, staf bertugas terlebih dahulu mencetak info pelanggan yang dibaca daripada MyKad menggunakan card reader. Bagus juga macam ini, dapat jimatkan masa masa urusan di kaunter nanti. Ini berbeza sedikit berbanding proses di Bank Islam dan CIMB yang mana staf hanya 'membaca' MyKad di card reader semasa giliran kita dipanggil. Tapi.....
"MyKad Puan tak boleh dibaca ni Puan. Mungkin cip nya dah rosak, tak dapat nak baca"
Pelik juga saya bila staf tersebut kata kan kepada emak saya yang MyKad emak saya tak boleh dibaca. Tadi di CIMB ok je. Sempat saya intai apa yang terpapar di skrin card reader itu : 'No Respond'
"Eh, tadi kat CIMB elok je MyKad emak saya ni. Baru je sekejap ni Encik"
"Macam ni lah Cik, Puan. Puan kena bawa MyKad ni pergi ke JPN dan dapatkan surat pengesahan dan datang semula ke sini untuk teruskan urusan tukar kad"
Adoi, nak datang ke cawangan Maybank ini pun bukan senang nak cari masa, ini pula nak kena pergi ke JPN dapatkan surat pengesahan bagai dan datang semula ke Maybank untuk dapatkan kad debit yang baru?
Tiba-tiba saya teringat...
"Encik ada card reader lain tak? Boleh tak cuba baca MyKad ni dengan card reader yang lain?"
"Card reader lain? Hmm..sekejap. Puan sila ikut saya"
Dan MyKad itu membuktikan bahawa 'dirinya' tak bersalah. Selepas cuba dengan card reader yang lain, boleh pula Mykad emak saya itu dibaca. Selamat! Tak perlulah nak ke JPN pula kan. Maka selepas itu bermula lah pula sesi menunggu. Nombor giliran saya 6703. Nombor giliran yang sedang dilayan pada waktu itu ialah 6683.
Tunggu giliran tukar kad debit baru di maybank |
Ramai yang beratur panjang di Maybank |
Bagus juga ada notis sms macam ni |
Selepas menunggu hampur satu jam, sampailah giliran saya. Proses nak tukar kad memang tak lama berbanding proses menunggu giliran. Sekejap saja dah dapat kad debit yang baru. Kad saya yang lama saya minta kembali sebab sayang dan ada sentimental value :P
Saya minta nak simpan kad lama yang ada gambar Menara Maybank ini. |
Masa urusan tukar kad itu sempat juga saya tanyakan samada kad kredit pun perlu tukar yang baru sebelum 1 Januari 2017 ini.
"Kena tukar sekali lah Cik, senang"
"Proses nak tukar kad kredit yang baru pun sama dengan kad debit ni ke? Boleh tak tukar sekarang ni?"
"Untuk kad kredit Cik boleh tengok nombor di belakang kad kredit tu dan tanya lebih lanjut"
"Oh..."
Sedikit kecewa pula saya sebab saya dah sampai di cawangan disuruh pula saya telefon nombor yang tertera di belakang kad. Hmm...
Selepas bertanyakan kepada kawan-kawan di Maybank maka hasil bantuan sahabat yang baik hati, Kak Rahimah, saya dapat tahu yang kad kredit juga perlu ditukar baru untuk Pin & Pay ini. Cuma bezanya untuk kad kredit tak perlu ke cawangan dan kad akan dipos ke rumah. Selain itu untuk info, bagi pemegang kad debit Maybank yang ada gambar cherry, tarikh akhir untuk tukar kad debit yang baru ialah pada 31 Disember 2016 dan bagi kad debit Maybank yang warna hitam kuning (macam dalam gambar di atas) tarikh akhir tukar kepada kad debit yang baru ialah pada 31 Disember 2017.
Baca juga:
Jom tukar kad debit yang baru!
Tukar kad debit Maybank yang baru dalam masa 2 minit!
Tukar kad debit baru melalui online dan kiosk, hanya untuk kad Maybank?
Kalau anda belum tukar kepada kad debit yang baru, mula kan lah langkah anda ke cawangan bank yang terdekat hari ini juga. Jangan tunggu lama-lama
Maklumlah, rakyat Malaysia kan suka kan 'cabaran'. Mungkin rasa lebih mencabar dan thrill bila buat urusan tukar kad debit yang baru di saat-saat akhir!
Misteri #siaparahimah hahaha tak pasal-pasal femes 1 malaya :P
ReplyDeleteTerima kasih ya mama kimee singgah blog saya :)
DeleteHehehe... agaknya #siaparahimah yang banyak 'cemaskan' pemegang kad debit Maybank utk cepat-cepat tukar kad baru?