Dipenjarakan seawal usia 12 tahun. Apa nasib kanak-kanak Palestin?

Wednesday, April 06, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Israel tahan 400  remaja, kanak-kanak Palestin.
Menurut kumpulan hak asasi manusia, Pertubuhan Addameer, lebih 8,000 kanak-kanak Palestin ditahan oleh Israel sejak tahun 2000.
Pertubuhan itu melaporkan kebanyakan kanak-kanak tersebut ditahan hanya kerana membaling batu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
-Utusan Malaysia 6 April 2016-


Kanak-kanak Palestin dipenjarakan
Sumber : Utusan Malaysia 6 April 2016

Sedih membaca salah satu tajuk berita di akhbar hari ini. Kanak-kanak lelaki dan perempuan semuda usia 12 tahun dipenjara dan dilayan seperti banduan dewasa. Mereka juga tidak dibenarkan melantik peguam atau ditemani ahli keluarga semasa proses soal siasat. Undang-undang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kementerian untuk Undang-Undang Israel pada penghujung tahun lepas itu telah membolehkan Israel memenjarakan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas jika didapati bersalah melakukan keganasan seperti membunuh, cubaan membunuh dan membunuh tanpa niat.

Kanak-kanak Palestin dipenjarakan
Sumber: Utusan Malaysia 6 April 2016

Membaling batu boleh membunuh ya?
Ya, jika ditakdirkan sudah sampai ajalnya.
Tapi memenjarakan seorang kanak-kanak dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun?
Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert pun hanya dikenakan hukuman penjara 19 bulan kerana kesalahan rasuahnya.

Israel laknatullah semakin hilang rasa perikemanusiaan (semakin hilang atau tidak pernah wujud rasa itu?). Apa sahaja akan dilakukan demi menghapuskan terus umat Islam di bumi Palestin.

Dan dunia hanya mampu memandang.
:(


0 comments: