Tulis, tulis dan tulis!

Saturday, November 19, 2016 Ana 2 Comments


Tulis, tulis dan tulis!


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Minat menulis
Sumber : FB Majalah Solusi


Setuju!

Saya suka menulis. Dan saya suka tulis panjang-panjang. Pada awalnya memang takut nak tulis. Rasa macam apa saya tulis itu tak best. Tak menarik. Tak akan ada orang nak baca. Memang semua tulisan saya di blog ini yang awal-awal dulu lain macam gayanya. Bila saya baca balik pun kadang-kadang saya rasa semacam 😃😄😄. Tapi saya biarkan saja. Saya tak tukar pun gayanya, Saya biarkan jadi kenangan. Biar jadi ingatan macam mana tulisan saya berkembang (berkembang ke?) dan berbeza dari dulu hingga sekarang.

Kalau nak tunggu sempurna memang sampai bila saya tak akan menulis. Tiada manusia yang sempurna kan. Begitu juga lah tulisan. Mungkin kita rasa dah sempurna pada bacaan kita tapi bila orang lain baca macam ada kurang di sana sini. Dan mungkin juga bila kita baca tulisan kita macam tak seberapa tapi rupa-rupanya menarik minat pembaca dan jadi rujukan pula kepada mereka.

Baca juga:
Tambah pendapatan dengan hobi menaip dan menulis!
Ada ke orang nak baca blog awak?
Apa yang buatkan anda bersemangat nak tulis blog?

Macam yang saya pernah tulis sebelum ini, bagi saya tulisan yang paling memuaskan hati (hampir) ialah tulisan berdasarkan pengalaman atau perasaan mengenai sesuatu. Rasa lebih mudah nak tulis apa yang kita lalui atau apa yang kita rasa dekat dengan sesuatu topik itu. Macam saya bukan ahli ekonomi maka baca berita ekonomi pun tak berapa nak ada perasaan dan tak berani lah saya nak tulis pasal ringgit menyusut disebabkan faktor itu dan ini, atau pasal sukuk Malaysia melonjak berapa peratus, atau pasal ekonomi Malaysia berkembang pada suku ketiga 2016 dan sebagainya.

Kalau saya tulis juga mungkin akan jadi lebih kepada sampaikan maklumat saja dan tak dapat nak kongsi apa yang saya rasa / pendapat mengenai sesuatu topik itu. Kalau situasi macam ini rasa nak menulis pun tak berapa seronok dan apa yang ditulis pun jadi tersekat-sekat. Maka mula lah ambil masa berjam-jam nak siapkan satu post. Maka mula lah ayat dalam post pun tak berapa nak seronok dah dibaca. Maka mula lah buka FB dan scroll berjam-jam walaupun dah janji kat diri sendiri nak check FB sekejap saja. Sangat membuang masa!

Minat menulis


Jadi kalau anda minat menulis, terus saja capai pen dan kertas (atau on kan laptop) dan mula menulis! Apa saja yang terlintas di fikiran curahkan saja ke dalam bentuk penulisan. Satu idea yang saya pernah baca di FB kursuspenulisan.com (kalau saya tak silap) ialah ketika mula menulis, tulis saja idea yang ada dan jangan betulkan bentuk/ayat anda pada masa yang sama. Tulis dulu, biarlah ayat tak sedap pun tak apa. Habis tulis idea, baru betulkan ayat dengan gaya ayat yang sesuai dan menarik. Menulis idea dan menggubah ayat sekaligus sama lah seperti makan dan minum pada masa yang sama. Kan seksa diri sendiri namanya itu. Kalau tak muntah, paling kurang pun akan buatkan anda berhenti makan. Begitu jugalah dalam kes menulis, memang akan berhenti menulis lah jawabnya.....

Selamat menulis!




2 comments:

  1. Setuju.
    Kadang-kadang kita rasa apa yang kit atulis itu biasa-biasa sahaja. Rupa-rupanya yang biasa pada kita itulah yang dapat membantu rakan-rakan lain.
    Terima Kasih Atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa suka nak menulis itu bertambah-tambah bila ada pembaca yang baca dan komen apa yang kita tulis.

      Terima kasih Azwan!

      Delete