Terbaiklah #BudakKopi!

Saturday, November 05, 2016 Ana 3 Comments




Terbaiklah #BudakKopi!


Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Pagi-pagi lagi dah teringat kat BudakKopi.

Pagi tadi beli nasi lemak 2 bungkus, kuih 3 peket dan surat khabar satu semuanya jumlah RM11.50. Bila saya bagi duit RM20, makcik itu pulangkan baki duit. Saya selalunya jarang tengok baki, selalunya terus masuk duit dalam beg duit atau masuk poket seluar. Tapi pagi tadi tiba-tiba rajin pula nak check baki duit yang dipulangkan makcik itu. Bila tengok rupa-rupanya makcik tersilap pulangkan baki, terkurang satu ringgit. Patutnya RM8.50 tapi saya cuma dapat balik RM7.50.

Hari Ahad lepas pun ada satu lagi cerita, juga pasal duit baki. Isi minyak di Petronas RM60 dan beli surat khabar satu jadi jumlah semuanya RM61.50. Bila saya bagi duit RM100, pekerja kedai Mesra itu pulangkan bakinya dan macam biasa saya terus masuk baki duit dalam poket. Tengah 'berlari-lari anak' (sebab nak cepat) nak pergi ke arah kereta, terdengar pekerja staf itu panggil "Akak, akak, kejap kak". Kes tersilap pulang kan baki juga. Tapi kali ini terpulang lebih dari baki sebenar. Patutnya baki saya dapat RM38.50, tapi pekerja itu pulangkan RM48.50. Harap-harapnya pekerja itu tak salah faham bila nampak saya 'berlari-lari anak' tadi. Bukan sebab saya nak lari kan duit baki yang lebih RM10 itu ya!

Jadi macam mana pula dua-dua cerita ini boleh ingatkan saya pada #BudakKopi?



Saya baca cerita pasal #BudakKopi ini di akhbar semalam sebenarnya. #BudakKopi ialah nama yang digunakan oleh seorang guru agama, Mohd Iqbal Abd Halim yang buat kerja sambilan menjual sarapan pagi di lampu isyarat. Bila kereta berhenti masa lampu merah, masa itu lah #BudakKopi akan mula menjual. Antara sarapan yang dijual oleh #BudakKopi ialah nasi lemak, sandwich dan air kopi. Sebelum ini pun dah ada banyak kisah anak-anak muda yang berniaga dengan cara begini. Seronok baca cerita orang-orang yang berusaha gigih macam ini. Dan yang paling buat saya rasa teruja ialah bila baca perenggan ini dalam cerita #BudakKopi tersebut:

"Saya mula menjual pada tujuh pagi dan selesai pada sembilan atau 10 pagi. Biasanya memang makanan habis dijual. Selain saya, saya turut mengupah adik dan kawan-kawan untuk menjual"
“Kami akan menjual di pembahagi jalan sejauh 200 meter. Kalau lampu isyarat merah, kami akan pergi ke tepi kereta pemandu dan bertanya jika mereka hendak membeli sarapan.
“Kalau pelanggan membayar cukup-cukup, mudah sikit tetapi ada juga yang memberi duit besar dan jika tidak sempat memberikan duit baki dan lampu pula sudah hijau, kami akan beri sahaja makanan yang dibeli. Saya anggap sedekah sahaja. Kalau ada yang bagi duit lebih, saya bagi kopi percuma pula"
(sumber: www.utusan.com.my

Banyak kali saya ulang baca perenggan yang terakhir di atas. Boleh baca di sini untuk artikel penuh.

"...kami akan beri sahaja makanan yang dibeli. Saya anggap sedekah sahaja. Kalau ada yang bagi duit lebih, saya bagi kopi percuma pula"

Dalam pada orang berlumba-lumba nak cari duit lebih dan untung lebih, masih ada orang yang sebegini pemurah dan tak berkira dalam berniaga. Keuntungan hasil jualan dalam sehari tidak begitu banyak tapi masih mampu beri sedekah dan beri percuma kepada pelanggan. Tak cukup dengan itu, adik dan kawan-kawan adiknya yang turut sama bantu menjual diberi pula upah RM10 untuk satu jam!

Respek #BudakKopi!

Kalau berniaga kecil-kecilan begini pun mampu buat perkara-perkara hebat di atas, rasa-rasanya ada tak peniaga-peniaga lain yang boleh buat perkara yang sama?

Macam beli pisang goreng di gerai yang dijual dengan harga RM1 untuk 5 potong pisang goreng (selalunya kan pisang goreng itu ialah sebiji pisang dipotong 4 dan dijual dengan harga 25 sen satu!), kalau ada pelanggan beli banyak maka dilebihkan 1 atau 2 potong? Atau macam kalau harga suatu barang yang ada 5 sen di belakangnya itu, contoh RM1.25, maka digenapkan saja jadi RM1.20? Banyak sangat kah ruginya kepada peniaga jika buat begitu?

Bukan sekadar untung yang dicari dalam berniaga tapi yang lebih penting ialah keberkatan kan. Sedikit tapi cukup. Orang pemurah, rezekinya murah!

Terbaiklah #BudakKopi!


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Antara keseronokan bersembang dengan orang yang berniaga ni, cerita seumpa inilah. Kadang-kadang kita tak pernah terfikir pun boleh terjadi atau ada manusia yang macam itu di muka bumi. Betullah kata orang, "Manusia yang luar biasa, lahir dari pengalaman yang luar biasa".

    ReplyDelete
    Replies
    1. 👍 Dari awal berniaga lagi dah ada niat yang baik, rezeki yang ada, tak kira sikit atau banyak dikongsi bersama. Tak kedekut dan tak berkira!

      Delete