Cuaca panas dan panas hati

Tuesday, April 12, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tak tahan dengan cuaca panas dan juga 'panas hati' dengan bil elektrik yang melambung sejak beberapa bulan kebelakangan ini?

Memang cuaca panas yang melanda negara menyebabkan sesetengah daripada kita terpaksa menghadapi peningkatan dalam jumlah bil elektrik yang perlu dibayar. Selain pasang kipas, aircond menjadi pilihan utama untuk sejukkan badan ketika cuaca panas. Dan dengan penggunaan aircond yang kerap (dan dengan suhu yang rendah) , hujung bulan nanti terpaksa lah menanggung bil elektrik yang tinggi.

Baca juga : 5 cara jimat guna aircond di musim panas

Mungkin kita boleh (atau kita terpaksa!) jimatkan perbelanjaan dalam hal-hal yang lain demi untuk menampung bil elektrik tersebut. Dalam kita tak sedar, ada beberapa perkara yang boleh kita cut cost atau hapuskan terus daripada senarai perbelanjaan bulanan kita.

1. Saluran tv berbayar
- Mungkin susah nak hentikan terus daripada melanggan kan! Tapi apa yang boleh kita buat ialah cuba semak apa saluran yang jarang kita tonton atau dalam setahun hanya sekali saja kita tonton saluran tersebut. Mesti ada kan? Berhenti melanggan saluran ini mungkin boleh menjimatkan lebih kurang RM20 hingga ke RM40 daripada perbelanjaan kita. Saya pernah 'buang' saluran sukan dan berita daripada langganan Astro dan bil saya telah berkurang sebanyak RM40!


2. Internet dan anda
- Untuk laptop guna Yes Wifi dengan bayaran RM68 sebulan. Untuk tablet guna Digi broadband dengan bayaran RM30+ sebulan. Untuk telefon pintar A guna monthly plan dengan bayaran RM48. Untuk telefon pintar B guna prepaid dengan bayaran RM30 sebulan. Jadi untuk akses Internet saja dah belanja hampir RM200. Betul ke kita betul perlu kan semua itu?


3. Langganan telefon kediaman TM
- Dengan penggunaan telefon bimbit yang meluas masakini, sudah tidak ramai orang yang menggunakan telefon rumah @ kediaman. Jika anda hanya gunakan telefon rumah sekali sekala sahaja (itu pun untuk buat missed call kepada telefon bimbit anda yang anda lupa letak di mana!), mungkin boleh pertimbangkan untuk cancel atau tutup akaun dengan TM dan jimatkan sekurang-kurangnya RM42 setiap bulan!


4. Langganan suratkhabar
- Setiap pagi hanya tunggu di pintu rumah, suratkhabar akan sampai ke tangan anda. Ya, memang mudah sebab delivery terus ke rumah kan. Tapi bila fikirkan semula, masih perlu kah melanggan khidmat begini? Bayaran penghantaran ke rumah ialah RM3 setiap bulan. Suratkhabar pula kadang-kadang terbiar tidak dibaca, tambahan pula maklumat di Internet lepas pantas dan lebih terkini daripada suratkhabar fizikal. Jadi, mengapa masih perlu belanjakan RM3 sebulan dicampur dengan suratkhabar lebih kurang RM50 setiap bulan?

cut cost
Hapuskan perbelanjaan yang tidak perlu dan kira berapa yang anda
berjaya jimatkan!


Rasanya banyak lagi perbelanjaan 'remeh-temeh' tapi boleh berikan impak yang besar jika kita berjaya kurangkan atau hapuskan terus.dari senarai belanja bulanan kan?




0 comments: