Chong Wei bakal rampas ranking nombor satu dunia!

Saturday, June 04, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sempat tengok Chong Wei menentang pemain Indonesia, Ihsan Maulana Mustafa pada perlawanan Kejuaraan Terbuka Indonesia petang tadi di Istora Senayan, Jakarta yang disiarkan di Astro Arena. Kedua-dua pemain tidak pernah bertemu sebelum ini dan ini adalah kali pertama.

chong wei di final terbuka indonesia 2016


Dalam set pertama perlawanan, Ihsan yang nampak agak gugup berhadapan dengan Chong Wei sebagai pemain nombor dunia, dengan mudah ditewaskan Chong Wei, 21-9  dalam masa 13 minit. Kebangkitan pemain Indonesia tersebut dalam set kedua menyaksikan beliau beberapa kali mendahului kutipan mata namun masih gagal menyaingi kehebatan Chong Wei apabila tewas dengan dalam masa 27 minit dengan 18-21.

ihsan maulana pemain indonesia yang berbakat

ihsan maulana beri tentangan hebat di set kedua menentang chong wei



Pemain China, Lin Dan telah tersingkir di pusingan kedua kepada pemain Indonesia Jonatan Christie manakala Chen Long pula menarik diri daripada kejohanan ini. Hebat juga pemain Indonesia ini mampu menewaskan Lin Dan. Dan sedikit pelik juga bila Lin Dan mudah dikalahkan dengan 12-21, 12-21. Adakah kekalahan Lin Dan dan penarikan diri Chen Long ini sebahagian daripada taktik dan strategi Chin bagi menghadapi Sukan Olimpik pada Ogos ini?

Chong Wei akan menentang pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada final esok. Rekod cemerlang kemenangan Chong Wei ke atas Jorgensen sekiranya diteruskan pada perlawanan final nanti akan membolehkan Chong Wei meraih gelaran perseorangan Terbuka Indonesia untuk kali ke-6. Dan yang lebih penting, kemenangan di final nanti bakal membolehkan Chong Wei merampas kembali ranking nombor satu dunia daripada Chen Long.

chong wei bakal rampas ranking nombor satu dunia

Apa-apa pun yang lebih penting dan lebih bermakna sebenarnya ialah kemenangan Chong Wei di Sukan Olimpik Rio nanti.

All the best Chong Wei!


0 comments: