Mengapa liat bayar hutang?

Thursday, April 07, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mengapa liat bayar hutang?
Teringat mengenai hutang bila saya short atau kekurangan beberapa ratus duit belanja bulan ini kerana ada yang meminjam dan masih belum dibayar.

Hampir kebanyakan orang pasti mempunyai hutang. Samada hutang dengan jumlah yang besar seperti hutang pinjaman rumah, hutang pinjaman kenderaan, hutang pinjaman pendidikan, hutang pinjaman peribadi atau pun hutang berskala kecil seperti berhutang dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Sesetengah hutang adalah perlu sebagai memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal. Yang jadi masalahnya bila si penghutang liat hendak membayar hutang.

Jika liat bayar hutang dengan pihak bank atau PTPTN misalnya, kesannya ialah akan disenaraihitam dan mungkin tidak dibenarkan keluaar negara. Macam mana pula jika ada yang berhutang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga dan liat nak membayarnya?

Kadangkala si pemberi hutang pula yang serba salah nak minta hutang dari pemiutang. Saya biasa juga alami keadaan ini. Bila si A datang hendak meminjam, pelbagai janji ditabur. Janji akan bayar semula bulan depan lah, janji akan bayar secepat mungkin lah, janji itu dan ini. Bila tiba masanya, janji tinggal janji. Nak bertanya kepada si A bila agaknya nak bayar hutang, segan pula. Si A pula bersikap macam biasa saja, sepatah pun tak sentuh tentang hal hutangnya. Buat-buat lupa janji untuk bayar hutangnya.

Bila cuba juga ditanyakan kepada si A, seperti biasa pelbagai alasan akan timbul. "Oh, terlupa lah", " Saya janji akan bayar penuh bulan depan" , " Oh, saya dah terguna duit untuk bayar hutang kat orang lain" dan seribu satu alasan lagi. Dan akhirnya si pemberi hutang yang jadi segan nak bertanya dan minta wang yang memang haknya!

Memang tiada jawapan yang khusus kenapa orang liat hendak bayar hutang. Mungkin betul si penghutang benar-benar ada masalah nak bayar balik hutangnya. Mungkin kesempitan wang untuk belanja dapur dan belanja sekolah kanak-kanak nya. Mungkin juga ada kecemasan yang menghalangnya dari membayar hutang. Tapi ada juga penghutang yang liat nak bayar hutang kerana gaya hidup yang boros, tak pandai uruskan kewangan, terlalu banyak meminjam dari orang yang berbeza dalam satu-satu masa seperti pinjam dari B untuk bayar hutang si C dan pinjam dari D untuk bayar hutang si B. Sampai bila pun tak akan selesai kalau begitu!

Tapi alangkah malangnya jika pada saat si penghutang itu meminjam, dia memang tak berniat langsung pun nak bayar semula hutangnya! Dan jangan disebabkan kita liat bayar hutang, si pemberi hutang pula yang terpaksa berhutang bila kesempitan wang.

Hutang wajib dibayar
Sumber : Google

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Menyesal kemudian hari tidak berguna lagi bila kita terhalang masuk ke syurga kerana hutang yang masih belum dilangsaikan.

Pemberi hutang yang memberi tangguh kepada penghutang untuk membayar hutang adalah sikap yang mulia. Cuma jangan sampai dipijak kepala pula oleh si penghutang yang ambil kesempatan ke atas pemberi hutang!

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.” ( HR Muslim dan Imam Ahmad)


2 comments:

  1. Cara terbaik untuk elakkan bayar hutang ialah jangalah berhutang. Nasihat yang amat berguna kepada mereka yang baru bekerja. Kepada yang banyak komitmen kerana 'silap' masa muda, berusahalah untuk melangsaikan segalanya, secepat mungkin. Jadikan hidup bebas hutang satu matlamat yang ingin dicapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila berhutang pastikan ada niat nak bayar balik biarpun tak diminta si pemberi hutang. Yg tak sampai hati ialah bila nak tuntut hutang dari kawan yg ada masalah keluarga. Jadi, pendam dlm hati sajalah biarpun diri sendiri tak cukup duit.

      Delete