Selamat Menyambut Bulan Ramadhan atau Selamat Hari Raya?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Esok, 5 Jun 2016 kita akan tengok anak bulan puasa Ramadhan.
InsyaAllah, Ramadhan tinggal satu hari saja lagi. Doakan kita semua dipanjangkan umur dan sempat untuk sampai ke bulan Ramadhan tahun ini. Amin..
Sumber : FB Jom Solat |
Sempena kedatangan Ramadhan ini, bila jumpa ahli keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga, ucapkan lah 'Ramadhan Kareem' (maksudnya 'Ramadhan Mulia')
Dan yang menerima ucapan, sebaiknya menjawab 'Allahu Akram' (maksudnya 'Allah Lebih Mulia')
Mungkin amalan di atas akan lebih mudah diamalkan jika suasana persekitaran turut membantu. Macam mana tu? Maksud saya, lebih mudah jika sekeliling kita pun turut ada suasana atau 'aura' atau ambience yang mengalu-alukan kedatangan Ramadhan itu.
Tapi macam mana nak rasa suasana kedatangan Ramadhan kalau di pusat-pusat membeli belah dan pasaraya-pasaraya lebih banyak menggantung poster 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' atau 'Meriahnya Raya bersama (nama pusat membeli belah tersebut)' ? Bulan Ramadhan seperti tidak wujud, tiada langsung kata-kata untuk sambut bulan Ramadhan, walaupun sekadar hanya menggantung poster tertulis 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan' atau 'Selamat Berpuasa'.
Macam mana nak rasa suasana kedatangan Ramadhan kalau kedai-kedai baju dan butik-butik giat mempromosikan fesyen baju kurung dan baju melayu terkini serta potongan harga 20%, 30% dan 50%?
Macam mana nak rasa suasana kedatangan Ramadhan kalau yang ditayangkan di televisyen lebih kepada drama-drama cinta dan rancangan masakan ? (ok lah, rancangan masakan mungkin boleh diterima sebagai panduan idea memasak untuk berbuka)
Macam mana nak rasa suasana kedatangan Ramadhan kalau di sana sini hotel-hotel atau pun restoran-restoran lebih berlumba-lumba untuk mempromosikan buffet berbuka puasa? Seakan-akan bulan Ramadhan ini fokusnya ialah lebih kepada untuk menjamu selera sahaja. Tak boleh juga nak disalahkan pihak ini kerana walau mahal hingga beratus-ratus ringgit sekalipun untuk seorang, masih ada juga orang ramai yang sanggup untuk membayarnya. Sekali sekala katanya!
Semua situasi di atas, memang itu lah yang saya nampak bila ke pasaraya besar tengahari tadi. Selain pesanan-pesanan ustaz di dalam rancangan yang berbentuk keagamaan mahupun kuliah-kuliah di masjid, rasa macam masih kurang inisiatif dari masyarakat dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Meriah juga bila baca keunikan sambutan menyambut bulan Ramadhan di blog ini (klik sini).
Marhaban Ya Ramadhan!
0 comments: