Donald Trump, Presiden dan Palestin....
Donald Trump, Presiden dan Palestin....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Laju jari men scroll FB petang tadi terhenti bila terbaca status yang diupload penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di FB nya lebih kurang jam 4:30 petang tadi.
US presidential election: Donald Trump is elected president of the US
Biar betul?
Dalam pada banyak berita, cerita dan kontroversi yang melanda, di penghujungnya berjaya juga Donald Trump terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Saya bukanlah tahu pasal politik dan bukan lah nak kata pencabar Trump iaitu Hillary Clinton lebih bagus, tapi yang lebih banyak cerita kurang menyenangkan adalah di pihak Trump. Yang lebih banyak terang-terangan menunjukkan sikap anti kepada muslim dan sangat berpihak kepada Israel ialah Trump. Belum lagi termasuk kelantangan beliau mengkritik sesiapa sahaja termasuk pendatang, pelarian, rakyat Mexico dan golongan wanita.
**Dulu saya minat tengok Trump dalam 'The Apprentice'. Nampak sangat berwibawa dan berkarisma dalam memilih apprenticenya. Soalan-soalan yang ditanya dalam bilik saat penentuan pun sangat mendebarkan bagi penonton apa tah lagi peserta yang berhadapan dengan beliau. Cemas menantikan ayat 'You are fired! itu keluar dari mulutnya. Tapi lepas pelbagai isu-isu kontroversi dan kelantangan yang tak kena pada tempatnya, imej wibawa dan karisma itu semakin hilang di mata saya!**
Sebaik saja baca status di FB Ashwad itu, antara perkara yang terlintas di fikiran ialah:
Nasib negara Palestin.
Islamofobia dan larangan muslim masuk ke Amerika Syarikat (kecuali mereka yang sudah menjadi warganegara)
Bila baca lagi di AstroAwani malam ini, laporan yang ada kaitan dengan kemenangan Trump, sangat menyakitkan hati! (baca di sini)
Sumber : Astroawani.com |
Di bawah pentadbiran Presiden AS yang ada kini pun nasib Palestin tidak terbela. Kecam serangan dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin tapi masih hulurkan bantuan kewangan kepada Israel. Mustahil dasar atau sokongan AS terhadap Israel ini akan berubah tidak kira samada Trump atau Hillary yang menang. Cuma yang bezanya ialah Trump yang terang-terangan nyatakan sokongan dengan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Adakah Islamofobia akan menjadi-jadi di AS selepas ini? Pemeriksaan lebih ketat di lapangan terbang bagi orang Muslim yang ada urusan di AS? Adakah golongan Muslim akan dikehendaki memakai tanda pengenalan 'I Am Muslim' bila berada di khalayak ramai selepas ini?
Banyak yang terkesan dengan kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru, samada dari kalangan rakyat biasa warga negara Amerika Syarikat itu sendiri, kalangan ahli perniagaan mahu pun negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik mahupun perdagangan dengan AS.
Malaysia sendiri akan mengadakan perbincangan dengan negara-negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana Trump sebelum ini jelas menyatakan yang beliau tidak akan meneruskan perjanjian tersebut jika dipilih menjadi Presiden. Saya pernah tonton video di FB penerangan mudah mengenai apa itu TPPA dan kesannya kepada ekonomi atau lebih spesifik kepada usahawan-usahawan di negara kita. Mungkin juga ada hikmahnya di sebalik kemenangan Trump ini?
Di kalangan rakyat AS sendiri, sebelum pilihanraya diadakan lagi, dikatakan sudah ada yang merancang untuk berhijrah ke negara lain jika Trump diangkat sebagai Presiden. Malah, laman web Imigresen Kanada dikatakan 'sesak teruk' hingga 'hang' dan tak dapat diakses gara-gara ramai warga AS yang mengakses laman tersebut setelah Trump diramal akan menang pada malam sebelum pilihanraya!
Dunia sedang memerhati. Tunggu dan lihat. Apa yang akan berlaku setelah Trump mengambil alih jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari 2017 nanti?
Mampukah Trump yang tiada latar belakang politik itu serta terkenal dengan ayat 'You are fired!' dalam siri 'The Apprentice' membawa perubahan yang lebih baik atau sebaliknya?
Dalam ucapan kemenangannya, Trump berkata "Saya Presiden untuk semua" (merujuk kepada semua warga AS).
Adakah beliau juga akan menjadi Presiden yang adil untuk semua golongan yang dikritiknya sebelum ini? Masih selamatkah golongan tersebut berada di bumi AS?
Adakah kemenangan Trump sebagai Presiden AS akan menjadi satu permulaan sebuah siri 'The Apprentice' yang baru?
0 comments: