Lembu sado itu tak bersalah....

Friday, December 09, 2016 Ana 0 Comments




Lembu sado itu tak bersalah....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saya tersangatlah kagum bila pertama kali tengok gambar 'lembu sado' di akhbar pagi tadi. Lembu sado ini turut sama memeriahkan lagi Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA 2016) yang diadakan di MAEPS, Serdang. Sambutan MAHA 2016 kali ini sangat menggalakkan hingga telah mencatatkan lebih 2.5 juta pengunjung pada hari ke 9 pameran diadakan. Walaupun saya tak berkesempatan ke pameran MAHA ini, tapi melihatkan barisan deretan kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan menghala ke Serdang ketika saya menghampiri tol Sungai Besi pada hari Isnin yang lalu, dah boleh dapat bayangkan betapa meriah dan berjaya nya edisi MAHA 2016 ini.

Harap-harap pengunjung yang pergi ke MAHA 2016 itu memang betul-betul berminat dan dapat manfaat dengan pameran pertanian dan penternakan serta hasil produk usahawan tempatan yang disediakan. Dan bukannya pergi ke MAHA 2016 sebab tertarik dengan acara-acara hiburan yang diselitkan sebagai satu 'kelainan' dalam edisi MAHA tahun ini.

Balik pada cerita lembu sado tadi, betul ke ada pertandingan teka berat lembu sado dan untuk meneka berat kena bayar yuran penyertaan? Usaha pihak penganjur mengadakan pertandingan teka berat lembu sado itu memang satu idea yang menarik. Tapi kalau betul lah ada dikenakan pula yuran penyertaan untuk teka berat lembu tersebut, memang itu satu perkara yang tidak kena. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pun dah jelaskan ia nya adalah secara terang-terangan satu bentuk perjudian (lihat FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman di sini).

"Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah"

lembu sado di maha 2016
Sumber : Utusan Online


Hadiah pemenang yang teka berat lembu sado dengan tepat ialah RM20,000 atau seekor lembu bernilai RM20,000. Kalau ikut kira-kira biasa, keuntungan pihak penganjur daripada kutipan yuran penyertaan itu (1 tekaan RM10 dan 3 tekaan RM20) walaupun dengan hanya disertai oleh 0.1% daripada jumlah pengunjung telah pun mengatasi jumlah hadiah wang kemenangan itu sendiri. Kalau betul lah ada dikenakan yuran penyertaan dan selepas apa yang dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin, mungkin perlu penelitian yang sewajarnya daripada pihak penganjur. Tapi yang dah terlepas ini nak buat macam mana ya? Saspen juga nak tahu siapa pemenangnya. Mampu tak agaknya pemenang itu manurut nasihat yang diberikan oleh Ustaz mengenai apa yang perlu dilakukan jika telah menang?


Bila ingat balik laporan akhbar hari ini, selain lembu sado, ada juga dipamerkan udang kara sado yang telah diawet.

udang kara sado di maha 2016
Sumber : Utusan Online


Err...tak ada pertandingan teka berat udang kara sado ke?




0 comments: