Siapa kata Perth boring?

Wednesday, February 01, 2017 Ana 0 Comments


Siapa kata Perth boring?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Facebook kongsikan satu memori di wall saya hari ini. Memori pergi bercuti di Perth, Australia pada 1 hingga 7 Februari 2015 yang lalu.

Bercuti memang seronok. Malah bercuti merupakan satu perkara yang meninggalkan kesan rasa 'gembira' yang lebih lama kepada seseorang berbanding perasaan gembira bila beli barang baru (contohnya beli kereta atau handphone).

Bagi saya, asalkan bercuti dan ditambah pula bercuti bersama keluarga, ia adalah semestinya suatu perkara yang menyeronokkan. Kenapa bercuti di Perth? Musim panas pula tu ketika itu. Mudah saja sebabnya. Sebab antara banyak-banyak destinasi di Australia, tiket penerbangan ke Perth (menaiki Malaysia Airlines) ialah yang paling murah sekali masa itu, iaitu lebih kurang dalam RM300+ , pergi balik.

Jadi bila ada seorang kawan saya kata kan pada saya "Pergi Perth? Perth boringlah!", saya tak kisah pun. Sebab agak subjektif nak kata boring atau tidak, terpulang pada individu,

Di antara makan seafood di Freemantle, shopping di E-Shed market, main air dan adventure di Adventure World, menikmati pemandangan indah di Kings Park, selfie dengan koala dan kanggaru di Caversham Wildlife Park, saya paling suka sekali dan kagum sekali ialah panorama indah matahari terbenam di Waterman's Reef dan keindahan kawasan batu kapur unik di The Pinnacles.

Tak ada kata-kata yang dapat gambarkan rasa kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan ketika melihat sendiri matahari perlahan-lahan hilang di kaki langit. Pemandangan yang sangat-sangat indah. Saya terus tercegat dan tak lepaskan peluang ambil seberapa banyak gambar yang boleh! Berhadapan dengan kawasan saya menikmati pemandangan menakjubkan matahari terbenam di Waterman's Reef itu ialah kawasan perumahan mewah. Untung betul tinggal di kawasan tersebut dan dapat saksikan keindahan matahari terbit dan terbenam setiap hari.


Perth, Australia

Perth, Australia

Perth, Australia

Perth, Australia

Perth, Australia


The Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park pula pada awalnya tidak termasuk dalam senarai itenari kami. Iya lah, apa yang menariknya tengok batu kapur? Mesti bosan kan? Tapi, percayalah amat berbaloi datang ke The Pinnacles ini. Kalau anda dah sampai ke Perth, pastikan The Pinnacles adalah satu satu tempat yang wajib anda lawati. Rasa lenguh duduk dalam kereta untuk perjalanan selama hampir dua jam setengah dari bandar Perth terus hilang bila mata menangkap kelibat batu-batu kapur unik di The Pinnacles ini. Anda boleh berjalan kaki atau pandu sendiri masuk ke kawasan batu kapur ini dan boleh berhenti dan turun dari kenderaan untuk bergambar. Ambil gambar dan berselfie di sini memang sangat menarik. Kadang-kadang tu bila berjalan di antara puluhan dan ratusan batu kapur tersebut rasa macam batu-batu kapur itu seolah-olah hidup 😛. Kalau buat penggambaran atau klip video di sini memang cantik!


The Pinnacles, Australia

The Pinnacles, Australia

The Pinnacles, Australia

The Pinnacles, Australia


Melihat kembali kenangan bercuti ke Perth dua tahun lepas buatkan saya teringat semula keseronokan ketika bercuti di sana. Perth, kota yang tenang tapi masih terselit tempat-tempat yang menyeronokkan. Jika ada kesempatan untuk kembali ke sana pasti tidak akan saya lepaskan. Mungkin kali ini cuba luncur pasir di Lancelin Sand Dunes pula?

Jadi, siapa kata bercuti di Perth itu boring?


0 comments: