Ingatkan drama Bon Appetit dah tamat...

Sunday, December 04, 2016 Ana 0 Comments


Ingatkan drama Bon Appetit dah tamat...


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saya 'tertinggal keretapi' rupa-rupanya. Baru saja tahu yang drama Jepun 'Bon Appetit' yang disiarkan di tv AlHijrah dah ditukar waktu siarannya.

Sebelum ini 'Bon Appetit' disiarkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 5.45 petang. Kali terakhir saya tonton drama ini ialah pada Jumaat, 18 November yang lalu. Hari Rabu 23 November memang saya missed drama ini sebab tonton perlawanan Malaysia lawan Vietnam (yang Malaysia kalah 0-1 itu) dalam Piala AFF. Bila esoknya dah siap-siap buka tv jam 5.45 petang memang terkejutlah sebab bukan Bon Appetit yang disiarkan tapi drama Kurma Ajwa Untuk Najwa. Eh, dah tamat ke drama Bon Appetit ni?

Lama juga saya 'kehilangan', tak tahu apa yang terjadi kepada drama Bon Appetit. Dan akhirnya semalam persoalan itu terjawab!

Drama Bon Appetit dah tukar waktu siaran


Drama Bon Appetit telah ditukar waktu siarannya kepada hari Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang. Yang tak best ialah waktu siaran yang dah ditukar. Yang bestnya ialah berbanding sebelum ini drama ini hanya bersiaran selama 15 minit, kini ia telah dilanjutkan siarannya kepada setengah jam (ok lah tu kan? kalau tak sekejap saja tonton dah nak habis) iaitu daripada ham 1:30 petang hingga 2 petang.

Baca juga:
Drama Jepun, Meiko dan Bon Appetit...
Drama Jepun yang best suatu ketika dulu....
Terima kasih atas hidangan ini.....
Tamat sudah Bon Appetit!

Bolehlah sambung semula tengok Meiko dan masakan-masakannya selepas ini....

 

0 comments: