Wanita muslim makan di khalayak ramai di bulan Ramadhan?

Tuesday, June 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


"Ramadan ini, saya telah membuat usaha dengan sengaja untuk memprotes sekatan moral dan agama terhadap Muslim di Malaysia, terutamanya wanita Muslim.  Ini bermakna saya dengan penuh kesedaran akan makan dan minum di tempat awam, semasa tidak boleh berpuasa, dengan sepenuhnya berpenampilan seperti seorang wanita Muslim biasa (bertudung dan ‘kelihatan Melayu’)." - sumber : Beautiful Nara

Termenung panjang saya lepas baca kenyataan di atas.

Apa tujuannya saudari itu makan di khalayak ramai? Terlalu lapar sangat kah? Lapar sampai hendak pengsan kah? Memang tiada cara lain atau tempat lain untuk makan kah, memang di tempat terbuka itu saja satu-satu nya tempat untuk makan dan minum?

wanita muslim makan di khalayak ramai di bulan ramadhan



Sejak dulu lagi jika uzur saya percaya masih ramai wanita muslim yang masih akan bangun bersahur dan seharian tidak makan seperti orang yang berpuasa juga.
Sejak dulu lagi jika uzur saya percaya masih ramai wanita muslim yang tidak makan di pejabat walaupun ramai juga yang sorok-sorok makan di dalam kereta di tempat letak kereta ataupun di surau pejabat.

Apa hasil yang saudari ini harapkan daripada protesnya itu?

Supaya perempuan muslim dibenarkan makan di khalayak ramai ketika uzur di bulan Ramadhan?

Mungkin pada saudari itu perbuatan di atas tidak menyalahi undang-undang tapi mungkin beliau terlupa ada adab yang perlu dijaga terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Terlupa agaknya ada adab untuk menghormati orang yang berpuasa (yang mana non muslim pun tahu akan adab ini).

Terlupa agaknya akan perlunya sifat malu bagi seorang wanita. Apa perlunya memberitahu semua orang yang anda sedang uzur?

Terlupa agaknya perbuatan beliau itu boleh membawa kepada perkara yang lebih besar. Katakan lah jika 'hak' makan di khalayak ramai bagi wanita muslim yang anda perjuangkan itu berjaya, bagaimana pula cara kita hendak tahu wanita tersebut benar-benaf uzur atau sengaja tidak berpuasa? Bukankah ini secara tak langsung menggalakkkan perbuatan ponteng puasa? Dan dosa mereka-mereka yang ponteng puasa ini semuanya hasil hak yang anda perjuangkan itu?

Terlupa agaknya dalam pada bersemangat hendak memperjuangkan hak makan di khalayak ramai itu, ada banyak lagi hak yang boleh diperjuangkan. Hak rakyat Palestin yang ditindas, hak rakyat Syria yang menjadi pelarian di sana sini atau isu-isu yang lebih dekat di mata seperti hak kanak-kanak yang didera, hak isteri-isteri yang ditinggalkan sang suami tanpa pesan malah hak pengguna dalam berdepan kos hidup yang semakin meningkat. Ini adalah antara isu dan hak yang lebih penting untuk diperjuangkan daripada hak makan di khalayak ramai bagi wanita muslim di bulan Ramadhan! Banyak lagi yang boleh anda perjuangkan!

Perjuangan menempuh malam-malam terakhir bulan Ramadhan sesungguhnya adalah perjuangan yang jauuuuùuuh lebih besar......


0 comments: