Tabung Haji dah umumkan dividen dan bonus untuk tahun 2016....

Friday, February 03, 2017 Ana 0 Comments


Tabung Haji dah umumkan dividen dan bonus untuk tahun 2016....


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dividen atau hibah bagi pendeposit Tabung Haji untuk tahun 2016 yang diumumkan ialah sebanyak :

4.25% bagi hibah tahunan (dividen)
1.50%  bagi hibah haji (bonus)

*Hibah tahunan akan diagihkan kepada semua pemegang akaun pendeposit Tabung Haji yang aktif manakala bagi semua pemegang akaun pendeposit Tabung Haji yang aktif dan masih belum menunaikan haji akan mendapat tambahan hibah haji*

Untuk rekod, dividen Tabung Haji untuk tahun 2015 ialah 5% dan bonus sebanyak 3%. Dividen tertinggi yang pernah dinikmati oleh pendeposit di Tabung Haji ialah sebanyak 9.5% pada tahun 1994 dan dividen terendah ialah sebanyak 3.25% pada tahun 2001.

dividen tabung haji
Sumber : astroawani.com


Banyak juga penurunan dividen bagi tahun 2016 berbanding tahun 2015 kan?

"Syukur lah ada juga dapat dividen..."

Ya, syukur Tabung Haji masih mampu memberikan dividen dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini. Biarpun sikit, lebih baik daripada tak ada langsung kan?

Tapi....

Tapi...begitulah. Sebagai manusia biasa tak pernah cukup apa yang ada dan mahu kan lebih daripada apa yang diterima (ingatan untuk diri sendiri)...

😛😛😛

Baca juga:
Dividen dan bonus haji untuk tahun 2015 diumumkan esok. Tak sabar nak kemaskini buku Tabung Haji!


Bermula hari Isnin, 6 Februari 2017 ini dah boleh semak dividen dan bonus Tabung Haji ini melalui kaunter Tabung Haji atau di mesin ATM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic. Semak jangan tak semak....

Rutin biasa setiap tahun, selepas pengumuman dividen dan bonus Tabung Haji, ternanti-nanti pula dividen KWSP. Ada berita gembira atau banyak juga penurunan berbanding tahun sebelumnya?

😎😎😎


0 comments: