Solat dan gaji berjuta-juta...
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Saya ada terbaca kata-kata ringkas di FB Sham Kamikaze (klik sini) sebentar tadi, seperti dalam gambar di bawah:
Sumber : FB Sham Kamikaze |
Ada benarnya kata-kata ini. Sesetengah dari kita (kadang-kadang saya pun sama!) lebih utamakan kerja yang sedang kita lakukan berbanding tunaikan solat yang lebih utama.
Alasan kita : "Sikit je lagi kerja nak siap ni, sekejap lagi saya solat lah!"
Tapi selalunya lepas siap kerja yang sedikit itu akan 'berjangkit' pula buat kerja yang lain dan lama-kelamaan tak sedar sudah masuk pula waktu solat yang seterusnya.
Dan kita terlupa yang 'kerja yang sikit' itu pun tak akan siap sebenarnya jika tak ada pertolongan daripada Allah untuk kita menyiapkannya!
Alasan kita : "Payah lah nak pergi surau banyak kali, nanti dekat-dekat nak masuk Asar saya solat lah Zohor dulu. Jimat masa!"
Alasan yang ini selalunya digunapakai oleh golongan wanita yang bekerja pejabat. Sebab yang paling utama ialah 'tak rajin' nak cuci muka untuk tanggalkan solekan sebelum berwuduk. Jadi selalu nya jalan mudah yang diambil ialah buat solat '2 in 1'. Kalau solat Asar masuk waktu pukul 4:40 petang, maka pukul 4:20 petang baru pergi ke surau untuk solat Zohor. Selesai solat Zohor, 5 minit lepas itu dah masuk waktu Asar jadi 'senang' lah tak perlu nak cuci muka banyak kali. Jimat masa dan jimat alat solek katanya,
Alasan kita : "Nanti bos marah kalau lambat masuk meeting. Habis meeting nanti lah baru solat!"
Mungkin sedikit sukar jika yang mengarahkan mesyuarat itu dibuat ialah bos yang bukan beragama Islam. Sedikit sukar tapi tak mustahil untuk kita cuba juga cari jalan tunaikan solat. Tambah pula bila mesyuarat itu ambil masa yang lama dan diatur bermula pada jam 4 petang hingga 7 malam. Tapi saya percaya bos akan bertolak ansur jika kita terangkan dengan sebaik-baiknya, Yang menyedihkan ialah bila mana mesyuarat yang sebegini dipengerusikan oleh bos yang beragama Islam. Tambah sedih lagi bila bos ini menyindir-nyindir pula staf nya yang keluar dari mesyuarat sebentar untuk tunaikan solat! Wujud ke bos yang sebegini?
"Sikit je lagi kerja nak siap ni, sekejap lagi saya solat lah!"
"Payah lah nak pergi surau banyak kali, nanti dekat-dekat nak masuk Asar saya solat lah Zohor dulu. Jimat masa!"
"Nanti bos marah kalau lambat masuk meeting. Habis meeting nanti lah baru solat!"
Untuk semua alasan di atas, pernah tak kita terfikir (ingatan untuk diri saya sendiri) yang kita mungkin tak sempat pun nak "solat sekejap lagi" atau "habis meeting nanti baru solat" kerana ajal dah menjemput kita terlebih dulu?
Pernah tak kita tunaikan solat di awal waktu dan kemudiannya selepas itu kita rasa macam panjang dan banyak masa yang kita ada?
Pernah tak di waktu kita serabut dengan kerja bertimbun dan deadline yang semakin hampir, kita rasa segalanya jadi mudah dan lancar setelah kita berhenti buat kerja seketika dan tunaikan dulu solat bila masuk waktunya?
Kalau tak cuba tak akan tahu.
"Berapa gajimu sampai kau rela tinggalkan solatmu?"
Gaji anda beribu-ribu? Atau berjuta-juta? Tak kisah lah banyak mana pun gaji kita , yang penting kita tak lupa tunaikan tanggungjawab kepada yang memberi gaji dan rezeki. Bukan majikan kita tapi Allah Yang Maha Esa...
0 comments: