Hari yang mendebarkan untuk seluruh rakyat Malaysia!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Hari ini pastinya ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan masa akan berlalu dengan pantas/ Kalau boleh diputar masa itu biar cepat sampai ke jam 7:30 malam. Ada apa jam 7:30 malam ini?
Pertembungan dua 'musuh' tradisi , dua jaguh badminton dunia, Dato' Lee Chong Wei dan Lin Dan dalam aksi separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Olimpik Rio akan berlangsung jam 7:30 malam ini. Setelah beregu campuran berjaya memenangi pingat perak dalam aksi yang berakhir lewat pagi semalam, perhatian dan harapan kini terarah kepada acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki negara.
Secara peribadi saya 'takut' nak menonton setiap kali Chong Wei bertemu dengan Lin Dan. Takut sebab belum pernah lagi saya dapat lihat Chong Wei menang bila saya tonton siaran langsung pertembungan ini. Dan bila ada perlawanan yang Chong Wei berjaya kalahkan Lin Dan, saya tak berpeluang pula nak tonton siaran langsungnya!
Keputusan perlawanan di antara Chong Wei dan Lin Dan malam ini sedikit sebanyak turut akan mempengaruhi perlawanan beregu lelaki menentang pasangan dari China, Xhang Nan-Fu Haifeng jam 10:50 malam nanti (mungkin lebih lewat atau awal bergantung pada bila selesainya acara perseorangan jika hanya menggunakan satu court sahaja). Jika Chong Wei menang, pastinya beregu China akan bermain bermati-matian untuk menang ke atas V Shem-Wee Kiong. Jika Chong Wei kalah, pastinya V Shem-Wee Kiong akan rasa sedikit tertekan kerana mereka menjadi satu-satunya harapan emas yang tinggal buat negara dalam acara badminton.
Menantikan pingat emas Olimpik yang pertama untuk Malaysia! |
Harapan tinggi menggunung rakyat Malaysia yang menantikan emas pertama Olimpik buat negara diharapkan tidak menjadi tekanan yang negatif buat Chong Wei, V Shem dan Wee Kiong.
Fikirkan yang positif saja dan bayangkan bagaimana perasaannya bila Jalur Gemilang berkibar dan lagu Negaraku berkumandang di Stadium Riocentro Pavilion 4 nanti!
Malaysia Boleh!
0 comments: