UPSR : Tak kiralah dapat A atau tidak, tahniah untuk anda!
UPSR : Tak kiralah dapat A atau tidak, tahniah untuk anda!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Anda dapat semua A untuk UPSR? Tahniah! Teruskan kecemerlangan anda di peringkat menengah nanti! 👍👍👍
Anda tak dapat satu pun A dalam UPSR? Tahniah juga! Tahniah sebab anda dah mencuba sehabis baik. Tahniah kerana anda tak mengalah dan tunaikan kewajipan anda menduduki peperiksaan. Tak dapat A bukanlah penamat segala-galanya. Bukan juga bererti dunia anda dah berakhir! Jauh lagi perjalanan nak ditempuh. Peluang masih terbuka luas, buktikan anda mampu buat yang terbaik di peringkat menengah nanti! 👍👍👍
Keputusan UPSR 2016 yang akan diketahui esok pastinya ditunggu dengan penuh debaran oleh pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah. Slip keputusan boleh diambil sendiri oleh pelajar di sekolah bermula jam 10 pagi hari ini atau pun boleh semak secara online di Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan di sini. Selain itu, keputusan juga boleh disemak melalui SMS dengan menaip
UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 (sumber : mysumber.com).
Ke mana kita selepas UPSR?
Pastinya masing-masing sudah ada pilihan hati hendak melanjutkan pelajaran menengah di mana selepas ini kan. Ada yang hendak ke sekolah berasrama penuh, ada yang hendak ke MRSM, ada yang hendak ke Maktab Tentera Diraja, ada yang hendak ke Sekolah Menengah Agama dan ada juga yang hendak teruskan pelajaran di sekolah menengah harian biasa.
Penting atau perlu ke untuk sambung belajar di sekolah berasrama penuh?
Matlamat utama sekolah berasrama penuh itu sendiri ialah untuk beri peluang kepada pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapat pendidikan dengan kemudahan yang teratur. Pada pandangan saya, jika seseorang pelajar itu sekarang ini sudah pun ada kemudahan pendidikan di sekolah harian dan bukanlah pelajar yang tinggal jauh di luar bandar, apa kata teruskan saja persekolahan menengah di sekolah harian biasa? Dan beri peluang kepada pelajar lain yang lebih memerlukan?
Baca juga:
UPSR 2016: Tak perlu lah kecewa sampai begini!
Sesetengah pelajar atau ibu bapa memilih untuk ke sekolah berasrama penuh disebabkan 'nama' atau status sekolah tersebut. Bangga bila dapat beritahu kawan-kawan yang anaknya sekolah di 'sekolah itu' atau 'sekolah ini'. Agak menyedihkan jika ada yang 'terpilih' ke sekolah berasrama ini berdasarkan surat sokongan atau orang dalam (ada ke kes sebegini?) dan bukannya atas kelayakan pelajar itu sendiri. Secara tak langsung dah tutup atau tipiskan peluang kepada pelajar-pelajar lain yang lebih memerlukan.
Apa-apa pun keputusan hendak ke mana itu terletak di tangan masing-masing. Ke mana pun sambung belajar peringkat menengah tak begitu penting jika dibandingkan dengan semangat hendak belajar pelajar itu sendiri. Kalau memang ada semangat yang berkobar-kobar nak belajar, ke mana pergi pun pasti mampu untuk 'bersinar'!
0 comments: