Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Uber....

Sunday, June 19, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Daripada Menteri kepada pemandu Uber...

Wahid Omar jadi pemandu Uber
Sumber : Astroawani.com

Begitulah tajuk mengenai berita bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri , Tan Sri Abdul Wahid Omar yang viral sejak minggu lepas. Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Uber dikatakan teruja apabila mendapat tahu pemandunya merupakan seorang bekas menteri dan tokoh korporat terkemuka di negara ini.

Saya dan Tan Sri ada satu persamaan. Kami berdua adalah bekas pekerja Maybank. :)

Apa yang saya ingat mengenai Tan Sri sepanjang saya bekerja di Maybank?

- Yang pertama sekali saya ingat mengenai Tan Sri ialah beliau tidak meletakkan pangkat di hadapan namanya bila menghantar emel kepada staf. Itu yang saya perasan dalam emel pertama beliau bila mula berkhidmat sebagai CEO Maybank pada May 2008. Contohnya, menjelang Hari Raya, beliau akan menghantar emel kepada semua staf mengucapkan Selamat Hari Raya dan berhati-hati di jalanraya. Di akhir emelnya, (contohnya kan selalu kalau kita tulis surat atau emel kita akan tulis nama kita selepas 'Sekian, terima kasih') beliau hanya akan menulis 'Wahid' , tanpa pangkat Dato' Sri (ketika itu).

- Tan Sri boleh dikatakan popular di kalangan pekerja Maybank. Setiap kali diadakan jamuan raya untuk kakitangan Maybank, orang yang dicari-cari
dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan staf untuk di selfie / wefie bersama ialah Tan Sri.

- Tan Sri seorang yang sporting. Pandai bermain gitar dan salah satu lagu kegemaran beliau ialah 'Gemuruh' nyanyian Faizal Tahir, Tan Sri selalu juga bermain gitar bila ada acara tertentu diadakan di Maybank.

- Yang saya ingat ketika majlis meraikan hari terakhir Tan Sri berkhidmat di Maybank, beliau juga ada bermain gitar dan menyanyikan lagu 'Kamelia'

- Ketika ucapan Pengerusi Maybank disiarkan di layar besar, Pengerusi mengatakan yang beliau berpuas hati dengan prestasi Tan Sri sepanjang khidmatnya sebagai CEO Maybank. Cuma ada satu saja perkara yang Pengerusi tidak puas hati dengan Tan Sri Wahid. Pengerusi tak puas hati sebab Tan Sri tak main golf!

- Ketika kakitangan diberikan peluang untuk sampaikan kata-kata buat Tan Sri, ada di antara staf yang tidak dapat menahan sebak ketika buat ucapan. Tan Sri boleh saja duduk di kerusinya sambil dengar ucapan dari staf tersebut, tapi beliau memilih bersikap merendah diri dan berdiri mengadap si pemberi ucapan sambil tangannya diletakkan di dada (macam cara pekerja hotel sambut tetamu) tanda terima kasih atas ucapan tersebut.

Itu sebahagian ingatan saya sebagai pekerja biasa. Bagi yang bekerja terus secara langsung di bawah Tan Sri , pasti lebih banyak lagi kenangan yang disimpan. Jadi bila Tan Sri Wahid jadi pemandu Uber dengan sebab-sebab yang beliau telah nyatakan, saya tak rasa begitu pelik dan tak rasa tindakan itu jauh daripada personalitinya sebagai CEO yang saya lihat sebelum ini.


Saya ada autograph Tan Sri  hehehe...(nama dan no staf saya padamkan :p )


Macam mana nak book Uber Tan Sri ini ya?



0 comments: