Eh, rasa macam tengah tonton babak dalam Suri Hati Mr Pilot!

Saturday, February 04, 2017 Ana 0 Comments



Eh, rasa macam tengah tonton babak dalam Suri Hati Mr Pilot!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tengah scroll FB ternampak pula komen seorang kawan di FB Live di Budiey.com yang siarkan langsung Meet & Greet Lofattah petang tadi...

Saya bukanlah peminat tegar Neelofa dan Fattah Amin mahupun Lofattah, tapi bila baca komen kawan saya itu tiba-tiba saya pun terjebak sama nak tonton FB Live tersebut.

Komen nya ringkas saja : "Alhamdulillah"

Lofattah
Sumber : FB Budiey.com


Itu yang buat saya tertanya-tanya, ada berita gembira ke dari Neelofa dan Fattah Amin? Jadi "terpaksa" lah saya pun tonton FB Live tu dari mula hingga akhir 😀 (anda boleh tonton di sini)

Sebenarnya saya tonton video itu dengan volume yang di 'mute' kan sambil baca komen-komen dari mereka yang turut sama menonton. Cuma di segmen penghujung itu barulah saya kuatkan volume.

Kenapa?

Sebab dari gaya percakapan dan pergerakan Neelofa dan Fattah nampak serius semacam, rupa-rupanya tengah ada sesi penjelasan mengenai hubungan mereka yang jadi tanda tanya kepada peminat.

Lofattah
Sumber : FB Budiey.com

Selepas agak lama berpusing-pusing ayat yang tak jelaskan apa-apa dan ketika Fattah tercari-cari ayat yang sesuai nak cakap , Neelofa pun sebut sesuatu yang buatkan peminat-peminat yang setia menunggu di depan mereka berdua menjerit mendengar kata-katanya:

"Since the first week of Suri Hati Mr Pilot lagi.....we were together"

Were?

Jadi sekarang? Sudah tak together?

Argh, saya sudah terjebak dengan Lofattah!

Banyak kali juga Neelofa dan Fattah berbincang sesama sendiri. Daripada berbincang sambil senyum-senyum hinggalah banyak kali juga nampak mereka berdua berbincang dengan serius beserta riak wajah yang tak berapa seronok di antara kedua-duanya.

Baca juga:
Suri Hati Mr Pilot, Awak Sangat Nakal!
Suri Hati Mr Pilot, Ejaz dan Warda...


Susah ek bila artis  bercinta? Kena buat penjelasan tentang hubungan bagai dan masa yang sama nak jaga hati ramai pihak termasuk peminat.

Lofattah
Sumber : FB Budiey.com

Lofattah
Sumber : FB Budiey.com

Lofattah
Sumber : FB Budiey.com


Lofattah
Sumber : FB Budiey.com

Lofattah
Sumber : FB Budiey.com

Eh, bila tengok balik video tersebut rasa macam tengah tengok babak dalam drama Suri Hati Mr Pilot pula!

😁😁😁




0 comments: