Best tak Oh My English 'Road To Jogja' Part 2?

Sunday, December 11, 2016 Ana 0 Comments




Best tak Oh My English 'Road To Jogja' Part 2?



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Oh My English Road To Jogja

Bagi saya, selepas menonton Part 1 minggu lepas yang penuh dengan gelagat lucu terutamanya Jihan, minggu ini Road To Jogja Part 2 lebih kepada misteri. Misteri kemunculan Mr J yang jadikan tujuan utama See Yew Soon, Zack dan Mazlee ke Jogja untuk sertai pertandingan memasak bertukar jadi misi selesaikan misteri pula.

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja


3 sekawan ini disertai oleh Jazlin (lakonan Elfira Loy) dan Maskor (lakonan Randy Pangalila) dalam 'pertandingan' tersebut. Dari awal lagi nampak pelik sebab tengok Maskor ini macam tak banyak bercakap. Cuma sampuk sikit-sikit saja. Dan bila nervous akan 'buang angin' yang boleh buat orang pengsan. Rupa-rupanya di sebalik watak tak banyak bercakap itu ada sebabnya.

Tapi memang tak sangka betul ada plot twist di hujung cerita. Mr J dan Maskor adalah orang yang sama! Err, tapi kan, saya dah boleh agak Maskor ini ialah Mr J dalam satu babak bila dengar suara Mr J bercakap dengan pembantunya dalam bilik gelap itu dan diintai oleh SYS dan Mazlee. Plot twist yang terbesar ialah sebenarnya tak ada pertandingan masakan pun, semuanya adalah sebuah rancangan realiti!

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja


Lokasi penggambaran dan pemandangan tempat-tempat menarik di Jogja seperti Timang dan Umbul Ponggok sangat-sangat cantik. Terutamanya babak cari clue dalam air di Umbul Ponggok yang jernih itu, nampak macam best! Rumah besar atau villa tersergam indah itu pula macam pernah dilihat sebelum ini. Adakah ia nya villa yang sama dengan lokasi penggambaran cerita 'Jeff dan Karina di Rumah Besar' serta drama bersiri 'Jodoh'?

Oh My English Road To Jogja

Oh My English Road To Jogja

Di akhir cerita, 'It's a wrap!' kata pelakon-pelakon dan team produksi. Tamat sudah 5 musim Oh My English. Memang tak akan ada lagi Oh My English ke selepas ini? Tak pernah jemu menonton ulangan Oh My English di TVIQ malah siap dah boleh hafal dialognya sekali (terutamanya dialog Cikgu Bedah!), pasti anak-anak saudara saya akan rindu nak tengok SYS, Zack, Jibam dan rakan-rakan mereka selepas ini. (Kalau tak silap, selain Mr Henry Middleton, watak See Yew Soon ialah satu-satunya watak pelajar yang ada dalam kelima-lima musim Oh My English).

5 musim Oh My English yang sangat menghiburkan. Belajar bahasa Inggeris dengan cara yang mudah dan seronok.

Berhibur sambil belajar, Oh My English memang terbaik!


0 comments: