Selfie sampai mati?

Wednesday, April 13, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Masih ramai yang tak ambil berat mengenai keselamatan ketika berselfie, seperti dilaporkan dalam akhbar hari ini : Gadis digilis kereta api ketika leka selfie. Seorang gadis yang berdiri di tepi landasan kereta api untuk berselfie maut berkemungkinan berpunca dari tarikan daripada kereta api yang berkelajuan tinggi itu menyebabkan gadis itu disedut masuk ke bawah landasan.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber : Utusan Malaysia

Ini bukan kes pertama. Sebelum ini pun telah banyak kes-kes yang melibatkan kematian ketika berselfie. Namun semua itu masih tidak membuatkan mereka yang gila berselfie untuk serik berselfie di tempat-tempat merbahaya seperti di puncak tertinggi bangunan, di landasan kereta api dan di atas kereta api yang sedang bergerak, di cerun dan lereng bukit, malah ada juga yang berselfie di tepi kawah gunung berapi yang sedang merah membara!

Kenapa orang gile selfie? Banyak sebabnya dan berbeza mengikut individu. Ada yang berselfie kerana suka kan perhatian dan pujian orang ramai dengan penampilan diri, ada yang suka berselfie kerana gemar berkongsi aktiviti yang sedang dilakukan dan tidak kurang juga yang berselfie kerana bangga dapat berada di tempat-tempat menarik atau mewah dan sebagainya.

Zaman sekarang ini, sebelum makan bukan lagi dibacakan doa makan, tapi selfie dulu dengan makanan. Sebelum memulakan perjalanan jauh, bukan doa musafir yang dibaca tapi selfie dulu dengan tiket flight.

Tidak salah berselfie tapi biarlah kena pada tempat nya. Tidak salah selfie untuk berkongsi gaya penampilan tapi tak perlu lah hingga muncul gaya-gaya selfie yang pelik seperti duck face atau gaya menggoda. Dan yang paling penting ialah tidak salah berselfie asalkan kena pada cara dan tempatnya.

Mungkin bila berjaya berselfie di tempat-tempat yang merbahaya akan memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepada individu yang gila selfie. Tapi, memang tak berbaloi langsung kan untuk mempertaruhkan nyawa semata-mata nak dapatkan beribu-ribu Like untuk gaya selfie yang merbahaya!


0 comments: