Cara mudah turunkan berat badan di bulan puasa

Friday, June 17, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam sayyidul ayyam...

Hari ini dah masuk hari ke-12 umat Islam berpuasa. Bagi anda yang mengambil kesempatan bulan puasa ini untuk turunkan berat badan, macam mana dengan rancangan anda setakat ini, berjaya tak turunkan berat badan?

Saya ada juga cuba kurangkan makan sepanjang bulan Ramadhan ini. Waktu berbuka makan nasi sesenduk saja. Kuih sepotong dua. Tak minum air sejuk, berais atau pun air berkarbonat. Cukup dengan air teh O suam. Selepas makan waktu berbuka dan selesai solat Maghrib, Isyak dan terawih, saya dah tak makan apa-apa lagi. Minum pun tidak (ini memang masalah 'besar' saya, saya memang kurang minum air, susah benar rasanya nak minum). Menu saya pun tak berapa seimbang sebab selalu tiada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan berbuka.

Mengikut 'teori saya sendiri', segala kalori untuk semua yang saya makan waktu berbuka telah atau akan dibakar sewaktu saya mengerjakan solat bermula dari solat Maghrib hingga selesai solat terawih. Tahu kah anda, bagi setiap rakaat solat yang anda tunaikan, sebanyak 10 kalori akan dibakar? Saya temui fakta ini dalam buku yang saya baca sekitar dua bulan lepas (beli bukunya dah lama tapi baru teringat nak baca). Tajuknya 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' tulisan Dr Adi Hashman. Jika kita kerjakan solat Maghrib dan Isyak beserta dengan solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah serta solat terawih sekurang-kurangnya 8 rakaat, maka jumlah rakaat kesemuanya ialah 21 rakaat. Jadi, jika 1 rakaat dah membakar sebanyak 10 kalori, kalau 21 rakaat? Kalau solat terawih hingga 20 rakaat lagi lah banyak kalori akan dibakar.

Buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ini
memang best.

.
Seronok kan, sambil solat secara tak langsung dapat bakar lemak-lemak yang terkumpul di badan! Selain solat terawih, ada beberapa lagi aktiviti mudah seperti aktiviti berjalan kaki dalam bulan puasa ini yang dapat membantu kurangkan berat badan, antaranya:

- Berjalan kaki dari rumah ke masjid untuk solat berjemaah
- Jika tinggal dekat dengan bazar Ramadhan, berjalan kaki saja lah, tak perlu naik kenderaan
- Window shopping atau membeli belah persiapan raya, Berjalan kaki dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain, kalau mampu lah.

Bakar kalori semasa solat
Sambil solat sambil bakar kalori!

Berjalan kaki untuk bakar kalori
Aktiviti berjalan kaki banyak manfaatnya

Setakat yang saya timbang hari ini, berat saya dah turun sebanyak 3 kg, iaitu daripada 62 kg kepada 59 kg. Saya cuba juga untuk kurangkan makan waktu sahur tapi masih tak berjaya, Hasrat di hati hendak makan kurma atau roti saja semasa bersahur tapi hasrat tak pernah tercapai. Sebabnya? Sebab semasa sahur kena menghabiskan makanan waktu berbuka yang masih ada lebihan untuk elakkan daripada membazir. Ada saja makanan yang terlebih, samada yang dimasak sendiri atau pun yang diberi oleh jiran-jiran.

Baca juga:
Puasa, kurangkan berat badan dan RM55,646...

Jom sama-sama kurangkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal. Jika masih belum berjaya, masih belum terlewat untuk lebihkan usaha, Yang penting kena pastikan juga berat badan tidak bertambah pula di bulan puasa ini.

Jika di bulan puasa pun berat badan sudah bertambah, macam mana agaknya hendak menghadapi godaan di bulan Syawal nanti?

:)

 

0 comments: