Tukar kad debit Maybank yang baru dalam masa 2 minit sahaja!

Tuesday, November 08, 2016 Ana 0 Comments



Tukar kad debit Maybank yang baru dalam masa 2 minit sahaja!


Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Cerita pasal tukar kad debit baru lagi hari ini.

Khas untuk pemegang kad debit Maybank, percaya tak yang bermula semalam, anda boleh tukar kepada kad debit Maybank yang baru hanya dalam masa kurang dari 2 minit!

Tak percaya lah. Tak mungkin boleh tukar kad baru dalam masa 2 minit. Itu berita palsu kot. Macam kes viral tarikh akhir tukar kad debit Maybank dengan hashtag #siaparahimah dulu tu. 

Tak percaya?

Semalam Maybank telah memperkenalkan mesin Express Debit Card Replacement Kiosk, sebuah kiosk yang beri peluang pemegang kad debit Maybank menukar sendiri kad debit lama (yang ada sekarang) kepada kad debit yang baru.

tukar kad debit Maybank yang baru di kiosk



Satu lagi inisiatif menarik dari Maybank (selain permohonan tukar kad debit baru secara online melalui Maybank2u) dalam usaha 'mengajak' pemegang kad debit nya untuk segera tukar kad debit yang baru sebelum tarikh akhir 31 Disember 2016 nanti.

Percaya tak yang sehingga hari ini masih ada ramaaaaai lagi pemegang kad debit Maybank (info dari sahabat saya, Kak Rahimah) masih belum tukar kad debit yang baru? Rasa-rasanya sempat tak ramaaaaaai orang itu nak tukar kad debit dalam masa yang tinggal kurang dari 2 bulan ini? Kalau anda ialah salah seorang daripada golongan yang ramai itu, boleh bayangkan macam mana keadaan anda nanti beratur panjang di cawangan atau kelam-kabut nak buat permohonan tukar kad melalui Maybank2u kalau anda masih nak tunggu saat-saat akhir baru 'terasa' nak tukar kad yang baru?

Mesti tak sanggup nak bayangkan....kan?

Setakat ini, menurut sahabat saya yang baik hati, Kak Rahimah, kiosk ini telah diperkenalkan di Menara Maybank mulai semalam (7/11) dan akan ditambah lagi di beberapa cawangan utama Maybank yang akan diberitahu kelak. Antaranya ialah di cawangan Maybank di KLCC, Mid Valley, KL Sentral dan cawangan-cawangan utama di Johor Bahru, Melaka, Taiping, Alor Setar, Penang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (sekadar menyebut beberapa lokasi). Bagi kiosk yang diletakkan di cawangan, waktu kiosk beroperasi ialah dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam manakala kiosk yang diletakkan di cawangan yang terletak dalam pusat membeli belah beroperasi mengikut waktu operasi pusat membeli belah tersebut.

Kiosk ini dikatakan mampu menggantikan sehingga 2000 kad debit yang baru dalam sehari. Kalau kesemua kiosk ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pemegang kad debit Maybank sekurang-kurangnya dapat mengurangkan barisan panjang menunggu giliran tukar kad di cawangan-cawangan Maybank dan juga kurangkan beban kerja kakitangan bertugas.

tukar kad debit Maybank yang baru di kiosk


Tapi....betul ke boleh tukar kad debit dalam masa kurang 2 minit?

Memang sedikit sukar nak percaya ada urusan bank yang boleh selesai dalam masa kurang 2 minit. Kalau tak kenal maka tak cinta tak tengok sendiri buktinya memang susah nak percaya. Dari video rakaman pelanggan (juga dikongsikan oleh Kak Rahimah yang baik hati) yang mencuba kiosk di Menara Maybank semalam, memang nampak senang betul proses nak tukar kad debit Maybank yang baru ini. Apa yang diperlukan ialah kad debit yang lama, MyKad dan ibu jari anda. Yang selebihnya anda boleh lihat sendiri dalam video di bawah. Keseluruhan proses ambil masa kurang dari 2 minit (melainkan anda leka tengok info yang bergerak-gerak di bahagian atas skrin kiosk atau bersedia dengan MyKad dan MyKad anda tersorok dalam wallet dan payah nak keluarkan, atau anda leka bersembang dengan kawan, maka proses mungkin akan makan masa lebih dari itu). Tapi kiosk ini tak akan biarkan anda buang-masa-lama-lama-depan-kiosk-sebab-ramai-lagi-orang-guna, maka setiap langkah telah ada di tetapkan tempoh time-out nya. Kalau lebih dari masa yang ditetapkan, kad debit lama anda dalam langkah 1 (rujuk di bawah) akan di eject (tendang?) keluar dan proses tak akan diteruskan.





Langkah mudah tukar kad debit Maybank di kiosk:

1. Masukkan kad debit lama anda dalam slot bertanda 1.

2. Isi nombor pin di keypad  yang bertanda 2, pastikan anda isi kan nombor pin yang betul (mana lah tahu tiba-tiba nervous depan kiosk dan lupa nombor pin). Proses hanya akan diteruskan kalau nombor pin diisikan dengan betul. Pilih gambar kad baru yang tertera di skrin.

3. Masukkan MyKad di slot bertanda 3. Letakkan ibu jari untuk pengesahan.

4. Tunggu proses selesai. Nantikan kemunculan kad debit baru anda di slot bertanda 4!

5. Resit dikeluarkan di slot 5 selepas proses selesai. Kalau proses tidak berjaya, maka akan tertera di resit meminta anda ke cawangan yang terdekat untuk bantuan.

tukar kad debit Maybank yang baru di kiosk


Antara lokasi yang dijadualkan akan menyambut ketibaan kiosk ini dalam waktu terdekat ialah di Bank Negara dan KLCC. Jadi, bagi anda yang berada di kawasan berhampiran lokasi ini boleh lah ambil kesempatan untuk tukar kepada kad debit Maybank yang baru.

Lokasi kiosk ekspres kad debit Maybank
Lokasi kiosk ekspres kad debit Maybank


Baca juga:
Jom tukar kad debit yang baru!
Tukar kad debit Maybank dan CIMB yang baru....
Tukar kad debit baru melalui online dan kiosk, hanya untuk kad Maybank?

Anda seorang yang rajin hendak ke cawangan (macam saya) untuk tukar kad debit Maybank, maka sila kan ke cawangan Maybank yang terdekat dan sabar menunggu.

Anda seorang yang rajin ke cawangan tapi tak berapa rajin nak menunggu giliran, maka sila kan ke cawangan Maybank yang terdekat yang ada Express Debit Card Replacement Kiosk ini dan dapatkan kad debit baru anda dalam masa kurang dari 2 minit (tak termasuk tempoh beratur kalau ramai yang guna kiosk waktu itu).

Anda seorang yang tak rajin nak ke cawangan dan tak rajin juga nak ke kiosk yang terdekat, maka sila kan buat permohonan tukar kad debit baru melalui Maybank2u.com. Walaupun ada komen mengenai kad debit baru yang dipohon melalui Maybank2u.com lambat diterima (seperti komen seorang pelawat blog saya di post yang ini), sekurang-kurangnya anda tak duduk saja dan tunggu saat-saat akhir untuk tukar kad debit yang baru.

Apa lagi alasan untuk bertangguh tukar kepada kad debit Maybank yang baru?

Jom bertukar! tukar kad debit Maybank yang baru hari ini juga!














0 comments: