GST setelah setahun dilaksanakan: Apa manfaatnya pada anda?

Friday, April 01, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pejam celik, pejam celik, diam tak diam, dalam sedar atau tidak sudah setahun cukai barangan dan perkhidmatan atau nama glamournya GST dilaksanakan di negara kita. Hari ini kita 'raikan birthday' GST yang pertama setelah mula dilaksanakan pada 1 April 2015 yang lepas.

Baca juga: Kemunculan GST yang dinanti-nantikan

gst selepas setahun


Sepanjang setahun pelaksanaan GST ini, antara cukai atau GST yang 'berjaya' dikenakan ke atas saya ialah:

1. Keluar duit dari mesin ATM yang berbeza dengan kad ATM yang digunakan (maknanya kita gunakan perkhidmatan MEPS. MEPS ialah perkhidmatan yang menghubungkan antara bank-bank di Malaysia), maka tambahan 6% GST dikenakan bagi setiap transaksi pengeluaran.
Contoh:
Saya pemegang kad ATM Maybank. Saya nak keluarkan duit dari ATM tapi tak jumpa ATM Maybank yang berdekatan (agak mustahil sebab kalau tak silap ada lebih 2,000 mesin ATM Maybank di Malaysia ini), jadi saya keluarkan duit di mesin ATM CIMB menggunakan kad Maybank.

Maka saya akan dikenakan caj perkhidmatan MEPS sebanyak RM1 dan tambahan 6% GST. Jadi kalau saya keluarkan duit sebanyak RM50, jumlah wang yang ditolak dari akaun saya ialah RM50+RM1+RM1.06


2. Insurans kereta dikenakan GST.
Mungkin saya seorang yang lambat tahu sebab saya baru tahu insurans kereta dikenakan GST bila saya renew insurans kereta baru-baru ini. Tahun lepas terlepas dari GST sebab renew sebelum GST diperkenalkan.


3. Bateri kereta dikenakan GST.
Semasa GST mula diperkenalkan, bateri kereta ialah di antara barang yang dijangka akan mengalami penurunan harga. Turun harga? Macam susah nak percaya, Dan memang tak percaya pun bila saya tukar bateri kereta baru-baru ini. Harga bateri = RM190. Tambah GST 6%. Jumlah kena bayar = RM201.40


Itu antara 3 barangan GST yang paling saya ingat selain daripada barangan harian lain yang tak kena GST tapi turut menerima 'tempias' GST apabila barang-barang ini turut naik harga. Yang paling saya ingat ialah Paparoti (yang selalu saya sebut dalam entry-entry yang lepas) yang berharga RM2 pada bulan Disember 2014 tiba-tiba naik menjadi RM3.20 pada bulan Januari 2015.  Bukan Januari 2015 belum lagi dilaksanakan GST tapi harga roti dah naik 0.6%. kan!


Manfaat GST yang saya dapat sejak diperkenalkan setahun yang lalu?

Boleh tak kalau saya nak kata yang saya rasa macam belum ada apa-apa manfaat GST ini pada saya?



0 comments: