Tahniah Team Malaysia, juara Calisthenics World Cup 2016!

Sunday, December 04, 2016 Ana 0 Comments


Tahniah Team Malaysia, juara Calisthenics World Cup 2016!


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tahniah pasukan Calisthenics Malaysia (Team Malaysia) yang berjaya jadi juara dunia setelah menewaskan Sepanyol di Calisthenics World Cup 2016 di Bahrain!

Err...Calisthenics tu apa?

Sejujurnya ini pertama kali saya dengar perkataan Calisthenics di berita tv petang tadi. Saya pertama kali dengar tapi pasukan negara dah sampai ke Bahrain dan siap dah jadi juara dunia.

Malaysia juara Calisthenics World Cup 2016


Calisthenics ialah sejenis senaman jalanan. Ia melibatkan penggunaan berat tubuh dan banyak menguji ketahanan otot semasa bergayut di palang.

Info di atas saya dapat daripada FB Team Malaysia (err..FB ini bukan FB Team Malaysia yang jadi juara Calisthenics ini). Bila baca penerangan ini dan lihat sekali pada gambar contoh senaman Calisthenics ini, terus saya terbayangkan rancangan American Ninja Warriors. Lebih kurang macam itu tak agaknya Calisthenics ini?


Bila tanya en google, dapat lagi info dari utusan.com.my mengenai Calisthenics yang dikenali juga sebagai senaman jalanan atau street workout.


Adapun rutin yang sering dikaitkan dengan senaman ini adalah beberapa kaedah mudah untuk membina kekuatan otot termasuklah pull-ups, chin-ups, tekan tubi, dips, muscle-ups, sit-ups dan squat. 

Calisthenics berasal daripada perkataan Greek purba iaitu ‘kallos’ yang membawa maksud keindahan dan ‘sthenos’ bermaksud kekuatan. 

Secara amnya, senaman jalanan di ruang terbuka memerlukan seseorang menguasai kemahiran teknik senaman menggunakan berat badan untuk membina kekuatan dan otot anggota tubuh.
(Sumber: Utusan Online)

Ok, bila dah baca penerangan ini, memang ada sedikit persamaan antara American Ninja Warriors dan Calisthenics iaitu kedua-dua nya menggunakan kekuatan anggota badan. Boleh juga tonton aksi-aksi calisthenics di calisthenicsworldcup.com.

Hebat juga pasukan Malaysia yang berjaya menjuarai piala yang dipertandingkan di Bahrain untuk kali ke-2 melibatkan 10 pasukan daripada 8 buah negara yang bertanding. Selain pasukan Team Malaysia dari Malaysia, antara negara lain yang mengambil bahagian ialah UK, Bahrain, Mexico, Sepanyol, Brunei, Rusia dan USA. Edisi pertama kejuaraan yang diadakan juga di Bahrain pada November 2015 telah dimenangi oleh pasukan Unlimited Strength Crew dari Sepanyol.



Malaysia juara Calisthenics World Cup 2016
Sumber : FB Team Malaysia

Tahniah Team Malaysia. Diam-diam ubi berisi. Tahun depan boleh cuba kekalkan jadi juara lagi!

💪💪💪👍👍👍

0 comments: