Peluang lihat planet Zuhal dengan mata kasar Jumaat ini

Wednesday, June 01, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Satu lagi fenomena berkaitan alam akan berlaku Jumaat ini. Selepas 378 hari berlalu semenjak kali terakhir planet Zuhal @ Saturn berada di posisi bertentangan dengan matahari (posisi istiqbal), kini orang ramai berpeluang untuk melihat planet Zuhal sekali lagi di posisi yang sama.

Yang menariknya, selain menggunakan teleskop dan binokular, planet Zuhal yang merupakan planet yang ke-6 daripada matahari dan planet ke-2 terbesar dalam sistem suria ini juga dikatakan boleh dilihat di langit dengan mata kasar selepas matahari terbenam pada hari Jumaat ini. Kali terakhir planet Zuhal berada di posisi istiqbal ialah pada 23 Mei 2015 dan selepas Jumaat ini, jangkaan seterusnya ialah pada 15 Jun 2017.

lihat planet Zuhal di langit Jumaat ini
Sumber : Wikipedia


Fakta menarik mengenai planet Zuhal (hasil 'google' an) dan Wikipedia:

1. Planet yang mempunyai gelang mengelilinginya, seperti juga planet Musytari (Jupiter), Uranus dan Neptun. Tapi gelang planet Zuhal lebih besar dan dikatakan dapat dilihat dengan teleskop dari Bumi, menjadikannya salah satu objek yang paling menarik dalam sistem suria.

2. Planet Zuhal, bersama-sama planet Musytari, Uranus dan Neptun diklasifikasikan sebagai planet gergasi bergas.

3. Planet Zuhal berada sejauh 149.6 juta km dari Bumi dan pada mata kasar nampak seperti bintang kekuningan yang sangat terang.

4. Menurut Wikipedia, setakat tahun 2015, terdapat sejumlah 60 bulan yang mengelilingi planet Zuhal, yang mana 49 bulan telah disahkan dan 34 daripada bulan-bulan tersebut telah diberikan nama. Bulan Zuhal yang paling jelas kelihatan ialah Titan, satu-satunya bulan dalam sistem suria yang mempunyai atmosfera tebal.

5. Titan, iaitu salah satu bulan yang mengelilingi planet Zuhal mempunyai saiz yang lebih besar daripada planet Utarid yang merupakan planet terkecil dalam sistem suria.

perbezaan saiz bumi dan planet Zuhal
Sumber : Wikipedia

Anda boleh juga lawat blog ini (klik sini) dan blog ini (klik sini)  yang ada banyak info menarik mengenai planet Zuhal.

Selepas fenomena gerhana matahari pada 9 Mac yang lepas, pastinya 'kehadiran' bayang planet Zuhal di langit pada Jumaat ini satu lagi kejadian alam yang menarik untuk disaksikan.

Baca juga:
Subhanallah, cantiknya fenomena gerhana matahari (9 Mac 2016)
Fenomena gerhana matahari dapat dilihat esok (9 Mac 2016)


Jom kita sama-sama intai planet Zuhal pada hari Jumaat ini!


0 comments: